jumpa lagi 2 minggu iza biiznillah

Posted by Syafarah Friday, May 29, 2009 Posted under -

salam alaik..

x sempat dah.. nak p dh.. daa~ salam.. mntak maaf sebab tak sempat nak tulih panjang post pasal talk ustaz hasrizal kat bawah, mntak maaf banyak-banyak kat Ara sebab tak sempat nak buat tag anda, insyaAllah panjang umoq leh wat na.. luv u!

dan..
doakan supaya balik nanti iman bertambah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa..insyaAllah..
new syafarah hendaknya.........


SYUKRAN ATAS DOA-DOA KALIAN..

ok la..daa~ salam..

read more “jumpa lagi 2 minggu iza biiznillah”

Cabaran Beragama Generasi-Y

Posted by Syafarah Posted under - ,

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

salam alaik..

GEN-Y?

kalau dalam wikipedia, secare ringkasnye generasi yang lahir lepas 1980. Lepas generasi Z, ntoh le ape. macam-macam le depa ni letak nama. baby boom la, spanish flu la (relationnya? baby boom=booming of babies la. tu pon mau define ka?.. spanish flu=about 50million people died from spanish flu. cause of it? INFLUENZA H1N1. dah mai balik dahhhhhh.. the mixing vessel: PIGS. relationnya? baby boom, ramai lahir. spanish flu, ramai ninggal.. xpaham jugak? pandai-pandai la wat kamus seniri)

Speakernye?


the one and only, pendakwah Malaysia yang ana respek sebab keversatilannya dan ketidakjumudannya (jumud ni kontrobesi sket. tolong jangan debat pasal isu jumud di sini ya), Ustaz Hasrizal (atau name glemernye saifulislam.. "alaa, saifulislam dot com tu la." "ooooo, dia ka" antara dialog 2 bijik hamba Allah yang saling membuat dialog)

Muqaddimahnye


Ustaz Hasrizal menceritakan tentang
.



..... jeng jeng~ bersambung lagi 2 minggu insyaAlah..

pepehal donlod kat bwh skali na, talk ustaz hasrizal..

wassalam.. n assif sangat2! xsempat dh.. donlod tau!

read more “Cabaran Beragama Generasi-Y”

EID AL-MUALLIM AS-SAID!!

Posted by Syafarah Thursday, May 28, 2009 Posted under -

salam alaik again,

25 Mei lepas, alhamdulillah pegi ari guru kat sekulah menengah ana dulu.
Gambor-gambornye ana tunggu dari kawan ana, tapi pcnye agk laju sangat, maka gambaqnya x dapat disend sampai sekarang.
Maka, nanti insyaAllah ana sambung dengan post ari guru..

Ana wat kek untuk cikgu-cikgu ari tuh..

JENG JENGGGG~~~~

hehe..maluu~..tak cantik sangat..
yang bunga-bunga n reben tu mak tolong tambah. ngeee~
tapi mak kata sodap. suh wat untuk pamily lak soknye..
bwahaaaa (kembang kempih idong)

alorh, cekgu simpan dalam peti ais sebab xlarat nak makan dah.
kek putih atas tu ielah kek sekolah untuk ari cikgu.
2 tingkat cheese kek (kaye dah ye sekulah ana ni.huh) Secret Recipe.
kek tu pon tak terabih.. ni kan lak kek ana ni..

Masa cekgu tengok kek tu, sume cam sonok, then blur-blur kerut dahi..
hahaaa.. "mende tulih ni?" "barab ke espaniol?"
ana blah je. ade ustazah kat situ kan.
pandei-pandei la ustazah tulun translate. nguahnguahh..


Syukran jaziilan untuk kawan-kawan ana yang sudi translatekan "Selamat Hari Guru" ke barab. ramai la, dik ku, Kina; ikhwah seKMPP yang belajo medic kat Tanta University, Rusydi; anak pakcik yazid dan kawannye; ustaz boan yang 4 tahun kendian baru nak reply ym ana tuh; dan last but not least, ostat Pamie-baek-la-jugak. ostat Pamie siap bagi qawaid lagi.. adehhh.. balaghah pon ana tak lepaih la ostat..
nak harap ana ingat balik lepas 4 tahun tinggal?? mm, pegi tanam boreh, tuai, tanam balik yang dah tuai tu pon lom tentu leh ngingatnye balik..

maaf sebab post ni x ilmiah sangat.. huhuh.. tengah naip yang ilimiah ni, dalam draft lagik.. sat naa~

read more “EID AL-MUALLIM AS-SAID!!”

salam alaik..

saje nak kongsi artikel bes.. muhasabah diri ni jugak..

________________

Mencari Solehah atau Menjadi Soleh? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.


Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus.

Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:

“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”

“Pandai jaga hati”


Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.

Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya.

Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini. Yang ada di hati mereka:

“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”

“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”

“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”


Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?

Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?

Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.

Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.

Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita. Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.


________________

maka, persoalannya:

1. kita xde la sehebat mana, tapi mencari yang hebat untuk didik kita (for muslimat).. layakkah kita untuknya? selalu gak dengar muslimat luah rase atinye: "ish, saye x wara' la kak, xlayak la untuk orang cam tuh.." mm..
2. nak jadi tulang belakang or sayap kiri perjuangan suami.. tapi, nak berjuang seniri pon terumbang ambing.. camne tuh?

alert: ni sume persoalan ye.. bukan nak provoke sape-sape. macam ana oyak tadi, muhasabah untuk ana senornye. (blog ni pon untuk mengingatkan diri senirik jugak..huhu)

read more “Artikel bes from iluvislam”

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionist

Posted by Syafarah Monday, May 25, 2009 Posted under -

salam alaik dan selamat sejahtera

untuk KBAZ nih, ana uploadkan je ape yang dibentangkan oleh oleh Dr. Azzam Tamimi (memang bersemangat! "What's this crap with comedies and stuffs on t.v? We should alert about the Zionist!" lebey kuang camtu la dialognye), Dr. Muhsen Soleh dan Dr. Roslan (tak ingat name penuh)..

Sume ade kat bawahhhhh sekali. Tapi, Dr. Roslan nye tak sempat nak rakam, assif minna-sama!
Yang berjaya dirakam pon ade yang terlepas beberapa minit, ade yang full alhamdulillah.
Tapi, seyez bermanfaat! Really opening our minds..


Speaker yang mantop masyaAllah with pengerusi majlis

Anak naqibah ana, Aisyah. Kicik-kicik lagi dah duk dalam sistem ni, subhanallah..
tengok kusi-kusi belakang tuh, ni tak start lagi. bile dah start, melimpah! ramai!

RM10 = dewan bes PWTC + speakers mantop from Palestine + lunch yang sedap gini + beg + booklets presentation speakers + ILMU YANG SUKAR DIKUTIP KAT MEMANA
What more could you ask for?
cakap ape? ALHAMDULILLAH..

Begnye.. banyak kompartment.. memang berbaloi-baloi (ehee, penggune celcom le katekan)

singgah The Mall lepas KBAZ.. lapooooooooo..
makan mende ni kat kedai arab.
Nama dalam ic: Baba Ghanoush RM8 (yang belah kiri tu je. rotinye asing)

ni la bliau Baba Ghanoush up close.
Die diperbuat dari terung. SEDAPPPP~!
kenape pilih ni?
Mamat arab tuh kate yang ni paling sedap.. terime je la..
"the most popular dish at north of iran!" ye ke?? wahwahh

Baba kapel dengan ..... yogurt. ahaaah, tak pelek pon namenye..
yang pelek adalah rasanya.. mula-mula rasa cam masam, bende basi..
Tapi, bila makan ngan Baba, sodap!
'Bagai Baba Ghonoush dengan yogurt'

ni la kedainye. dan tu mamat arabnye.
mamat arab: ooh, you have a blog?!
ana: yea. do you?
mamat arab: yea! what's your blog? wait wait, what language is it?
ana: hahaa, malay of kos.. yours?
mamat arab: persian..
so, both cant understand both blogs, so no use to ask the url. hoho..


All in all, gambaq-gambaq ni penambah perisa ja, pengisian KBAZ dari pagi sampai ke petang tu yang penting. Sesi AnQ digunakan sepenuhnya, bukan rakyat 'Satu Malaysia' je yang tanya, ade dari Algeria, Arab-arab lain yang tanya.

Ada yang hotnye pasal isu imam mahdi. Donlod la kat bawah ye. maaf kalau kualiti kurang. Kalao ada CD dikuarkan, dapatkannya dengan segera! (komisen please, dah promote nih.. hehee, xde.. lawok je na)

Kat iluvislam ade orang masukkan pointnye..:

"Salam...

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku tulis posting nih walau pun masa sgt2 menekan.... so, posting nih lebih kepada

pengalaman dan input yang aku peroleh ketika di konvensyen berakhirnya agenda zionis yang berlansung di PWTC pada 9

MAY 2009.

so, aku tulis dalam bentuk point form je lah supaya senang dibace....

1. Ketiga-tiga penceramah secara jelas melarang kita membenci yahudi kerana mereka itu ahlki kiotab, tetapi kebencian perlu ditunujukkan kepada kaum2 zionis, tak kire zionis itu yahudi, kristian atau islam.

2. Zionis itu bermula dari kalangan orang Kristian bermazhab Protestan, bukan Yahudi. Sejak kurun ke 18-19, org Yahudi sering menjadi mangsa anti-sementic(anti yahudi) orang-orang eropah namun mereka hidup aman di bawah khilafah Islam. Theodel Harzel(betul ke ejaan nih..hehehe) penulis buku 'Negara yahudi' tidak pernah mengesyorkan Palestin sebagai tempat didirikan negara yahudi, tapi memilih negara2 seperti Argentina, Afrika dan Libya sebagai tempat pilihannya.... malah, dalam kertas kerja yang dibentangakan juga menyatakan "sekiranye Theodel Harzel bangkit dari kubur sekarang, tentu die menangis kerana melihat negara Yahudi yg berada sekarang berlainan dengan apa yang diharapkaanya".

3. pemilihan Palestin sebagai negara Yahudi dicadangkan oleh zionis kristian dari England dalam perjanjian Balfour yang mengisytiharkan Palestin sebagai negara Yahudi. Namun, orang2 yahudi ketika itu tidak ingin berpindah ke Palestin kerana tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berpindah ke sana. Namun, takdir menentukan kan berlaku peristiwa 'holocoust' yang dilakukan oleh rejim Nazi.... maka, org2 Yahudi yang ketika itu enggan berpindah ke Palestin terpaksa juga berpindah... ( sedikit tambahan, aku ade tgk dalam dokumentari wake up project pasal penglibatan pemodal zionis dalam membaiayai rejim Nazi...mungkin perancangan zionis ni jugak)

4. Dr. Azzam dengan tegas menyatakan orang Palestin bukan mahukan sebuah negara Palestin, tetapi mahukan tanah2 mereka yang dirampas oleh rejim zionis....perlu diingat, sebelum ini, Palestin tidak pernah diperintah oleh orang2 Palestin... sentiasa ada kuasa besar menaunginya.... kuasa ROM, Parsi dan Islam.... oleh itu, org2 Palestin tidak pernah mengharapkan adanya sebuah negara Palestin yang merdeka.... beliau juga menceritakan sejarah penubuhan PLO, FATAH dan HAMAS... dan sokongan kepada HAMAS bukan kerana HAMAS itu HAMAS, tetapi menyokong idea yang didokong HAMAS iaitu mengembalikan tanah Palestin kepada penduduk asal Palestin.

5. Haa, sedikit kekeliruan berkenaan hadis mengenai kedatangan imam mahdi dan nabi Isa.... Dr. Azzam menegaskan bahawa mentaliti ummat Islam yang mengharapkan kedatangan imam Mahdilah yang menyebabkan Islam ditindas. Beliau menegaskan, sepatutnyer, kite semua perlu menjadi Mahdi, bangkit membawa perubahan kepada umat Islam... Beliau juga menyatakan hadis berkenaan imah mahdi itu hadis sahih, tapi melarang kita mengaitkan hadis tersebut dengan situasi sekarang. Kata2 nabi adalah benar belaka, tapi biarlah hadis itu terbukti sendiri... x perlu kite mengaitkan situasi sekrang dengan hadis trersebut.... buat masa sekarang, berusahalah menjadi Mahdi!!!!!

6. Jadi, Dr Azzam dan Dr Hossain secara tegas menyeru semua umat Islam memboikot produk2 yahudi... tetapi, pemboikotan ini perlu berlaku secara sistematik dan istiqamah... mustahil untuk memboikot semua barang2 yahudi,namun yang boleh diboikot perlulah diboikot... contoh : Starbuck, McDonald, Nestle, Colgate.... dan, tidak lupa jugak sentiasa berdoa ke atas pejuang2 Syahid di sana....

Itu je lar kot... kalo ade ape2 tambahan, nanti aku update lagik...

wassalam"

ana pon.. wassalam gak..

read more “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionist”

Utang 4 Post..

Posted by Syafarah Posted under - ,

Salam alaik dan selamat sejahtera..

Huh, setakat ni ana dah ade utang 4 post ngan WakingUp ni ha.. maluuu~

K, ana update ikut turutan ye, mane yang mai dulu, die la berjaya. (cam nak amek tajuk PSM lak)

Ana mulekan dengan TAG oleh my dearest CHEST sis, ecah. Bliau cakap ana wajib jawab. huh. balas dendam la ni..



Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini

1. bernama Aishah (yaAllah, lopa nama penuh.. sori ye adek MT)
2. panggilan: Ecah (ana je panggil ecah. kekawannye panggil Shah ade. wow~, penunggu jande tul)
3. Penangite (tapi idong bukan anak mami punye le)
4. My program's x-AJK program yang mantop and MT CHEST yang berkomitmen dengan bisnis buku bliau
5. Amat comel, pelembut, peramah, fair n luvly tanpa perlu memakainya, memang beramanah, bagi la keje ape insyaAllah leh settle, wat keje cepat n efisien dan berguni-guni lagi pujian kepadanya. (dengan harapan: tolongla jangan mintak kak belanja lagi, biar je kak lupa.. then ade alasan knape tak belanja dah. bwahahaa)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih

1. nama: puteri bukit jambul

2. birthday: bukak la surat beranak ana. kat dalam kotak nun

3. improving myself to become what Allah asked us to become

4. judging people? who r we to do that?

5. mukallaf.. bukan muallaf (mase belajo PSI kat sekulah dulu r ni)

6. - - sila isi tempat kosong - -

7. ana adalah kesayangan kucing. btol! kucing suka gigit ana, mesti depa ska kan..

8. - - sila isi tempat ni jugak - -

9. ada sesapa nak beli gelang kristal? gelang hand-made tau. mak ana wat.. mai beli, mai beli mai!!

10. hobi: melakukan hobi di kala waktu senggang

Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka


ana dah malas nak tagging-tagging. seyez pemalas..

sape nak jawab? sila-sila!!

read more “Utang 4 Post..”

alkisah http://www.boycott-israel.com

Posted by Syafarah Wednesday, May 20, 2009 Posted under - ,

salam alaik dan salam sejahtera,

Lebih kurang 2 minggu lepas abang ke2 ana ade bagitau tentang satu website yang best. Dia bagitau sebab kebetulan ana balik dari KBAZ (konvensyen berakhirnya agenda zinonis), bliau pon baru sampai kat umah from kulim.

alamatnya ielah: www.boycott-israel.com

kelebihannya berbanding inminds.co.uk ielah dia akan bagitau list produk yang WAJIB diboikot, asbabulboikot (maafkan ana atas terlampau professor barab) dan barangan alternatif.

adrenaline meningkat untuk menekan urop-urop di papan itam (keyboard ana memang kaler itam)..

jeng jeng~ tup tup........................ KENA HACK!!
astaghfirullah........................ pandainye yahudi. cepat sungguh diorang wat keje tuh. dah lama dah, ana tengok tak sembuh-sembuh lagi.. ana tak pakar programming. sesape yang pandai, tolong-tolong la saudara kita yang empunya website tuh..

p.s- dulu die tulis: 'Hacked by Kader'.. sekarang 'HAcked by Corpes, Algerian Hacker'..

read more “alkisah http://www.boycott-israel.com”

Hari-hari indah hidupku.. MELANTAK~

Posted by Syafarah Tuesday, May 19, 2009 Posted under - ,

salam alaik.. (makin pemalas nk tulis salam penuh ye syafarah..huh)

disebabkan dah berabad tak update blog ana ni, maka, ana nak qada' 3 ari yang bes:

  1. My birthday, 23 April 2009
  2. Mothers' Day, 10 Mei 2009
  3. Jalan-jalan menghabiskan duit abang Day, 17 Mei 2009
Kenape ari-ari ni istimewa? haa.. memang istimewa, tapi penambah kebestannye lagi ielah: MAKAN! alhamdulillah, nikmat makan Allah bagi, jgn xsedor diri ye Syafarah.. huhuuu~

Alert: kalo rase tanak buang masa, jangan go on. tq

1. My birthday, 23 April 2009

22 April, ramai duk study untuk Process Control and Instrumentation paper (killer paper on my birthday..mm..how convenience! huh).
Tengah study ramei-ramei, then, tym 12am tuh, kak Ummi (senior kos ana) bagi adiah dlm bungkusan seraya berkata,
"nah..epi besday. ni hamper program ri tu. hehe" adey, bagi adiah sebagai adiah utk org laen.. mm takpe la, rezeki gak kn. Tu yang cekidis gula-gula dan cumi. TENKIU KAK UMMI!
Yang kilat-kilat silver tuh, jeng jenggg~. nanti ana bgtau sapa bagi. HIS gift for me ya.. woottt~

Ni la dia.. rantai rhodium (dia adalah chemical catalyst. alternatif kepada platinum) dan batu-batu tu ialah batu caves. eh, batu kristal swarovski. uihh..kilat-kilat you.
The guy who gave this to me is....... my brother, abang Zafry.
haa, antum ingat sape hah??
Bliau bagi 2 minggu sebelum besday "jangan bukak lagi. nnt meletup"
bwahahaa, ana mmg xbkk sampai besday, baru surprise kan. hihiiiikk~
ARIGATOU, ONEE-CHAN

On my besday, students tahun 3 Fakulti ana kene beratur panjang untuk sesi "Siapa cepat, dia dapat" untuk tajuk PSM (Final Projek as in u laen pggl).
Bende menyeksakan ni on my birthday as well? x ckup PCI, now this??
hehee, xpe2. dah plan awal2. Kuar PCI awal, then dapat beratur awal.
Sebab tu la ana sesuke liver je snap gambor ni sambil menyaiko mereka
"bwahhahaaa, gue dah abissss.. bwahahhaaaa, padan muka kena beratur.. bwahahhaaa lagi!"

JAZAKUMULLAH KEPADE KEKAWAN YANG XJEMU-JEMU WISH.
DAH SEMINGGU BERLALU PON, BYK LAGI MESEJ-MESEJ MASUK.. HUWAAA~
(SEBAB CONNECTION KAT UMP AGAK MEMFEDAPKAN.. HUHU)

TAPI, ADIAH?? HEHEEE.. XPA2.. DOA-DOA DARIPADA ANTUM DAH CKUP..
\(^0^)/


2. Mothers' Day, 10 Mei 2009

Abang ke3 ana, Zafry bawak makan lunch kat Hotel Green ape ntah namanya. yang pastinya GREEN.. heheeee..
Kalau tak nak pegi awai sehari sebab Japanese Day. Ade sushi sume. Tapik, ana xde, tak balik lagi dari KBAZ (konvensyen berakhirnya agenda zionis). Maka pegi la 10 Mei.. sedey2..
Ayah xdtg sebab sakit. Bro 1st ada kat Selayang le, kat umah bliau..

Ni ielah pancake. tak ingat nama apa.
Pancakenya rasa cam tepung biasa. Tapi syrupnya yang sedap.
Ada rasa aprikot sket.. nyum~

Pembuka selera ana: hutan-hutan ngan sos berbeza.
Tak ingat dah name pe sosnye.. Tapi yang paling sedap: French dressing. nyum~

actually, ni penutup ana. saja letak atas-atas.
Dalam tuh ade es krim raspberry n es krim xjd tuh. name ape ntoh.. yg keras-keras tuh, perisa lime n oren. masyamm~

Ni namenye mouth washer. atau dalam bahasa jepon: sabun mulut.
sedapppp~ Safwan ske yang ijau tuh.. (ye kot. mamanye bawak kek tuh untuk die. hahaa)

Ni abang Zafry punye koje.
Kopi campoq es krem kat atas.. cam kapuciknoh..

Char Koey Teow.. tak rase pon. ala, tepi jalan pon jual, lagi morah. huhuu. Tapi abang cakap sedap.. huhuu.. terpakse tunggu tawon depan lak..

Lobster!! 1st tym dalam idop makan! Subhanallah.. sedappppp~
manisnya lagi dari ketam n udang..
Yang tempura kat bawah tuh amat memuakkan lepas mkn seketul, sebab minyak die kan. selalu minyak-minyak ni cpt kenyang..

Ni tempura, udang goreng, ketam, ayam n daging.. nyum jugak~
udang n daging die nyum nyum. udang die makan ngan kulit sekali.
Kulit ade chitosan (buang kolesterol n lemak dalam badan. Tapi leh sebabkn lemah ingatan. mm, nak kurus ke, nak kuat ingt...mmmm)

Safwan collapse.. letih tengok papa, mama, ucu, pakcik n opahnye makan..

Ni la orang-orang yang bertanggungjawab mewujudkan Safwan:
My second bro (kembaq with 1st brother), Sazrul Azri n his zaujah, Aida Nazima

Ni lak permaisuri yang mewujudkan kami berempat dan membesaqkan kami,
Our Mother, Saarah Awang

TIME KASEH MAK!!

LUV YOU SOOO MUCH!!

At d end of the day, pihak hotel bagi adiah untuk para ibu.

Mak ana dapat: Devil's Cake (erk..takutnya nak makan. kang jd setan. huhuu. tapi sedappp~. kek coklat) dan lampu tido.. alhamdulillah..

3. Jalan-jalan menghabiskan duit abang Day, 17 Mei 2009

Selalu kalau ana balik cuti, abang Zafry akan bawak adik peberet die jalan-jalan (adik die sorang ni je. huahua). Selalu makan kat Sushi King. Namun, oleh kerana mahu merasai kelainan, kami pun merasa restoran baru bukak bout 2 months, Azuma (sapa peminat Yakitake Japan, mesti teringat Azuma Kazuma..hahaa) kat Queensbay.

Mm, honestly, Sushi King punye sushi lagi besaq dan green tea die FREE. Green tea kat cni RM3. huh. tapi interior design die mantop r.. seyez.. memang rase kat jepong. dan pembuat sushi die akan jerit kuat-kuat "IRASHAI!!" "ONEGAISHIMASU!!" "ARIGATOU!!". btoi-btoi environment restoran jepon!

dan... yang penting: HALAL!

Welkem to Azuma-desu!
eh, Irashai minna-sama!
"oi! ape main-main air! shuhhh"

Pembuka selera.. ntoh le..tak ingat.
Tapi tuna dan kat tengah yang kuning tu cheese. rasenye telur ikan yang merah tu..

Green tea yang RM3! huh!

Ni pun tuna.. nyum~

Sushi goreng.. mm, sedap sangat! rangkup! ngapppp~

Cheese handroll. Subhanallah.. sedap hingga menjilat lutut!
ade 3 bijik cheese dalam tuh. memang muak. bagi seketoi kat abang.. huh

Pizza Sushi.. RM28 xsilap. Lagi kecik dari pizza!
Dia tak wat dari dough roti, tapi dari nasik. mm~ rangkup gak!

Ni la beliau up close.
erk, mind that face and those fingers....

Main course Gary (kawan abang):
ayam, buah, dadih telur jepong n sayur-sayur.

Gary on diet. maka bliau bagi dadih telur ni kat ana.
My peberet!
Perasan tak sayuq atas sekali cam huruf 'a' hiragana?
Pernah jadi kes rebut shiitake mushroom dalam ni ngan Zila
(Zila akan nikah 23 Mei 2009, insyaAllah..doakan die ek)

Main course abang ana: Ramen.. yang pink-pink tu selalu tengok dalam dorama ja..

tadaaaa~ up close!
"Cepat-cepat, tak tahan dah"
hehee, abang tak tahan dah pegang lama-lama..

Las.. tuna jugak! hahaa..

Eh, ropenye sushi tu bukan las.. sebab: mase dah angkat sume pinggan dan bayar dah, die bagi es krim green tea. alhamdulillah, sedap sangat! Free lak tuh.. ngeeee~

Ni la bank bergerak ana. hehehee
erk, abang lagi ensem dari nih, disebabkan biasan spektrum cahye oleh atom-atom kame hame ha, maka rambut abang nampak punk. wuwaa.. cmni muke abang kalo punk.. wuyoo..
SYUKRAN JAZIILAN ABANG ZAFRY!

Dengan ini, berakhirnya siri mentekedarah ana. Diharap antum lapaq dan seterusnya makan.
So..post kali ni takde pe sangat.. juz makan-makan..
Hope you've enjoyed.. (^_^)v

read more “Hari-hari indah hidupku.. MELANTAK~”

Ditag oleh Za lagi.. terharunye tag kali nih..

Posted by Syafarah Posted under - ,

salam alaik.. salam sejahtera~

Saje jalan-jalan kat blog Za.. terharunye entry Za kali nih. huhuu..
tak sangke.. Tu la kan Za, bila ukhwah kerana Allah, walau pernah disakiti, tapi bila jiwa diikat dengan Islam, iza biiznillah, gaduh-gaduh tu jadi penambah perisa je. Kasi meriah. Nasik tu tetap ada dan perisa tu kasi sedap~.. Luv liqo'mate kite! Luv usrah kite! mmuahhxx..


RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'receipents' name here, along with their links.
4. let them know about this.

Now I want to give this award to:-

ZA!!
sebab she's a very good sis to me.. more than just a friend..

MARYAM!
die xde blog. huhuu

MY HONEY-CHAN!!

sebab she's my honey since KMPP.. miss you honey! I masih terkilan sebab you pegi Jepong tak ajak I. letak dalam luggage pon muat punyer.. I kan KECIK.. ;p

ADIKS MT CHEST 08/09!
haa, korang letak dalam blog memasing ye, jangan lak letak dalam blog CHEST. kene fire kang..

YUNI!!
sebab die ade blog. dan blog bliau terpakse dirahsiekan.. n.. of kos, she's my friend since 1st year. Sorry coz selame ni tak jadi sahabat yang baek.. huwa~ if I cud turn back tym~~ la laaalaa

IFFAH!!
bliau pon takde blog..xpe2..she's my friend since 1st year gk..a very good listener..am I a good listener to you my dear friend? sorry gak sebab tak menjadi sahabat yang baek.. huwaaa~ (Rewind lagu yg sama seperti di atas)

DIEY!!
sebab selalu gi sejid skali tanpa jemu.. kecuali ketika 'waktu itu' hadir dan kemalasan melanda.. huhu

ZILA!!
sebab die dah kawen (assume after 23 Mei 2009 dia baru nak bukak tenet) SELAMAT PENGANTING BARUUUUU~

dan sume bloggers yg ana kenai.. kalo xkenai pon bley.. sile-sile..

read more “Ditag oleh Za lagi.. terharunye tag kali nih..”

Forum Integriti Pemantapan Institusi Keluarga

Posted by Syafarah Posted under -

Assalamualaikum wa rahmatullah dan salam sejahtera..

"Keluarga Berintegriti Bermula dari Rumah"

Tema untuk forum anjuran Institut Integriti Pulau Pinang (IINPPi) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

mm..mule-mule ingat nak pegi sebab duk rumah je kan. Lagipun mak ajak. Pegi ngan mak dan 2 anak jiran, kak Nurul (UTHM, Meki) and Na (Masterskill College, Management kalo tak silap).

Sampai-sampai situ.. adeyhhhhh, SUMA VETERAN + ORANG DAH KAWEN. huhuhuu.. ana, kak Nurul, Na dan 2 orang remaje ja ada.. mm, memang bukan untuk kami rasanya forum nih. Takpe, ilmu kan.

Nak ana ngomel lagi ke pasal forum nih?

1st speaker: En. Anuar Hj Ahmad, Pengurus Sosiobudaya, Institut Integriti Nasional

  • Pengisian banyak fakta dan nombor
  • Tetibe, rase cam tengah dengaq manifesto lak.. paham-paham la manifesto parti ape ye (bday parti ke, ape ke. kang kalau letak, x sempat nak konvo..)
  • Ok la, ni la pengisian bliau yang sempat dikutip:
- Penduduk Malaysia sekarang: 27.2 juta bijik
- 30% siswa tak kisah jika dirasuah bila dapat pangkat tinggi (tak ingat whether graduan or siswa)
- ranking dalam index persepsi integriti nasional (IPIN, yup, ana tergelak kit tym forum. Upinnye tgh makan ayam kot): Malaysia 47, Singapore 4 (dah naik, dulu 5). Camne negara bukan Islam majoritinya bleh kurangkan kadar rasuah?? tisk, tisk..
- Finland adalah least corrupted country. Sebabnye, dah 200 tahun PIN (pelan Integriti Nasional) diperkenalkan
- Antara yang top: Australia, Korea Selatan, USA dan Hongkong (mane negara-negara Islamnye?????????????????)
- "Family that dines together, stays together"
- 41% daripada rakyat Malaysia adalah BELIA.

yang lain-lain, leh la donlod kat bawah sekali. sile skroll.. jangan malas-malas ye..

2nd Speaker: Ustazah Hjh Rokiah Abd Aziz, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Penang
  • Haa, ni la bes! Kite nak PENGISIAN. bukan NOMBOR banyak-banyak sangat. Tym cuti sem pon nak tengok no, adeyyyy.. bukan cuti sem namanya.. (cuti yang hakiki adalah MATI)
  • Agak monotonous, tapi, pengisian ade yang amat la banyak.
  • Mostly, yang dah kawen tak tumpu sangat sebab banyak untuk yang bujang-bujing ni je (pasal unsur-unsur kena wujud dalam kuarga, cara-cara mewujudkan kuarga, ramuan kuarga bahgia, matlamat berumahtangga etc). Go Go ustazah Rokiah!
  • Ustazah adalah zaujah kepade Ustaz Ellias. Sapa duk penang, kenai la. Aktif sangat ngan gerakan dakwahnye. 3 anak pempuang nye sekolah ngan ana dulu, 1 senior, 2 twins sebatch ngan ana. mm, like daughter like parents, yang akak tu petah gile bersyarah..
  • Die cite pasal keluarge die gak sket. MasyaAllah! nak dapat hubby cm Ustaz Ellias! memang sweet. Cara didikan anak-anak pon tegas tapi penuh kasih sayang. (aiii.. nak kuarge camtuh, tapi, diri senirik lak cane.. huhuuhuu)
  • Antum dengar la senirik cane kt donlod kat bawahhhhh tuh.
3rd Speaker: Dr. Hj Jamnul Azhar Mulkan, Pakar Perubatan dan Motivasi Klinik Dr. Jamnul
  • Bliau orang Taiping, Peghok
  • Amat bes! bersahaja, xde slide. So, memang tumpuan fokus kat ustaz je la
  • Ustaz blajo medic kat mesir. Kirenye, Protaz la ustaz nih
  • Point paling bes:
Petua didik anak oleh Saidina Ali (2 hari berturut-turut berkali-kali dengaq bende ni je. Adakah ini suatu petanda?? cewah, ayat mau skema):

7 tahun pertama: Main sungguh-sungguh dengan anak. Rasulullah s.a.w pernah main jadi kuda ngan cucu baginda (tak ingat Hassan or Hussin)

7 tahun kedua: Disiplin. Dengan solat, ngaji, puase, etc. 10 tahun leh dipukul kalau tak solat.
Solat awal waktu. Bila kita jaga waktu dengan Allah, Allah akan jaga urusan kita yang laen-laen (adey, ana ni.. kurang tarbiyyah lagi jiwa ni..huhuu)

7 tahun ketiga: Jadilah kawan dia. Kalau kita marah-marah, pukul-pukul, haa, siapla, sok luse, lari dari umah. Naudzubillah......

Biasa la, Sharing is Caring. Maka, kat bawah sekali ade ana upload ceramah untuk didonlod oleh antum. Maaf sebab kualiti tak bagus, pakai handphone je untuk rakam. Takde cita-cita jadi wartawang kan..


Pentas. Takkan la karipap lak kan..

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, berdirinya saya di sini adalah untuk bla blaaa.. bayangkan tym syarahan sekolah rendah darjah satu.. wuuu~


Watashi no haha-chan (okaa-chan desu neh)


Jiranku, Kak Nurul and Na
(kicik-kicik dulu maen barbie dollah, eh, doll, ikat-ikat rambut and maen getah.. tym tu 5kg, leh la maen getah.. huwaa~)

read more “Forum Integriti Pemantapan Institusi Keluarga”

YM yang bagus. Teruskan YM sayerrrr

Posted by Syafarah Wednesday, May 6, 2009 Posted under -

assalamualaikum and salam sejahtera..

Izinkan ana gelak guling-guling dulu. Sebab ape? Sebab ade orang nak bagi ana marah INTENTIONALLY. Kalau xde niat nak bagi marah, leh terime lagi. Bliau ni nak bagi ana marah dengan sengaje.

Tapi, sian kat die. Ana rase die ada masalah dengan MUSLIMAH TU, MUSLIMAH NI, UKHWAH TU, UKHWAH NI.

Ana pastekan kat sini bukan untuk main-main, tapi untuk MUSLIMAH TU,MUSLIMAH NI (kite-kite la ye) muhasabah diri. Maybe tak kena batang idong (ana takde batang idong, sebab idong kecik. huhhh, ishk.. syukur la sebab ade hidung, astaghfirullah), tapi kite cube elak-elakkan.. MUHASABAH LAH!

Namanya ana padamkan. nanti korang spam YM die lak..

Ana add die sebab kawan ana suh add sebab 'die nak main-mainkan saye kot'. ahaaaa~. memang MUSLIM ni ske uji MUSLIMAH rasenye..

____________________

f*******_**: awk add sy kan?

syafarahz: waalaikumsalam
syafarahz: yup

f*******_**: awk sapa?
?

syafarahz: nm sy terang g bersuluh kt tepi ni
syafarahz: *lg
syafarahz: kwn sy add awk kt ym sy
syafarahz: tu je

f*******_**: ?
syafarah?
oo
sape kwn awk?
?

syafarahz: xpa
syafarahz: xpenting
syafarahz: jemput2la msk blog sy: empoweringhearts.blogspot.com
syafarahz: iA,akn istiqamah update ngan post2 ilmiah

f*******_**: la
bitau je la
erm

syafarahz: ye?

f*******_**: nm blog pun cm x best

syafarahz: oo..
syafarahz: syukran..membina sggh kritikan tu

f*******_**: syukrn?
pe tu ?
ha..ha
x skt mane pun ht kan?

syafarahz: xpe..kl sakit ati pon,xpyh p klinik pon
syafarahz: surat cinta ade utk tenangkn ati..
syafarahz: surat cinta dr Allah: alquran
syafarahz: xpa la ye
syafarahz: kl xde apa2 penting,smpi cni je la ek

f*******_**: lau ht lembu,kmbng org nk lg,leh mkn
x de sape pun nk ht awk tu
klinik agk2 nk ke?
tp ht awk ?
marah ke ?

syafarahz: knpe nk marah?
syafarahz: lagi? ape lg nk ckp?
syafarahz: ske bc..interesting

f*******_**: tp kalau x bc
mmg de srt cnta,
xde mkna
sm je mcm srt cnta tu duk dpn lembu ,kmbng
tp x pernh nk laksana
prmpuan ni sdp bermadah

syafarahz: syukran lagi sbb bg peringatan

f*******_**: semua ny th manis dimulut
utk tnjuk die yg terbaik

syafarahz: pastu?

f*******_**: tp hakikat

syafarahz: xpe2..luah je..sy sedie bce luahan tu

f*******_**: hnya th sndwra
menipu
pura2
mnguna
quran
nama islam
muslimh tu,mslmh ni
ukhwh tu,ukhwh ni

syafarahz: lg?

f*******_**: mmg betul org kt,prmpuan penuh dgn kenafsuan hdp prmpuan

syafarahz: mm..lg?
syafarahz: kesian..mesti dh lama pendam..skrg br nk luah
syafarahz: luah lg
syafarahz: kl dh abis,bgtau la

f*******_**: awk pun sm
xpyh la manis kt2 awk tu
cb jd diri sendiri

syafarahz:

Sapa la kite kan nk hukum org. laen la kl kite Allah, kn.
maybe awk ada kenangan pahit ngn muslimah tu, muslimah ni. yg ckp ukhwah tu, ukhwah ni kt awk.
kisian awk.
kisian kt mak, kakak, adik2 perempuan n sapa2 je kuarga perempuan awk. sume pree2 kne label cmtu.kn?

sy xde kuasa utk buang sume perasaan tu dr awk. tp, pk dl sblm bertindak. sy xde hak nk bg nasihat kaw2. tp,tggjwb DAKWAH tu wajib. awk ade potensi jd DAIE' yg berjaya. tp, salurknnya ke jln yg sepatutnya.
jgn zalimi diri seniri.
semoga Allah merahmati kita semua dan nauzdubillah drpd tergolong golongan munafik.
wallahua'lam.

kalo xde lagi luahan penting dan bermanfaat, kite stop la ek.
salam.

f*******_**: awk x phm

syafarahz: phmkn sy
syafarahz: iA,sy dan muslimah tu berbeza
syafarahz: mn tau kn
syafarahz:

ok la incik DAIE' berjaya (doa tu). sy mintak diri dl. 1 las words: jgn dgr ape 'org kata', tp amik cakna ape 'Allah n Rasul kata'. biar la kt muslimah2 tu nk wat pa pon. diorang ke menentukan awk masuk syurga neraka? Allah yg tentukn.awk pemimpin. jgn biar syaitan2 tiup api neraka kemarhn kt awk. kl awk biar, syaitan2 tu la yg memimpin awk. kl awk nk kate sy hipokrit, teruskn. awk ckp apa2 pon. awk tak tentukn sy msk syurga or neraka. bkn keredhaan awk yg sy cari, tp mardhatillah. sy yakin awk ALIM sume ni. awk buat2 tak tahu sbb pd pndpt sy awk nk uji sy. sy xkesah nk lulus ujian awk tu ke x. XPENTING. sama dgn XPENTINGnya KATA2 XBERMANFAAT org laen kt sy. mmg kdg2 kite mrh, tp mrh2 ni leh dpt ke redha Allah? ape2 pon, awk ckp la ape2 kt sy, sy xkesah. n, cm sy ckp td:

semoga Allah merahmati kita semua dan nauzdubillah drpd tergolong golongan munafik.

salam
__________________

Memang silap la, ana ske menjawab. huhuuhuhh..

So, sape-sape rase die MUSLIMAH TU, MUSLIMAH NI, UKHWAH TU, UKHWAH NI, rentikan le keje-keje gune ISLAM untuk NAK BERDEBAT KE, NAK DAPAT TEMPAT KE, NGORAT OSTAT-OSTAT KE, NAK BAGI ORANG PANDANG TINGGI KE etc.

Tapi, kite bertindak atas sebab TANGGUNGJAWAB KEWAJIPAN DAKWAH.. LILLAHITAALA. kalau berdakwah ngan blog misalnya, tetibe sakit jantung, mati SYAHEED tau, iza biiznillah..

So, semoga Allah merahmati kita semua dan nauzdubillah drpd tergolong golongan munafik..

Wallahualam..

read more “YM yang bagus. Teruskan YM sayerrrr”

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak share sumthing yang ana dapat from http://layarislam.blogspot.com/.
Dulu ana ada wat post pasal "Kenapa Yahudi Bijak?"
Sekarang, iza biiznillah kite share pasal Cara Pemakanan Genius Islam pulak.

Jeng jenggg~

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.
Tersembunyi dari
pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.
Namun akhir-akhir ini
ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.
Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang
membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibacaoleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang
pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda
juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labuke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Wallahualam..

read more “Cara Pemakanan Genius Islam”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget