Messages

Posted by Syafarah Monday, January 12, 2009 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Banyak mesej ana dapat regarding the Palestine issue. Sekarang nih bila dah ramai saudare kite syahid kat Palestine, baru la ramai yang celik.. Takpe, at least celik, daripada terus memekakkan telinga dan membisukan mulut serta membutakan mata kemudian matinya hati.

The messages

"HAMAS isytihar intifadhah ke-3 apbla Gaza dibom mnyebabkan 380 saudara seIslam kita syahid & 1750 lg cedera! Mari kirimkan doa & qunut nazilah buat saudara2 seagama kita disana! "Allahumma ya Mujriyas sahab, wa yaHazimal Ahzab, ihzimhum kaumalKafirin, wa laknat a'laiihim, wansurna a'la kaumal Kafirin"..4wd pd sahabat seakidah..Semoga Allah S.W.T melaknati & mghancur leburkn sesiapa yg memusuhi agamaNYA 2: Imam Masjid Istiqal (Prof Cr. KH Ali Musthfa Ya/qub) Mendapat Pesanan Dari sahabatnya yang tinggal di palestina agar Umat Muslim sedunia nanti malam membaca surah Al-Fath (Kemenangan) 29..Mohon disebarkan. Jazakumullah"

"Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil: "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul" Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut"

"salam.pemimpin Hizbullah Syd Hassan Nasrallah meminta seluruh muslim utk malafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 n 88.. mlm ini. tlg sebarkn,agar Israel hancur! Malulah kt kpd Allah jika masih x mampu mghulurkan selemah2 bantuan ini kpd saudara seagama kt..sebarkan. HAMAS isytihar intifadhah ke-3 apbla Gaza dibom mnyebabkan 380 saudara seIslam kita syahid & 1750 lg cedera! Mari kirimkan doa & qunut nazilah buat saudara2 seagama kita disana! "Allahumma ya Mujriyas sahab, wa yaHazimal Ahzab, ihzimhum kaumalKafirin, wa laknat a'laiihim, wansurna a'la kaumal Kafirin"..4wd pd sahabat seakidah..Semoga Allah S.W.T melaknati & mghancur leburkn sesiapa yg memusuhi agamaNYA.."

Makanya..

Nak caye ke tak kat mesej-mesej tu?
Terpulang la pada pendapat dan pendirian masing-masing.
But, for me, biar la mesej-mesej kat atas tu palsu ke, rekaan ke, pasu ke, ape-ape la, tu semua urusan orang yang yang bertanggungjawab tu dengan Allah taala.
Urusan kite, buat aje la. Kalau tak betul pun, still dapat pahala kan sebab bace al-Quran and mengajak orang ke arah kebaikan (bila sebarkan berita ni). Tapi, honestly, ana agak kedekut bil tepon. heheeehehee. Maka, ana buat pekasam dalam handphone, tapi menyebarkannya melalui medium alam maya ni..

Wallahualam..

read more “Messages”

New Link

Posted by Syafarah Saturday, January 10, 2009 Posted under -
read more “New Link”

Jom Tengok..

Posted by Syafarah Friday, January 9, 2009 Posted under -

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/

read more “Jom Tengok..”

Apekah usaha kita untuk saudara kita kat Palestine?

Posted by Syafarah Thursday, January 8, 2009 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Jalankan amanah kita..





SETIAP DUIT KITE KUARKAN UNTUK COMPANY-COMPANY NI, ADALAH SEBENARNYE KITE BELI PELURU UNTUK BUNUH SAUDARA KITA DI PALESTINE.

Selagi ade produk lain, beli la produk alternatif.
Kalau terdesak sangat, baru leh beli.
(contoh: Intel adalah processor dalam hampir semua laptop. Takde lak jenama Ahmad ke, Ali ke, etc as alternatif processor. Maka, buleh la beli Intel sebab dah terpakso, terdesok)

Ada kawan ana yang sorang ni, ana terkilan sangat sebab die boleh gelak-gelak bile kite cite pasal Palestine kat dia.

Ana: Kite pakai itam na esok (sebab ade perhimpunan air mata Palestine)

Dia: Kenapa lak? Ko ingat nak kabung ke? (gelak-gelak)

Ana: (Heran) erk, memang la. Sedare kite kat sana ramai dah ninggal

Dia: Bukannye keluarga kite yang mati (senyum-senyum)

Ana: (ngucap syafarah! ngucap! jangan marah.... ilek, ilek.. die tatau lagi tu. your job la to tell her) La, kan ke saudara kita kat Palestine tu. Saudara kita, keluarga kita. Bayangkan mak hangpa yang mati..

Dia: Ye la, ye la. Kita pakai itam untuk tunjukkan simpati kat orang Palestine

Ana: (pulok?? susah sangat nak terime yang depa sedara kita? pe-pe je la.. asalkan die datang sok, insyaAllah paham)


wallahualam..

read more “Apekah usaha kita untuk saudara kita kat Palestine?”

PERHIMPUNAN AIR MATAMU PALESTINE

Posted by Syafarah Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Tarikh
: 9 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Jumaat (estimate: 1.45pm)
Tempat: Perkarangan Luar Masjid UMP
Attires: Tak ditetapkan, tapi lebey molek HITAM

Semua Muslimin, muslimat, warga UMP dan sesapa saja tak kira agama dan bangsa dijemput hadir.

AYUH BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN ISRAEL & AMERIKA!

read more “PERHIMPUNAN AIR MATAMU PALESTINE”

TaskForce: New Year

Posted by Syafarah Sunday, January 4, 2009 Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

30 Disember 2008, Bilik senirik at UMP

Ana bajet Karisma ade taskforce kat Kuantan. Tapi kak Hamnah and kak Salwa lak tak sure. Kak Salwa oyak, Task Force kat KLCC je. Mm, maka ana tanyo ustaz Zuridan lak. Alhamdulillah, ustaz setuju bagi kerjasama untuk wat taskforce kat Kuantan (bukan under Karisma pun takpe la, asalkan kite wat gak misi dakwah task force ni).

31 Disember 2008, lepas Asar, bilik Ustaz Zuridan

Prepare flyers with ustaz ngan Diey.
Kitorang deside nak pinjam DauratusSakinah's words: "ANDA BIJAK JAUHI ZINA!" then ellaborate la apa-apa yang relevan. Simple je wat. Dah tak sempat nak wat cantik-cantik. Mesej tu yang penting kan..
Kami (ana with Diey) fotostat 2000 kopi flyers. Baru 1000 kopi, dah amek sejam, 5pm-6pm.. huh..

Maghrib, Bilik ustaz

Kami gilir-gilir, ana solat maghrib kat sejid (sebelah Pusat Islam merangkap opis ustaz), Diey balik siap-siap dolu. After maghrib, ana teruskan copying sambil tunggu Diey balik sini.
Ana balik bilik lame sangat pas tu, kol 9 pm, muslimat UMP dah abis potong. Dazat r korang!

"Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan 2009

Semoga anda diberkati Allah
Kami mengajak anda bersama-sama menghayati erti hijrah!
Marilah berubah dan berhijrah ke arah KEBAIKAN

Anda bijak jauhi ZINA!
Anda bijak jauhi ARAK!
Anda bijak jauhi DADAH!
Marilah berhijrah
Dari MAKSIAT kepada IBADAH
Dari MENDEDAH AURAT kepada MENUTUP AURAT
Ingatlah, AJAL boleh datang pada bila-bila masa
Mahukah ANDA MATI dalam keadaan BERZINA? MINUM ARAK?

BERHIJRAHLAH!"

11.45pm, Masjid UMP

Menunggu masa menuju ke medan perjuangan. Tak sabor-sabor! Tapi, memang nampak muko-muko muslimat yang cuak. Same here. Takut-takut respon yang diberi masa bagi flyers tu menyeramkan. huhuuuu.. (Mak suh pi and balik ramai-ramai)

1 Januari 2009, 12.15am, dalam keta pakcik Suffi depan padang MPK

JAM.. JAM.. Roadblock?? awat la tym-tym ramai ummat jugak la ade roadblock. Buhsang menunggu.

12.30am, Esplanade, Kuantan

Ustaz bagi taklimat. Suh kami betulkan niat, lillahitaala, niat nak ajak saudara-saudara kita ni untuk berhijrah ke arah kebaikan. And, jagalah keselamatan.. Muslimat terlalu ramai, muslimin sket....

Yosh!!!!!! Nak start dah~ Kumpulan muslimat dibahagi kepada 2 and setiap grup diescort muslimin + ustaz Zuridan + geng-geng badminton ustaz (tak caye r ustaz terer maen badminton!).
Kami istighfar banyak-banyak untuk betulkan hati sebelum bergerak. Mintak Allah permudahkan urusan and takde kejadian-kejadian pelik berlaku.

Memang banyak la ragam saudara kita kat sini..

1. Mat-mat motor
- bawak awek seksi kat belakang
- umo?? Alahai.. adik-adik...... mude lagi, sayangnye dilenturkan jadi camni
2. Groups
- sorang pempuan, jalan-jalan dengan 4 orang lelaki.. tak takut ke? bile-bile je maruah leh malayang, cik kak..............
- lepak-lepak tengok orang.. banyaknye mase korang.. tak ingat kat saudare kite kat Palestine ke? menung la lagi.....
3. of kos, KAPELS
- bawak anak orang jalan-jalan
- sembang tah hape-hape (tunjuk-tunjuk bangunan, langit. Mungkin berasa takjub dengan ciptaan Allah kot. Husnudzhon sket ;p)

Lepas dapat flyers, alhamdulillah, depa baca, tak buang terus. Setakat kami kat situ, tak jumpe lak flyers berterabuq kat lantai ke, sepah-sepah kt tepi tong sampah ke.
Ana tak kate ana baek, tapi ana ade approach sorang girl ngan mat-mat motor nih, then cakap "Selamat tahun baru" sambil usap badan die. Die cam terharu kot.. ntoh le.. doakan die and laen-laen grab hidayah Allah..

12.50am, Teluk Cempedak

Astaghfirullah................. lagi dazat keadaan cni!! Takut seyh!! Grup kami yang leh gerak 2 orang, 3 orang masa kat esplanade, terpakse gerak berlima-lima or lebih sebab keadaan yang agak threatening dan tak menyelesakan kami.

Ragam-ragam:

1. Shufflers
- bising + bingit
- daripada terhenjut-henjut tak tentu arah, baek la korang menghenjut tenaga untuk Islam
2. KAPELS
- erk, sini lagi bahaya.. pantai yang gelap, pokok-pokok yang banyak, kat titi yang panjang nan takde orang nampak, macam-macam ada.
Ada muslimin nampak pompuan KENCING kat titi tuh (btul-btul cam dalam toilet)!! Astaghfirullah.. mane sifat MALUnye?? Kite yang muslimat duk dengaq ni pulak tolong malu untuk die.. huwaa.. maluu..
3. Sexy mexy
- "wow!" tu je mampu terkate (kalo ana laki laa)
- sexynye macam rase ana kat Hollywood. Cube nak sangka baik "non-muslim kot", ana pun bagi salam, ape die jawab? "Waalaikumsalam". SAHIH! MUSLIMAH! takpe, ana bagi je flyers. Dia siap shake hand lagi. Softskillnya tinggi. Doakan semoga dia berhijrah..
- sexy-sexy ni baek je layan kitorang
4. Muram durja oleh akak-akak yang tak bertudung YET
- ala, akak-akak ni muram lak. Cam tak ske lak kami bagi flyers. Takpe, kalao muram, means die terase, so, iman die masih ade lagi, insyaAllah..
- "akak, dah dapat flyers ni ke?" kami menyoal. "Dah, assalamualaikum," memek muke die cam menyampah kat kami (ke memang muke die camtu..mm..) die perli ke, serius ke, ntoh le. Kami pun jawab le "waalaikumsalam"
5. Flirters
- ramai muslimat pi taskforce comey-comey belako. Ade la suara-suara "Aiiii, takkan bagi kertas je, no fon takde??".. hahaaaa, muslimat juniors yang 1st year yang takde pengalaman camni tersipu-sipu dibuatnye. Ilek je dik, depa maen-maen je tuh. Kalo nak bagi no gak, dik bagi no abang ke, ayah ke, tak pun no lecturer dik yang paling banyak cakap, berdesing telinga diorang kna ceramah nanti.
- "kami nak lagi (suare manje)". erk.. tatau nak respon apo. Kalau bagi, cam menyahut seruan gatai mereka. Kalau tak bagi, nanti mungkin depa nak bagi kat kawan depa lak. So, wat-wat tak dengar dan berlalu pergi.
6. Serious
- Ade yang ngan muko serious mintak flyers. Alhamdulillah, ade yang serious nak bagi kat kawan-kawan depa.
7. Helpers
- haaaa.. ni kes dak-dak UMP yang terserempak dengan kami and nak tolong sebar flyers. (ade ikhwah Karisma yang tak join taskforce tapi terserempak kat TC. Dia tatau ade taskforce rasanya)

3.45am, depan McD TC

Kami tak makan kat McD. Ayat mantan YDP MPP UMP yang join skali "Palestine sedang merana di sana.."
Alhamdulillah, misi kat TC kami dah dilangsaikan. Tinggal lagi 500 flyers rasanya untuk sebaran dalam UMP lak, insyaAllah.

4am, Restoran Taj

Kami melantak roti telur, roti canai and air panas-panas (shejukkkkkkk. Ana dah le tak bawak jaket. huhhh. Tapi ade je muslimat order air ais.. burrr).
Waiter restoran tak caye kami order 10 keping roti telur. huahua..

5.30am, Tempat Parking Keta Masjid UMP

Kami dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ngantuk.. pas Subuh, tak sempat nak wirid-wirid panjang, ma'thurat.. terus BOOMMM.. tdooo~~~~

"Assalamualaikum, selamat tahun baru!"

Tu la ayat kami pakai untuk tackle sedara-sedara kita kat Kuantan and TC.
Muslimat UMP baru bukak mata pas kuar malam tuh. Selama ni duk dalam UMP je malam-malam, sampai tak tau realiti ummat sebenar. Kami tak sangka sampai kritikal keadaannya. Personally, mindset ana masa sebelum datang Pahang: orang-orang Pahang WARA' (sebab pakcu ana orang Pahang and memang wara')
Tapi..........meleset malam tu.................

Pakcik Suffi cakap kat kami: "tu belum KL lagi tuh.." beliau orang Ulu Klang..

TaskForce: Valentine's Day

InsyaAllah, kami akan wat lagi.. tapi, Karisma pun nak wat, UMP pun nak wat....... Mmm, kite tengok la camna. Kalau leh bergabung, lagi MANTOP, insyaAllah..

Maassalaamah..

read more “TaskForce: New Year”

Sharing Semangat!

Posted by Syafarah Saturday, January 3, 2009 Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Baru-baru ni, ada sorang saudara kita nun jauh di seberang Lautan Hindi YM ana. Die ade bagi links untuk mp3s and video yang cukup memberi semangat kat kita, insyaAllah.
Unfortunately, kat UMP ni 'Forbidden' la pulak links tuh ha. Maka, ana post je kat sini. For sure la bukan link tak senonot kan dia bagi, ana caye kat bliau nih (set-set dak baek gitu).

The links

"http://www.youtube.com/watch?v=neFJI1Q6Lr4
Mu nok tgk,silo tgk..
kalu sero orang islam..tgk..
kalu yahudi toksoh tgk..kecik hati karang..

laungan dlm video ni.remang bulu romo.
(Al-maut-tu Israel).
(Al-maut-tu America)

Hassan Nasrallah"

"Jua dicrack-kan lagu Mp3 nasyeed HAMAS yg penuh semangat untuk anda simpan dalam handphon anda.
http://www.4shared.com/file/78217088/43ad7733/Hamas_Nasheed__1_.html
atau videonya di.
http://www.youtube.com/watch?v=M3FMLDQ93EY"

Lagu yang memberi semangat katenye:

http://www.4shared.com/file/78343140/6cdf11b8/Ya_Quds-syahid_syahid.html

~Syukran JAziilan, ya akh Raja Affan~

Dah dengaq?

Selamat mendengar dan Selamat sebarkannya berserta mesej-mesejnya.

So, daripada kite duk looping lagu 'Aku Dibius Cicakman' and sewaktu dengannya, baek kite kobarkan semangat jihad kite ngan mp3s cenggini.

Tak salah dengo lagu-lagu biasa, tapi berpada-pada la.Duk looping/repeat tak ingat donia. Jangan la pulok dengo sampai terawang-awang dibuai mimpi (selalunya, lagu-lagu biasa adalah lagu-lagu cinta manusia. ishk-ishk, Pencipto manusia dak pulok nak cinta.. Nauzubillah.. Cintailah Allah untuk mendapat cinta manusia yang mencintaiNya).

p.s- ske dengo lagu-lagu Jepong. Ada 3 playlist je dalam hp ana: Nihongo wa Nasyeed wa Asma' ulHusna.

Maassalaamah..

read more “Sharing Semangat!”

Perhimpunan Karisma Nasional 2008 (PKN08)

Posted by Syafarah Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

26 Disember 2008, 10 pm, SAMTAJ, Shah Alam

Kelibat sorang gadis ayu berbaju kurung hijao bersama temannya berbaju hitam melangkah penuh debaran untuk menempuh hari seterusnya..

Gadis ayu tu ….. ana la.. hehe.. Mula-mula nak datang muktamar ni kami berdua (with Maryam) agak cuak. Kami sangka suma akhwat Karisma ni macam kak Hamnah (sopan santun, cakap berlapik, macam-macam la yang baek), berbeza dengan kami ni.. Tengok-tengok, lebey kurang je kepala kami suma ni (tapi, lagi sopan). Alhamdulillah, memang leh wat sembang, tak kekok. Tapi, bezanya, ukhuwah kami suma adalah di jalan Allah taala.

Percayalah, bila ukhwah kerana Allah, sembang la apa pun, gila-gila camna pun, tetap mengingatkan kita tentang Islam: tu lah erti persahabatan menuju mardhatillah. Sama-sama nak ke syurga, sama-sama la support, sama-sama ajak orang laen kat luar sana untuk pi skali………

27 Disember 2008, 8am, Muzium Shah Alam

“Perhimpunan Karisma Nasional 2008: Pemimpin Berorganisasi, Penggalas Misi” bermula.

Pendaftaran dilalui, macam-macam dugaan (pendaftaran je tu.. lom program lagi). Tapi, K-UMP je la kot problem.. ntoh le. Manusia.. memang tak terlepas buat kesilapan. Ana jadi Perwakilan. Ketaq gak lutut ni sebab takut nak cakap kat depan dak-dak wara’ atas stage (Perwakilan setiap U kna berbahas tentang ucapan dasar Presiden Karisma Nasional (KNl)). Tapi, Alhamdulillah, ameer kami yang akan naik.. phewhhhhhhhh.. peluh seyhhh..

Perbahasan berlanjutan dari 11am-7pm. Memang kebas woo anggota-anggota badan yang terlibat dengan aktiviti duduk atas kerusi lembut ni..

Apa point-point yang ana tak terlepas nak tangkap and dirasakan penting:
1. Ucapan daripada K-UKM Bangi: mengingatkan kita tujuan kita berada di jalan dakwah ni. Bukan seronok-seronok, tapi jihad, perjuangan yang tiada noktah sampai kita hembusan nafas terakhir. Beliau pun terkilan sebab takde ikhwah kat UKM Bangi. Hal ni menyusahkan perjalanan dakwah depa sket (sebab ikhwah maybe leh tolong dari segi transport, dan macam-macam lagi rasanya). So, kna fikir balik, kenapa hal ni terjadi? USAHA DAKWAH KURANG EFEKTIF.. simple, but SERIOUS matter.
2. Ucapan daripada K-Petaling: Takde masalah nak cari PELAPIS kalau NUQABA’nye takde masalah. (memang terkesan gak la. Sebab amat tepat kata-katanya. Kalau usrah sentiasa berjalan dengan mantopnye oleh nuqaba’, insyaAllah dapat membentuk pelapis/generasi yang akan menyambung usaha dakwah di U kita bila kita dah grad nanti. Ana rasa, nak jd lecturer or researcher kat U ana ni, tapi…….. cintaku pada engineering… mmmmm)
3. Ucapan K-USIM: Suma ayat-ayat Al-Quran yang kite bace, walaupun ade saintifiknye, sejarahnye, hukum-hukumnye etc; sumenye leh disinopsiskan as MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.. simple je point die, but luas maksudnye..
4. Rehat btul-btul ialah MATI
5. Ukhwah sefikrah kna kuat luarbiasa. Tak kira la kita dari “kereta” yang berbeza, tapi matlamat kite sama. Maka, kuatkan ukhwah antara muslimat yang sefikrah dan ajak yang tak sefikrah untuk sama-sama naek mana-mana “kereta” untuk pi ke destinasi yang sama. Jadikan mereka sefikrah..
6. Lahirkan pejuang yang haibat. Kite tak nak pemuda yang sia-sia. Kite nak mujahid/ah yang SEORANG=1000 ORANG PEMUDA BIASA (kerja kena bersungguh-sungguh r)

9pm, Padang depan Muzium Shah Alam


Padang depan tempat karnival

“Karnival Kebudayaan: Belia & Komuniti” bermula.

Ade persembahan nasyeed oleh kumpulan-kumpulan yang feymes gak la (Saff-one, Algebra, etc). Tapi tak tengok pom, sibuk merayap dengan Yam kat gerai-gerai yang bes. Yam macam biasa: tertarik dengan buku. Ana lak? Hehe, tertarik dengan t-shirt labuh, teddy bears, stuffed toys yang gebu-gebu and lembut, jaket FIDAK 2015, MAKANANs, tudung-tudung bidang 60 yang takleh dapat kat Kuantan and Penang (Ntoh kenapo. Tak jumpo lak) and MAKANANs.

Forum pun berlangsung. Ade Erma Fatima. Depa membincangkan isu Seni dalam Islam. Obviously memang banyak. Tapi………. Takleh nak cite sebab………… ana duk ngn kak yong at satu sudut kat padang sebab nak wat sharing moment. Memang banyak cite ngan kak yong. Nak cite kat cni? Mmmmmmm..

Dah pukul 12 am, kami berempat (ana, yam, Kamilah and kak yong) makan donat suap-suap atas padang. Manisnyaaaa donut (macam donut Big Apple, tapi Muslim punya produk).. Ana rasa, manisnya tak la banyak mana pun, tapi kami bertemu dan bersama di atas jalan dakwah, tu la yang menambahkan lagi kemanisannya………… MISS DAT MOMENT, GUYS! Comot-comot belako..







Kak Ira yang pemalu..













Kamilah yang sempoi..













Kak yong.. macih!!













Yam, wakpo tuh??








28 Disember 2008, tempat Karnival.. lagi


Tak habis lagi carnival. Tapi kami balik jugak ke umah Yam at Klang during noon..
Tapi, sebelum balik tu, kak yong dah atas flight untuk balik ke Sabah meset ana sebab mintak tolong simpan jaket dia yang tertinggal kat kaunter check-out SAMTAJ. No halnye, tolong simpan je kan. Tengok-tengok, die suh amik terus! Terkejut!! Jaket tu dah la mahai, beli kat Jepun lak tuh! Ya Allah.. memang tak nak.. malu nak terima.. (sekarang dah seminggu mintak alamat kak yong sebab nak pos.. tapi bliau tanak bagi alamat gak…………….. Syukran kak yong.. dah pakai hari ni untuk pi kelas.. musim ujan kat pantai timur ni, shejuk gilerrrrr.. rasa cam kat obersea lak.. ramai yang ske sebab labuh and menutup aurat. Alhamdulillah, FIDAK 2015, cam nampak dah bibit-bibitnye di UMP! InsyaAllah……)

Salah seorang student yang kesejukan memakai jaket kak yong (pura-pura kat obersea)

Pulang

Sekarang baru ana faham erti : BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH. Rindu kat akhwat yang sentiasa tolong dan membantu bila ana share masalah. Ramai kalao nak listkan kat sini. Ana sentiasa doakan perjuangan kita sentiasa dalam redhaNya dan dipermudahkan segala urusan.

Maasslaamah..

read more “Perhimpunan Karisma Nasional 2008 (PKN08)”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget