Tiupan Obor Semangat Sumayyah..

Posted by Syafarah Thursday, July 30, 2009 Posted under - ,

salam alaik..

semangat sumayyah dalam jiwa Dr. Marwa Al-Sharbini..

walaupon kisah ni plus minus umonye dengan kesah kematian mikael (MJ), tapi ana tengok tak ramai rekyat mesia mewar-warkannya.. gosip2 banyak lak disebar-sebarkan.. aiiiiiiii.. ramainye nak semangat artis. almaklumla, artis2 tu maksum, leh bagi syafaat kat kite kat akhirat nanti. diorang pom kompon bawak kite masuk syurga kalo kite selalu amik tau hal diorang and jadikan amalan idop depa sebagai pegangan.. (syafarah ska berleter.. walaopun idea ni datang daripada ostat paminyak.. huhu)

__________________


Murdered because....????

Marwa Alsharbini is a woman from Egypt, a pharmacist and married to an Egyptian academic doing a research in Max Plank research centre in Dresden. Marwa is Muslim , and she wears hijab.

Last November while she was in a play ground with her 3 year old child, she asked a young man 28 year old German named Alex to let her child play on the swing, for the lack of other answers the young man called her a "Muslim Terrorist"

Marwa being the woman she is, sued him in courts and got a rule in her favour to fine the man 780 Euros for racial assault (though the fine is next to nothing) this was a moral victory to say the least.
The racist young man "Alex W." filed for an appeal, which was accepted, last week during the trial as Marwa was in court testifying, the man attacked her with a knife and stabed her 18 times which were lethal and she died on court, and as her husband jumped on her defence was stabbed 3 times as well in his chest and abdomen and now lies in critical state in the hospital.

Now how did this low life racist man managed to sneak a knife into a court house?
How did he manage to stab her 18 times? (this is the official story)
Why is 2 young highly educated Muslims assaulted and the woman killed with NO MEDIA COVERAGE WHATSOEVER?

PS. She was 3 month pregnant when murdered.

(taken from late night surgery)
________________


Marwa Al-Sharbini


Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.


Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.


Peristiwa ini diam begitu sahaja dari laporan-laporan media massa Jerman mahupun dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Sudah tentu beritanya agak lebih meluas dan gempar ke seluruh dunia.


Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson yang mengharubirukan dunia itu. Tidak ada langsung berita berkenaan pengkebumian Syahidah Marwa Ash-Sharbini yang mendapat jolokan "Pahlawan Jilbab". Malah tidak ada langsung protes dari dunia Islam, khususnya negara asalnya Mesir atas kematiannya, dimanakah OIC pada ketika itu?. Tidak ada langsung tangisan kaum muslimin seluruh dunia untuknya. Tetapi tidak mengapa Marwa Ash-Sharbini, kerana engkau telah dijanjikan suatu tempat yang paling mulia dan istimewa di sisiNya ALLAH SWT.

Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, Serikandi Islam, Pahlawan jilbab, maafkan kami di atas ketidak pedulian ini… Al-Fatihah...


sumber : dari blog Sesemut Emas.
http://www.niknasri.com/

______________________

Surat Khabar Jerman memalukan Dr. Marwa AlSharbini

Suratkhabar Jerman, Die Welt versi online memuat komentar-komentar pembacanya yang berisi hinaan dan sokongan anti-Arab dan anti-Muslim. Namun pihak Die Welt menolak menghapus komentar-komentar yang berbau rasis bahkan tidak berperikemanusiaan itu.


Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul "Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht" yang dipublikasikan terkait berita Marwa Al-Sharbini, seorang muslimah yang ditikam oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia di ruangan berita mahkamah kota Dresden.

Entah sengaja atau tidak, pihak situs Die Welt membiarkan komentar-komentar atas artikel tersebut, yang isinya rasis dan tak beradab. Sala satu komentar misalnya, merekomendasikan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa "Federal Cross of Merit". Komentar lainnya menyebut Marwa "toilet" dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya justeru membela pelaku dan memburukkan Marwa yang ditulis dengan identitas tiada nama.

Tapi yang sulit dipercaya, pihak Die Welt menolak untuk menghapus komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman yang seolah kompak untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa. Media Jerman menganggap kasus pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kasus yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeda jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Sementara itu, atas sikap surat kabar Die Welt online, situs Ikhwanul Muslimin menyerukan kaum Muslimin untuk menyampaikan email protes ke surat kabar tersebut agar menghapus komentar-komentar yang rasis dan anti-Muslim, lewat alamat email: online@welt.deThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it (ln/ikh)

(dipetik daripada institut al-qayyim)
_________________________

sampaikan media jerman pon nak tutup kes ni dan berat sebelah. ini tidak adil!
kite? umat islam? yang mengaku kita bersaudara? duk diam jek? kalo la mak kite (naudzubillah!) kene camtuh, kite duk diam tak????????????? so, rase la cam ni mak kite, saudara kita after all, rite?! kalo ni tak terase peritnye, ntoh le camna perasaan untuk saudara palestine kita.... WAKE UP guys!! udoh2 le dating tuh, udoh2 le tengok bola tuh, udoh2 le ngejor name kat dunia tuh, udoh2 le seme2 yang tak pekdah tuh.. tym date tuh, tetibe MATI, tak sempat taubat, huh, guano??.... takutttt~ naudzubillah.. Ya Allah, bagi lah husnul khatimah pada kami, ya Rabb........ ameeennnnn~

read more “Tiupan Obor Semangat Sumayyah..”

"Anda dikuarantin".. haaa??!! biaq btoi??!!

Posted by Syafarah Wednesday, July 29, 2009 Posted under - ,

salam sume..

__________________

Alkisah Demam Rindu.. eh.. Demam Virus

24 Julai 2009
Jumaat
6.30pm

Kak syikin: jom, teman kak skali cari kain baju nikah
Ana: ok.. (yeayyyyy~ jalan-jalan!)

sampai-sampai je ump kol 12.15am, masuk bilik, rebah terus nenong tdoooo.. tak tahan.. letih sangat badan ni.. pasaipa ntah..

25 Julai 2009
Sabtu
3.45am

terjaga.. kepala berat.. otak cam cair je, takleh gerak2, sakit.. rasa2 kat kapet dan lantai, perghh, HANGAT - "HAT FM, lebih HANGAT dari NERAKA" opss.. silap..

satu badan panas dan sakit + sengal belakang dan satu badan.. pas subuh, terus collapse..

9am

mandi.. burrrrrrrrr.. SHEJUK SANGAT2!!
pas mandi pon, badan panas lagi.. awat niiii (ana jarang bebenor nak kena demam nih.. kalo kena pom, xde la rasa camni.. cam laen ja)

10am

ke hulu ke hilir cari felo. nak pi klinik jugak2. nak dipendekkan cite, dapat la jugak cari felo then pi ke HTAA dengan anira dan ayu. (ayu tu nyebok jek..huh)

kerani: demam ye? sile ke situ.. (sambil tuding belakang tembok)

kami pon pegi la ngan longlainya.. MAK AIHHHH~

WUT??!! kami tak kena B1N1 la..

temapt park ambulen rasenye yang jadi tempat kuarantin etc H1N1 nih..

suhu ana kak nurse tu tunjuk: 38.3 derjah celcius.. (rase cam rendah.. tinggi ghopenye..hu)

1pm

hampes.. 3 jam kami ikot prosedur (99.87678% daripada tu kami gunakan untuk menonong tunggu giliran.. takpe, free je kan) kami hanya diberi ubat batuk, gargle (cuci mulut) dan PANADOL.. yup, diulangi.. PANADOL atau dalam bahse arabnye FANADHOL.. kami kalao tau oakai panadol je, tak payah la datang spital, wahai cik2 kak doktur sekalian..
"awak takde bintik2 kan? takpe, saye tak bagi antibiotik la.."

.. memang berjimat cermat kan?? berjimat cermat amalan muliaaaaa~ espeseli obat-obatann~ bior melarat, asal berjimattt~

26 Julai 2009
Ahad
3.30pm

ade usrah kat sejid. panas2 lagi badan, tapi tak sehebat semalam. pi dengan diey, bliau pon demam gak. tapi kami kunun2 dah sehat, tanak terima kenyataan yang kami ni tak termasuk gulungan sihat tubuh badan dalam muwasofat tarbiyyah tuh.

tapi, memang setan ni buat daripada api toi la. tau2 nak pi usrah, depa lagi duk kuat kasi panas sama gua. memang seme kate badan ana ni paneh. salam ngan kak mariam pom, pipi nih, dah leh goreng telur dah. 5.30pm ade meeting, ana surrender, balik usrah terus BBOOMMMMMM.. rumet baik, shahida syikin kasi tuala kicik untuk tuam ateh dahi.. mecihh cayang~

9pm

Allah bagi kudrat untuk solat dan bende2 wajib je (taip mesej, kire wajib jugak kan. heh. ala, mesej cari kete nak pi klinik lagi je. ump baik, kliniknye takde doktur. kene pi klinik luor.. takpe, syukur ngan ape ade ye cik syafarah..)

10pm

pearl tumpangkan keta bersama 2 lagi pesakit, diey dan dilah.
doktur ni baek (klinik private, mane cam spital kerajaaan.. huhu). siap sembang-sembang lagi.

Ana: takpe la duktur, dah baik dah rasenye (virus ni cam tau2 je. nak pi klinik, terus die senyap. huh)
duktur: kite cek dulu.. (beberapa lame kendian lepas termometer sumbat dalam mulut ni ha) haa, nih, awak tak sihat lagi nih: (die tunjuk termometer, 38.7 derjah celcius! meningkat seyh!)

duktur: mm, awak nak mc?
ana: (nak jadi hipokrit ke jadi jahat??) esok ade 2 lab. takut takleh bangun cam tadi je.. NAK LAH!
duktur: heheheee.. takpe, saya paham. saya dulu student jugak..
ana: nguahahahaaaa~ tapik, sehari je la ye.. time kasih duktur.. MUAHXXX! (ok, muahxxx tu tambahan je.. kalo wat btol2, tak payah dah bayar duit klinik nih.. huhu)

duktur tu habaq, ana kene viral fever. makanan apakah itu? haa, tu namenye demam yang disebabkan virus. alhamdulillah, kami tak kena H1N1 ke, B1N1 ke, chikugunya ke.

harge yang dibayar:
fadilah, 36.5 derjah celcius=RM57
syafarah, 38.7 derjah celcius=RM51 (ternyata, cahaya keimanan yang terpancar dari wajahku membuatkan mereke kasi less harge. ye la, dilah 4 obat, ana 5 obat jek!)
diey, 39.0 derjah celcius=RM71!!!!
antibiotik membezakan harge-harge obat kami. antibiotik diey, tak tulih pon penicilin, tapi penicilin la rasenye..

**suhu normal homosapien: 36.5 derjah celcius jek. kalo nak ikot, lebih dari 38, dah kena kuarantin oleh ump.

mihun sup.. aini (jiran bilik) masakkan. salunye, kalo die masak, 1 bilik le masok.. huhuu.. terharu, diorang sakit, ana x masakkan pom.. huhuuuuu.. thanks korang!

____________________

Alkisah Kuarantin Ramei-ramei

Malaih dah nak cita. tapi, Rabu 29 Julai 2009, kami sekuliah dikuarantin lepas kelas Dr. Wina kol 1pm camtuh. dengan Dr.Wina skali kena kuarantin. bwahahaa..

kate diorang, isnin dan selasa lepas ramai sangat dak kelas kitorang yang pi klinik.
(tu tak termasuk yang pi senirik sebanyak dua kali ari sabtu and ahad lepas. uhh.)

Ahaa, mao pakai ini ka? yeayy.. niqob pree!!

"nak pakainye, cenggini" kate dila sakura..

ni staf klinik ump bagi penerangan ngape kami dikuarantin

pm nordin yang sangat supportive

puan wina (tak ske dipanggil 'Dr.' hantam je la dalam blog.. bukan puan wina bace pom..hehe) tensen kerna turut sama terlibat walaupon baru bersama kami dan virus2 berterbangan dengan kami selama sejam

sape nak pakai niqob, amik la kesempatan tym nih. hehe

ni la pearl yang nganto kami ke klinik malam tuh. thanx pearl. seswai la mask tuh ngan baju lho!

sesi isi borang baitul muslim. eh, borang survey penyakit neh ha..
ana sume tanda 'ade'..
batuk? ade. demam? ade. lapo? ade. rase amalan tak cukup? ade. takut mati? ade. boyapren ade? ade. eh.. xde2.. (ok, seme stat dari lapo tu rekaan semata2)

cek suhu kat telinga.. 36.5!!!!! alhamdulillah.. dah jadi manusia normal!!!!! takde la tak normal kan. alien ke, lipas ke, platipos ke..

______________________

kesimpulannya, BILA UMP NAK TUTUP LAK? bwahahaaa~ ipta len dah tutup, ump je tegar lagi. ramai warge ump yang banyak pahala kot, tak kene ujian cenggini. kan? ana manyak gila dosa, kirenye demam ni kafarah kepada dosa ana le.. astaghfirullah manyak2.. alhamdulillah Allah taala bagi peringatan.. huhuu..

seyez la, tym sakit tak leh bangun tuh, tym badan 'lebih hangat daripada biase' tuh, tym otak gelegak2 tuh, tym bijik mata nak terkuor tuh, tym sendi2 lenguh nak terputuih tuh, tym badan-badan sengal cam nak meletup tuh, tym tu la istighfar banyak2. baru nak ingat Allah. huh. tym lagha2 tuh, leh je ngengade epi tanpa rasa apa2..

_________________

Demam ana VS sakit Nabi Ayub alaihisslam..


Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)

Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.

Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.

Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.

Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.

Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.

Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.

Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.

Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.

"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.

Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

Wallahua'lam.

- lanh

(Petikan dari Harakah Bil.1338)

(dipetik daripada http://www.darussyifa.org)

__________________


adey, takat demam cenggituh, takde maknenye kalo banding dengan sakitnye Nabi Ayub alaihissalam..

k la ye.. tak larat dah nih.. tak larat naip je nih.. hoho..
wassalam..

read more “"Anda dikuarantin".. haaa??!! biaq btoi??!!”

Bes lagi from ILuvIslam..

Posted by Syafarah Tuesday, July 28, 2009 Posted under - , ,

salam sumaaa..

maaf sangat-sangat sebab dah dekat 40 tahun tak update-update lagik.. connection sangat 'bagus' dan 'baek-punya' kat kampus ni.. kalau leh online pon, ana selalu amik kesempatan (sesuai ke perkataan ni dalam konteks ayat berikutnya????) wat research untuk PSM (projek sarjane mude) and PD (plant design - projek final jugak)..

bile dah rasa nak release-release tensen sket, ana pom jalan-jalan kat alam siber ni.. tup tup, terjumpe artikel bes from ILuvIslam..

bukan hape, tapi zaman remaja remaju remaji ni, banyak ujiannye. selaen artikel nih, ana galakkan sangat-sangat korang baca buku kak Fatimah Syarha kite 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'.

SANGAT BESH! kalo tanye kengkawan ana, seme keheranan sebab tengok ana sensorang bace buku ni sambil sengeh-sengeh.. heheee.. sebab amat sweeetttt.. walaupun nipis, tapi padat- dari sebelum nikah sampailah dah mendirikan umah bertangga mahupon atas tanah. Laki, pempuan seme sesuai, insyaAllah. bace ye! (kak fatimah, berape komisen ana dapat? hehehe)

so, let's go on to da artikel from iluvislam:

_____________________

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar SUAMI
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan AKU MEMILIH DIA

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

_________________________

huhuuu.. tapi kan.. layakkah diri ini mendapat akh sebaik tu? sewara' tu? sesoleh tuh??

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"
(Surah AnNur:26)

tu janji Allah, yakin!! so, ana kena berusaha untuk jadi solehah untuk dapatkan yang soleh! YOSHHH!! KAMBATTE!!

tapi kan, ana nak jadi solehah ni, bukanlah kerana lelaki, tapi mesti sebab Allah taala kan.

sapa yang jadikan kite? apa penyebab kite idop? sapa yang sayang sangat kat kite sampai kite selangkah nak hampiri Dia, sepuluh langkah Dia mai dekat?

so, papehal pon, ana mesti letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.. and jadi solehah kerana pengabdian diri kepada Pencipta makhluk langit dan bumi.. ana kena IKHLAS.. (teringat cite 'Kiamat Sudah Dekat'.. "kamu mesti kuasai ilmu ikhlas".. apa ilmu ikhlas tuh?? tengoklah senirik cite tuh.. huh.. bukak la kitab-kitab ke ape ke)

kat kampus ana yang comey ni, toleh kiri, kanan, mana-mana ja- KAPEL. tak larat dah nengoknye. ada skali tuh, tak tahan sangat, ana dan kak syikin tego kat seme kapel-kapel (mostly JUNIORS.. kecik-kecik dah gateiiii) yang berderet kat court:

Ana: assalamulaikum..
Mereka: waalaikumsalam
Ana: berdua je?
Mereka: ye la
Ana: Ye ke berdue?? bukan ade yang ketiga????
Laki: mana ade, ramai lagi ni ha
Ana: (menjawab pulak ko ye. picit-picit kang rambut tuh, baru tau. huh). Ye ke? jangan nak main-main dengan hadith Nabi naaaa.. (ana main-main jari sambil blah.. sebab kalo duk lama-lama lagi nanti jadi perang dunia ke sembilanplohpat lak)

tu antara dialognye la.. ade lagi, yang kapel laen-laen tu ok la responnye..

ana pernah try dialog 'bertiga' tuh kat sorang dak masjid (yup, dak MASJID pon DATING gak..), alhamdulillah, die paham.. (tak sume dak masjid ye.. diorang pon manusia gak.. manusia tak maksum, kecuali para Rasul dan Nabi ye kawan-kawan..)

Ana: Eh, berdua je?
Dia: eheheee kak.. bertige rasenye
Ana: haa.. alhamdulillah.. tau xpe..

aihhhhh.. cane ni?? ana tak perfek.. ana MANUSIA gak.. ana pon cam seme orang, FITRAH sayang and mahu disayangi.. tapi.. kene kawal beb.. ana tak kate ana hero dalam kawal mengawal nih.. huhuhuu.. tapi ana KECEWA la bilamana dak masjid dan PENASYID (is it even a word??), DAIE di arena seni sore UMP nih pon nak bergelumang dalam arena PENGAPEL UMP nih.. bukan sorang je.. setakat ni ade la beberapa orang.. kachiwanyaaaa.. tulunnnn~

(again, tak sume camtuh.. MANUSIA=FITRAHNYE PELUPE.. anggaplah entry ana kali ni peringatan.. untuk ana seniri jugak sebenornye.. dah tau kite ni imej camni, bawak Islam camni, jaga-jagalah dengan perlakuan dan tingkah laku. orang sentiasa perati. believe me. "dak lebai tu pon kapel, kite pon leh la".. memang wujud skrip camni wahai rakan-rakan.. dah buhsan senornye isu kapel nih. nak muntoh dah. tapi awat ntah, makin bercambah-cambah.. why? why?
jangan salahkan diorang, tapi salahkan kite ni, dakwah tak mantap! dakwah fardhiah ana memang lemah, ana ngaku.. tarbiyah zatiyah pom same je.. pehtu, tunding-tunding jari kat depa.. pe kes kan?.. muhasabah la..)

bawah ni ade lagi dari iluvsilam:

___________________

Tolong Beritahu Si Dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti

_____________________

tu je la kot.. hehee.. baru kebah demam ni, alhamdulillah.. nanti kalau ana ingat, kite share pasal demam dan kucing lak, iza biiznillah..

read more “Bes lagi from ILuvIslam..”

Tag lagi..

Posted by Syafarah Thursday, July 2, 2009 Posted under - ,

salam alaik..

Tag spesel from my adik: TIKA..
Syukran jaziilan, ya ukhti! malu~
Adeyy.. lepas bace soklan.. amatlah kak kene bertapa 40 tahun untuk dapat jawapan..

______________

1) Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?
Hajarul Aswad.. Saidina Umar r.a pon cium die sebab Rasulullah s.a.w cium..

2) How did you feel when you woke up this morning?
"Nak wakpe? Nak wakpe?"

3) Who was the last person / people you took photo with?
Ramai-ramai ngan adik-adik fasi masa riadah MINDS

4) Would you consider yourself spoiled?
Spoil ke? Alhamdulilah je.. tak spoil pon (spoil=rosak.. hehee.. takmo spoil=manje)

5) Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
HAD? Mmmm.. HONESTLY...... NO. bwahahaa. Sekolah pempuan maa..
I dun believe in BESFREN among opposite sexes..

6) Do you want someone to be dead?
Kematian adalah MESTI.. setiap saat memanggil kite.. tapi, tanak lagi orang-orang ana sayang pegi..............

7) What does your last text message say?
Dah delete.. tapi kesinambungan second las punye: "Wassalam, ni jana.yg mta tlg tmpg lgge td.hehe"

8) What are you thinking right now?
"Diam la *****.. bising la. Start je la rehearsal tu.. Berletiaq ja.."
(buat tag nih masa MINDS09. Ade 'orang besar' UMP marah-marah student freshies sebab tak bagi kejesame..)

9) Do you want someone to be with you right now?
SomeONE? Kalo ramai-ramai takleh?

10) What was the time you went to bed last night?
3am.. takyah risau subuh dinasour.. bwahahaa

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
PKN08 (Perhimpunan Karisma Nasional 2008)

12) Is someone on your mind right now?
SomeONE lagi.. SomeTENTHOUSAND.. takleh?

13) Who was the last person who text you?
Jana.. junior.. junior lagik..

Ten LUCKY person to do this quiz.
i- Diey
ii- Za
iii- Honey
iv- Ecah (CHEST)
v- Ilham
vi- Nana (Nadiah Azizan)
vii- PN. Zila
viii- Farah (kawan Honey-chan)
viiii- Sumayyah
x- sape-sape ade blog..

14) Who is no.2 having a relationship with?
Wit family and friends maa

15) Is no.3 a male or a female?
Pempuan

16) If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
NO! Nanti abih bumi bergoncang sebab gelakan mereka (and, of kos ana terjoin.. hehee)

17) What is no.1 studying about?
Sarjane Mude Kejuruteraan Kimie (Bioteknologi)
About? Genetic, bacteria, bioreactor, scale-up, scale-down etc..

18) When was the last time you chatted with them?
Umm.. bukak buku sejarah balik.. buku sejarah form 8 tau.. mukesurat patplohtujuh..

19) Is no.4 single?
Erk.. Ecah, care to answer?

20) Say something about no. 2.
Za sengal + senget + hotttt = ukhti..

21) What do you think about no.3 & no.6 being together?
Cakap nihongo la masing-masing.. Honey pernah pi Jepong, Nana-chan otai nihongo desu..

22) Describe no.9.
My little ukhti.. baru masuk UiTM sem ni. amat nebes.. nickname bliau: Jundullah.. Anak YDP JIM Kedah, pakcik Hasbullah.. Keluarga mujahideen..

23) What will you do if no.6 and no.7 fight ?
Nana ngan PUAN Zila? InsyaAllah tak.. Salunye, orang dah kawen dok senyap-senyap je ngan laki die. Takde nak cari gaduh nih.. Orang cari gaduh ngan die ade le, sebab jeles ngan gambaq perbetoi butang husband.. huh!

24) Do you like no. 8?
TAK!! hahaa.. suke-suke.. bliau supportive.. Syukran ya ukhti!

25) How about no. 10?
Korang ade blog tak? Ha, describe la diri korang seniri..
________

Dah.. dah.. abihhhh~

read more “Tag lagi..”

Alkisah Beskal lagi..

Posted by Syafarah Posted under -

Assalamualaikum wa rahmatullah dan peace be upon you guys..

Setelah 2 bulan basikal second hand dibeli daripada kawan ana, Ara Ammarcelo tak dipakai (dipinjam oleh kak syikin), tayar menunjukkan ciri-ciri kepancitan. Ingatkan berat naek 40kg, sebab tu tayar jadi landuq camtu. Rope-ropenye, sebab takde hangin..

Bermula lah episod mencari pam tayar (baru je beli beskal, takde la pulok teringat nak beli aksesori beskal)..

Cubaan Pertama:

Kira-kira 11am..
Kayuh sampai depan kak guard, ternampak adik ni bawak beskal (pempuan). Nak jerit dh, tapi jeuh sangat pulok..
Ana kalau bleh, tanak menarik perhatian kak guard kat situ (sebab, sekarang minggu orentasi freshies. Pelajar kanan/lama tak bleh masuk sampai tamat minggu ni. Pelajar kanan yang ade 'Pas Khas Pelajar' sahaje yang dibenarkan masuk. Of kos la ana takde. Camna ana masuk? bwahahaa.. inilah penyeludupan manusia paling berjaya abad ini!)
ok la, cubaan pertama tak berjaya, nak kejaq pon, tak larat.. tayar pancit gila-gila.. tambah ngan berat molekul-molekul lipid berlebihan.. huh..

tetibe, jeng jeng~~ ade sorang fasi, my junior minggu induksi siswa (MINDS) tegoq,

Fasi: Kak, tayar pancit la
Ana: (Dalam ati) Takde la, tayar ni tengah masak ikan goreng..

ana memang penuh dengan memek muko, walaupon cakap camtu dalam ati, muka tunjuk ekspresi sebenar.. huhuu.. sian dak tuh

Fasi: (maybe dalam ati) "ape salah haku??"

Ana: Dik, ade pam tayar tak? (ana assume ade la, sebab dak laki, 90.5674% dak laki UMP ni ade moto/beskal. Maka, pam pon musti la satu kewajipan selaen solat fardhu lima waktu.)
Fasi: (geleng ngan innocent)
Ana: (memblahkan diri..mencari mangsa seterusnye.. tebal muka wooo cari pam beskal.. tak kenal pon rembat jek)

Takpe la, pi je fakulti.. tolong apa-apa yang patut (ade taklimat fakulti untuk freshies kimia kol 2pm)

Cubaan Kedua:

Esso! Yess! Ade-ade! InsyaAllah!
Bawakle beskal.. Jauh antum.. Dalam 3km (Jauhnyeee).. Tapi memang letih mengah-mengah sebab panas (dalam 4.40pm stat kuar fakulti) + tayar pancit + lipid berlebihan..

Dari kejauhan, nampak moto dibawak oleh syabab berbaju t-shirt oren melepasi ana (ye la, ana bawak 2cm/hr. die bawak moto 60km/hr). Tak kesah la.. setiap manusia Allah bagi ujian memasing:

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.
Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya"

(Al-A'raf:42)

Sesampainya ana kat situ pas 40 jam mengayuh, ana pon cari tempat pam.
DUSHUM!! Sekali pam rosak daa~..

So, ana kelaparan, tak makan dari 11.30am tadi, dah 5 jam perutku kesunyian dari makanan, ana pon mengambil inisiatif untuk memenuhkan beliau.

Ana pon parking la depan kedai Esso. Masa nak parking tu, terserempak ngan syabab berbaju oren tadi. Dia dah masuk, and dah kuar pon dari kedai Esso beli barang. Ana baru nak sampai. huh. Kurus camni.
Dia tengok ana dari jauh. Dia tau ana student sebab pakai kad matrik kuar (yes, I'm skempos).

Syabab: Jauh kayuh..
Ana: Yup (muke memang mengah and kecewa sebab pam rosak). Nak pam.
Syabab: Semate-mate nak pam?
Ana: haah. Pam rosak..
Syabab: haah.. BP (a.k.a caltex) ade.
Ana: ok.. time kaseh.. Saya pi nanti.
Syabab: ok.. (Bliau pon pegi dengan motonye)

Hahahaaa.. Ana beli roti RM0.90 dengan RM50 sekeping.

Cashier: eh, takde duit lagi besar ke?
Ana: (kalo ana dah letih, jangan wat memaen) takde la.. kejap, nak cucuk lagi besar.
Cashier: (teruskan keje menukar uang dengan wajah blur)

Ana pon kuar ke meja payungnye untuk bermanja dengan roti tadi. Dating dengan payung je.
Tengah duk lahap tuh, menikmati nikmat roti Allah bagi, tetibe nampak syabab berbaju oren tadi mengayuh moto (BM ana A2 je) masuk ke Esso.

Ana: (dalam ati) Biaq betol! Nak tolong ke? Eh, takde lak pam dalam bakul die..
Syabab: (berenti depan ana) Nak saya tolong tak?
Ana: Tolong? (tengok-tengok dalam bakul die.. betul, takde pam) Nak tolong bawak pam ke?
Syabab: Takde la. Saya pamkan kat BP tu.
Ana: Awak nak bawak beskal saya dengan moto awak?
Syabab: Tak.. Saya kayuh ke sane..
Ana: (dalam ati) Biaq betoi! jauh tuh!
Ana: Eh, takpe la. susah-susah ja..
Syabab: Takpe.. Jauh tu. Saya kesian tengok muke awak.. letih bebenor..
Ana: (setelah beberapa kali kate 'tak payah', ana pon kate:) Ok la.. Time kasih

Lepas die pegi, ana terus masuk Esso, belikan die satu kepok Mister Potato + Twisties Tomato (tak boikot kan) = RM7.10

Ana: Sori la, saye takde duit RM100 sekeping
Cashier: laaaa..hoho..
Eh, Tahun 1 ke?

Ana: (bwahahaaa, muke mude seyh.. awet mude 4 tahun~) Takde la.. dah final year, tahun 4
Cashier: Eh, tak pernah nampak pon
Ana: baru dapat beskal
Cashier: Oo, tahun akhir baru dapat beskal ek?
Ana: Ye la kot..

Pas tunggu die, rase cam lame je, perut lapaq lagi, ana pon masuk beli kepok gak..

Cashier: aih, banyak belanje ri ni
Ana: untuk orang laen pon..

Tunggu punye tunggu sambil ngunyah, nampak la dari kejauhan syabab beroren tuh. Kayuh cam letih je, slow lak tuh..
Masa die nak sampai dah, tayar nampak panchet lagi.. muke syabab amat letih.. peluh.. kesian..

Ana: Nah, amik la.. (sambil memberi plastik beg kepok-kepok tadi)
Syabab: Eh, tak payah la.. sori.. pam rosak gak kat BP
Ana: erk.. Caltex?
Syabab: BP la tuh
Ana: Amik je la. takpe, awak dah susah-susah. Kalau tanak semua, awak amik satu
Syabab: mmmmm..mmmm..ok la (amik Twisties).. Time kaseh..
Ana: 's ok.. Time kasih tolong.. Saya try Petronas lak..
Syabab: adey, lagi jeuh..
Ana: mm, takpe la.. Saya cari laen..

Syabab: (sambil pi kat moto dia) Ape kate, awak pinjam
Ana: dah cari (tak ramai kat UMP sekarang..) takde orang ade.. awak ade?
Syabab: Ade tu ade..
Ana: takpe la.. saya cari laen.. time kaseh lagi..
Syabab: Time kasih ye (sambil tunjuk Twisties)

Ana pon dah start kayuh, die pon dah start pulaih minyak.. sempat lagi dia wish Selamat untuk ana.

Kesimpulan cite syabab:

Mmm, ape ana nak tekan kan kat sini, bukan ana dah jatuh liver ke ape ke kat die (ana ati batu, k. susah nak jatuh. kalau jatuh, susah nak pecah/cair).

Tapi, susah nak cari muslim sekarang yang sanggup susah-susah datang balik tolong saudaranya yang lain.

"Ala, beskal die, hal die la. Ape aku nak susah"
"Dah bagi cadangan pe Caltex, pandai-pandai la ko nak idop pi seniri"
bla bla lagi..

Susah sangat. Ana tabik syabab tuh. Sebab tu ana tak segan silu panggil die SYABAB. PEMUDA. Kalau tak, ana kate MAMAT je dah. PEMUDA.. that's another issue..

Jom kite hayati Hadith 13 dalam Hadith Arba3in (Hadith 40):

"Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Senang je ana tulih, tapi nak buatnye susah, tapi tak mustahil. Syabab tadi dah buktikan..
Alhamdulillah sebab Allah memudahkan urusan ana..
Alhamdulillah, Allah membuatkan ana berfikir..
dan Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk tulis entry ni..

p.s- Syabab tu pon kemungkinan tipis nak bace blog ni pon..

Cubaan Ketiga:

Ana sampai ke gazebo depan lab. Ade la fasi-fasi duk kat situ menunggu adik-adik freshies lari 2.4km.

Mereka berdua: Kak Syafarah!! (lambai-lambai)
Kami bertiga serentak: Assalamualaikum!! (Jawab pon serentak le)
(segala sembangan kami bertiga tak buleh dimuatkan memandangkan kami perempuan.. bwahahahaaa.. paham-paham je la)
Ana: Kak nak pam la....
Adik1: takde..

Tetibe, lalu la sorang adik fasi jugak nek beskal.. laki..

Ana: hah.. tuh tuh.. ade beskal.. ade pam kot.. panggil r.. fasi kan.. kak tak kenal adik-adik fasi zaman skang..
Adik1: ok, ok.. MUIZ! (alahai.. comelnye suare.. kucing pon terharu)
Kami bertiga: MUIZZZZZ!!!!!!
Muiz: (kalih dan terus mai. bwahahaa)

dipendekkan cite, die pon balik umah die amik pam.. terharu gak.. Alhamdulillah ade 2 tin Mister Potato lebih.. 1 untuk adik-adik ana ni, 1 lagi untuk Muiz tuh yang sanggup jauh-jauh balik amik pam.. Ni la Fasi UMP.. cecewahh~

Dipendekkan cite lagi, selepas berletiaq-letiaq ngan Muiz, tayar beskal pon dah terisi.. Alhamdulillah!! Perjuangan nak pam beskal je pon dah letih..

Ibrah Cite Pam Mengepam ni:

Kalau la kite buleh bersusah payah untuk dapatkan nikmat membawak beskal dengan aman dan selesa,
Kalau la kite buleh bersusah payah untuk dapatkan pointer 4.00 flat every sem,
Kalau la kite buleh bersusah payah buat kerja part-time untuk dapat duit lebih untuk kawen/beli moto/keta/etc,
Kalau la kite buleh bersusah payah untuk dapatkan nikmat dunia, (kawen tuh, laen kit la.. kalau kawen kerana nak melebarkan sayap dakwah, memudahkan perjuangan etc, tak termasuk kes nikmat duniawi ni. Nikmat duniawi dimaksudkan di sini ialah, bersifat duniawi semata-mata, tiada perkaitan dengan bekalan ukhrawi),
kenape kite tak buleh bersusah sikit untuk akhirat?

Cube kite bayangkan,
katakan lah kite hidup di dunia 70 tahun,
Akhirat pulak infinity,
Cube amik kalkulator, nisbahkan 70 kepada infinity (70 / 99999999999999999).
Berapa jawapannye?? Berapa nisbah dunia dengan ukhrawi?
0.0000000001 kan?
Kenapa kita nak bersusah payah untuk dunia bersifat sementara?

Andai diletak nilai duniawi dan ukhrawi atas neraca, nescaya terpelanting duniawi.. amat berbeza nilaian kepentingannya.

Memang pointer penting, tapi pointer tinggi melampau tuh untuk ape? Jadikan pointer sebagai wadah/wasilah untuk mencapai ukhrawi yang kekal. Buktikan kepada dunia bahawa umat Islam (Muslimin) mampu melakukan the impossible (dalam lingkungan syara').

Islam tidak memundurkan masyarakat..
BUKTIKAN!

read more “Alkisah Beskal lagi..”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget