Ahh.. Mei itu..

Posted by Syafarah Tuesday, December 22, 2009 Posted under - ,

salam sume..

PKN09 dah nak menjelang.. Tentibe teringat saat-saat menimba bekalan untuk perjuangan.. sangat sayang antunna!!

Tapi, bideo-bideo ikhwah je ade uplod kat youtube. akhawatnye xuplod la pulop, ana xleh uplod la antunna.. ntoh kenape.. lembebbbbb beb..





read more “Ahh.. Mei itu..”

Muslims out there! Hear ye..

Posted by Syafarah Posted under - ,



FULL TIME MUSLIMAH, PART TIME ENGINEER-AH

Yea, we do have our own biotechnology, chemical, nuclear, automotive industries, etc. But, the expertise are still being exported from outside. We do have experts, but how many? Ashamed, yea coz I'm afraid that I'm one of those slackers, 27 minutes working but 7 hour 33 minutes full of blogging, ym-ing, fesbuking etc arghhh..

read more “Muslims out there! Hear ye..”


salam sume..

Kopi gam daripade blog Syaira

_____________________


Tuhan...
seandainya Kau telah takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
nekadkanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan itu kekal abadi..
dan Tuhan...
seiringkanlah langkah kami,
mengharungi hidup luas ini,
ke tepian yang sejahtera,

tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih,
seandainya Engkau telah takdirkan..
dia bukan milikku....
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dari ingatan
dan..
peliharalah aku dari kecewa...
serta Tuhanku yang Maha Pengasih..
berikanlah aku kekuatan melontar
bayangannya ke dada langit
..
hilang bersama senja merah dan
gelap pekat malam..
agar aku bisa bahagia tanpa dirinya..

dan Tuhanku yang Maha Mencipta..
gantikanlah yang telah hilang..
tumbuhilah kembali yang telah patah..
meskipun tak sama dengan dirinya,
biar sekuat mana aku mencintainya..
aku pohon agar Tuhanku,
lengkapkanlah perasaan ini..
sekiranya dia ditakdirkan milikku,
ku pohon agar taqdir memperkuatkan..
kasihku padanya..
selagi tak melebihi kasihku pada-MU....

_________________

Gilak r. Due entry jiwang. Biasak la, zaman remaje, young adults, zaman dak-dak final year, zaman rase step kedue marhalah tarbiyyah need to be execute..

Help! Can't see anything.......... but you..

p.s- 'You' tu tak refer kepade sesape ok.. hehee

read more “Ya Allah, kepadaMu kami memohon petunjuk..”

Post Ke-100.. Spesel Edition!

Posted by Syafarah Friday, December 18, 2009 Posted under - , ,

Salam sumee~!

Dah 100 post! Ade la dalam setahun sebulan lebih sikit-sikit ana di medan siber ini (gile skema ayat).

"Weh, ape yang spesel editionnye? Orang laen pon ade 100 post jugak. Xde la lebey-lebey nak wat spesel edition cam ko"

Erkk.. Ye ke takde? Pape pom.. Speselnye kali ni ielah......... jeng jeng jeeeenngggg~

Entry kat bawah nih ana dah tulih dalam notepad awal sem lepas. Lebey kuang dalam bulan 7 camtuh. Tapi tak publish-publish pom. Mase tu sibuk nak tutup blog kot.. Tapi xjadi akhirnyee..

Bile bace balik, nak guling pulak rase "Childishnye ayat mase tuh!" hahahaa.. Skang matang ke? Oh, apekah pendifinisian matang itu wahai kamus dewan bahase Zimbabwe? Dah bukak, tapi tak paham pulak..

Bace je la ye.. Yang kaler PINK ielah ori nye entry tanpa pengeditan. Kaler KELABU macam biase adelah entry ana tulih sekarang..

____________________

salam alaik dan salam sejahtera..

Pernah dengar 'Hantu Kucing'? Mmm, 'Abu Hurairah'? Haa.. sahabat Nabi s.a.w yang meriwayat hadith paling banyak. Beliau dipanggil Abu Hurairah (Ayah Kucing) sebab beliau sangat sukaaaaakan makhluk berbulu tersebut.

Ape signifikannya dengan 'Hantu Kucing'?

Well, Hantu Kucing di sini mengikut kamus Dewan Makan dan Minum edisi ke-40 mendefinisikannya sebagai "Orang yang sangat suka kucing sampai tahap nak gila walaupon belum mencapai tahap kacau orang di tepi-tepi jalan.... lagi".

Kalau kat kampus ana ni, ada la beberapa orang buleh dikategorikan sedemikian.. termasuklah budak bernama .... SYAFARAH..

Kisahnya begini....

Lebih kurang seminggu yang lalu, ana jumpa sekor kucing (lebey kurang umo 3 bulan.. sebab amat kecik) bawah tangga blok kat floor ana. Dia malu-malu nak masuk floor sebab dah ada mak kucing cop dulu (ada 4 ekor new borns! macam tau-tau ja ada beberapa keping hantu kucings kat floor ni). Tapi tak sampai 2 minggu kat sini, mak kucing tu diamik oleh makcik cleaner dengan baby-babynye skali sebab nak bela (sob sob~)..


Then, kucing tu pun dah tak segan nak masuk. Kaki dia capek-capek (kaki sebelah macam terkulai.. macam patah). Kami bajet bliau jatuh/accident sampai camtu kaki dia, so, insyaAllah boleh sihat sendiri (selalu kucing heal sendiri bila cedera)

Seminggu berlalu..

Kaki dia makin bengkak sampai merebak ke tulang belikat (bahu) dan dada dia. Amat besar. "Ish, tak boleh jadi ni. Tak kebah-kebah pom"..

The Great Plan (bajet la)

Mencari kenderaan untuk dipinjam ke klinik hewan (nak sewa, RM tidak mengizinkan). Ana tanya Suffi (sebab sebelum tu dia cakap pree keesokan hari). Tapi tak bulah sebab ke-clash-an jadual kelas kami. So, tanya Ammar (classmate).. Alhamdulilah.. bliau pree.. dengan ini, kami melantik bliau untuk menjadi drebar kami (notes: ana leh je drive, tapi die tanak orang len bawak keta dia. GUYS. huh). Anyway, syukran ya sodiqi..

The Next Day

Geng antu kucen: Ipah dan Yuni

Aaahh!! Baru nak cari lokasi klinik tuh! Swasta amat mahal. Maka kami cari kerajaan, Jabatan Veterinar. Alhamdulillah, ade je kat Kuantan. Ana pegi dengan Hantu Kucings kelas ana; Iffah dan Yuni.

Masa diberi rawatan oleh pembantu perubatan. Multi-racial. Peace, no war.

Hahhaaaa, dia duk kat bahagian pendaftaran dengan baju biasa ja. Takde pakai lab coat ka apa. Tak bajet pon dia yang akan bagi rawatan!

Ana: Saya rasa dia patah kaki la uncle
Uncle: Ya ka patah. Nanti kita tengok

Uncle: Takda la. Bengkak saja. Bisul ini. (sambil picit-picit kit... Then....... TUSSSSSS~!! PECAH!]


Kami suma: *GASP* uhukkkkk~
Uncle: Haaa.. Yogurt..

Adeyyyy.. kami sume dah nak muntah dah bila uncle sebut yogurt. I will never look at yogurt the same way again.. Memang banyak leh takung dengan cawan. Kaler die kuning-kuning cair dan ada beberapa ketul merah-merah.

Uncle tu selamba ja picit bagi banyak lagi nanah kuar. Ape lagi, meraung la kucing tuh. Ya Allah, memang sangat kesian. "ITAAIIIIEEE (SAKIT)!!!!!" (rekaan semata-mata. kucing ni pure from Kuantan. Tak bley cakap Jepon. Harap maklum). Yuni dah kuar, nak muntah. Mata ana dah berair-air....... kisian.....

Ana: Doc (saje panggil doc), bagi la bius. Kesian sangat. Sakit tuh..
Uncle: Ala, sakit kejap ja, nanti sihat lama.
Ana: Ye la, tapi sakit gak
Uncle tu terus memicit dan............ NGAP! Kucing tu gigit dia.
Ana: Hah, kan dah kena gigit. Bagi la bius (hahahaaa.. rasa cam bes je berletiaq kat seorang pembantu perubatan. huh)
Uncle: (Ishk dak ni. Aku ke ko yang rawat? <-- skrip rekaan lagi). Ok ok. Tapi lama la kesan dia. Nanti lama baru dia buleh bangun
Ana: Takpa, saya jaga.

Uncle: Kuat kucing ni. Dah bagi bius pon, die ngerang lagi

Dah habis.. pengsan la bliau sampai pas Isyak tadi. Alhamdulillah..


Tapi, kesah tadi tak terhenti di situ....
Merah! NGEOW! Balik meh!

Masa di ruang menunggu, ada sorang pakcik tengah tengok kucing kami dalam kotak.
Then ana terpaku dan terpana pada sebuah bakul pink yang berisi............. KUCING PARSI GEBU KALER MERAH PUTIH! Subhanallah! Amat comel!!!!!!!!!! Nak peluk-peluk..

Ana: Pakcik, nak tengok buleh (memang dasar tak malu kalau sampai bab kucing)
Pakcik: Buleh, bukak la

Baru bukak sikit, PEEEEWWWW terus dia lari. adeyyyy.. nak kena kejaq pulok!
Memang nak dekat sejam gak kami mencari. Namenye Merah. Memang pemalu btul, sampai ke sudah dia tak muncul. Kali terakhir, dia lompat masuk kawasan rumah-rumah chinese.
Atas ke-terer-an Yuni cakap Mandarin, Yuni terang kat chinese-chinese tu yang pakcik tu dah bela merah 10 tahun! Alhamdulillah, depa pon turut sama mencari. Namun, hampa.
Tapi, nombor ana diberi kat uncle chinese tuh. Incase dia terjumpa. Kat akak-akak lab vet kat situ pon ana bagi.

Rase bersalah sangat kat pakcik tuh! Namenye pakcik Amin.

Masa mencari tuh, tak habis-habis dia ajak ana supaya tidak menyalahkan takdir
"Takpe, jangan risau. Dah memang sampai masa dia"
Dia tak marah, muke ilek sangat. Kami yang terkejar-kejar, pakcik maintain je jalan.
Macam-macam dia cita pasai kucing-kucing dia.. Kata-kata dia macam biasa, tapi ada aura yang membuatkan ana rasa dia lain daripada pakcik-pakcik lain yang ana terjumpa kat tempat-tempat 'biasa' camni..

The Truth Behind Pakcik Amin

Pakcik Amin, berumur 67 tahun, zaujah 62 tahun, berbaju t-shirt hijau berkolar, berspek bingkai stail gold 70-an dan berkereta wira.
Lepas lama sembang, baru tau dia sebenaqnya dulu Pengarah Student-Bla-Bla-apa-ntah-of Cairo (macam badan yang mengurus pelajar-pelajar mesia kat sana kot)

Ana: uihhhhhhh.. pakcik pandai barab la ni!
Pakcik Amin: Buku-buku teks kamu belajar, kami yang buat (lebih kurang ayat die.. tak sure die kate dia buat or die evaluate je)
Ana: Uihhhhh, Ustaz (terus panggil ustaz) belajaq kat Al-Azhar ka dulu?
Pakcik: Ya, 4 tahun
Ana: ermm.. lughah ye?
Pakcik: erm.... haah..

Dah lama pastu, kami masuk klinik, amik kucing, pakcik amik bakul kosong (huwaa~), amik ubat etc, then kami kuar bersama-sama pakcik tuh. Sempat sembang sikit lagi.. then ana bersuara buat kali terakhir..

Ana: Pakcik!
Pakcik pon kalih
Ana: 'Asif, ya ammu!'.. Btoi tak? (heheheee..sempat lagi)
Pakcik Amin: Hehee, btol. Tapi, kalo orang Arab kat sana, diorang cakap 'Asif, ya amm'.
Ana: haah.. 'Asif, ya amm'
Pakcik: Kalau nak sopan lagi, kite sebut 'Iz-bla-bla-ana-tak-ingat, ya amm'
Ana: Ooooooo, 'Iz-bla-bla-ana-tak-ingat, ya amm!'

____________________

Pacik Amin bagi name CICAK kat bliau sebab kaler macam cicak. ngehehee.. Kami ikot je sebab dah ilangkan kucen die.. Sian die dan kuarge die..



Selame sebulan camtuh, ana jage die, letak dalam/atas kotak kat depan bilik. Cam hospital sementare la. Ipah dan Yuni pon tolong jage. Kak Syuhada (formerly known as Fashidah), jiran pon tulung jage juge. Ubat sapu dan makan bagi ikut jadual. Kekadang kantoi sebab ade kelas. So, maap ye Cicak, bagi lambat-lambat sket ye. Alhamdulillah macik-macik cleaner pon ske kucen, depa tak kesah sangat asal jage beyak die.

Lepas tuh, kami bagi die berdikari. Hantaq kat kafe.


4 bulan kemudian..

Ana: Macam kenai minah ni..
(Mengamati dan merangkul badannya yang agak gemuk)
Ana: Biaq betoi! Tengok ketiak sat.. (Nampak kesan parut nanah kuor dulu) AAAAARRRGHHHHH!! CICAK!! You've come back! ngeeeee

Die datang balik.. Dah gemuk sekarang.. Lapo la tuh. Die ingat lagi kot ade sorang gadis ayu yang bagi Friskies dan Smart Heart sodap-sodap kepade bliau.


"Nak kate ko ni penyelamat la? Riak tul laa"

Pe plak. Ramai lagi yang selamatkan Cicak. Dan ramai lagi sahabat-sahabat kat luor sane yang selamatkan any makhluk Allah each seconds.

Pape pon, kite kene kasih-mengasihani setiap makhluk kat galaxy/alam semesta Allah ini. Setiap makhluk sentiasa bertasbih dan berzikir kepade Allah setiap saat. Kite? Setiap saat ke? Haktuih la. Zikir name Muhyidin ade la. Name Siti Nurhaliza, MCR, Munchy's, KCB, YM, Google Chrome (apekehey name-name ni kuor??) blabla.. huhuu.. Terase seh..

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Al-Isra':44)

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Hadid:1)

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Jumuah:1)

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Hasyr:1)

Pecaye la, setiap makhluk yang kite cube tolong, insyaAllah akan doakan kesejahteraan untuk kite. Makhluk yang xpernah berdosa mendoakan kite.

Nak bandingkan dengan doa kite.. aduiyaii.. Banyak sangat ke pahale dah buat? Kompom lebih banyak dari dari dosa ke? Kompom xpayah dihisab kat mahsyar nanti? Seyez kompom nih? Ha, leh la tendang betu ke kucen ke sekarang.. sebab dah banyak pahale kan.. Wat dosa sket ape salahnye kan. Xbagi efek pom pade timbangan. Just 0.000063kilometer je beratnye..

Tapi, doa tetap doa jugak. Itulah senjata paling utuh umat Islam..

read more “Post Ke-100.. Spesel Edition!”

Cerewet.. akhirnye bebayo..

Posted by Syafarah Wednesday, December 16, 2009 Posted under - , ,

Salam minna-sama,

Di waktu petang yang hening. Tatkala ekon menshutdownkan dirinya di lab. Oh, sungguh enak udara sejuk menghembus.......................... pintu di luar lab. Nak harap udara sejuk hembus-hembuskan diri dalam lab nih? Jangan harap la. Kalo dah mengharap, jangan la terlalu menyimpan harapan. Nanti kecewa. Sape yang merana? Telinge mak jugak. Ye la, mak kan tempat kite membuat laporan paling classified. Kawan-kawan? Huh, I've learned my lesson. huahuahuaa.

Walaupon kapilari peluh tersumbat dengan perpeluhan, seorang gadis ayu lagi sopan santun melecun memakai lab coat dengan betul dan tidak terbalik. Tangannya lalu mencapai dua buah petri dish yang telah terisi anak-anak kesayangannya. "Aik, apekehey cam laen je due-due nih?".

Dengan perasaan ingin tahu tapi tak malu, beliau melangkah ke meja rujukannya, Incek Zaki/Senapi. "Incek, betul ke Bacillus cereus ni ek encik? ke ade bac laen skali nih? due petri dish ni bebeza care spreadnye," Syafarah, gadis ayu tadi memulakan perbincangan tanpa ucapan salam. Terpuji sungguh sifat itu.

Incek Zaki lalu mengecek dan menekan-nekan punat kibodnye. Prof. Ir. Dr. Google menjadi rujukan kami. "haa, ye la tuh. ni B.cereus, ni bukan." To her dismay, salah satu daripadanya adalah bukan daripada benihnya! Anak-anak itu tidak diketahui dari mana asal mereka! Tekejut bukan kepalang!

Tapi, ALHAMDULILLAH!! betul la B.cereus! Selame nih, Syafarah ketor-ketor takut bac laen yang diternak lalu mengganggu kejituan eksperimen yang telah berangkak (asek bejalan je kan).

Dah la.. Malas la nak buat cerpenstabilobirubulehmenulis60km nih. Kesimpulannye, Alhamdulillah, inoculum ana wat bejaye menternak B.cereus, pure. Xde jiran tetangge bac laen nyebok-nyebok.

Ni ielah gambor Bacillus cereus yang pro wat.

Ce compare ngan ana nye. Same kan? Allah je yang tau betape sonok dan besyukurnye ana mase tau tuh! Sebab dah stat lame dah, tapi kekadang inoculum kami tuh dapat yeast la, blabla la. Bau? Busuk gile! Bacillus cereus tak berbau..
Yang membezakan petri dish ana ngan pro nye kat atas tu ielah: Cara kami streak inoculum.
Care ana tak tepat dan tak kemas. Inoculating loop kekadang tertoreh dalam agar. Tu cam bush-samun je..

Ni lak inoculum yang tak diketahui anak sape. Sape nak betanggungjawab neh??
Kedue-due ni adelah daripada inoculum yang berbeza (meaning: daripade 2 conical flask yang berbeza. Atas tu ana ternak, bawah ni kawan ana ternak).
Rupenye, kawan ana tesilap inoculate daripada petri dish yang memang mixed culture, bukan pure culture. Depa assume colony depa amek tu ielah B.cereus. Tapi, rope-ropenye bukan.

Kesimpulan: Nak ternak anak-anak cenonet nih, cerewet is the key. Nguahahaa.

1. Memang kene pakai face mask (Kalo tanak pakai, jangan becakap. Nanti bac dalam mulut insyaAllah contaminate bliau sekali)

2. Autoclave sume bende

3. Buat bawah laminar flow

4. Pakai glove

5. Sterile seme including laminar flow

6. Bla blaaaa.

Kenkadang cerewet ni diperlukan. Memang rase remeh kalo terlalu cerewet, tapi kalo terlalu amek ringan seme bende, tak jadi jugak.

Mak-mak kite memang cerewet. Tapi, cerewet depa bertempat. Ayah kurang sket, tu yang kekadang anak sonok lagi ngan ayah. Ngahahaa. Kalo wat susu, mak akan pastikan suhu yang betul, nak mandikan kite mase baby pon, air yang betul, sabun yang elok untuk baby, tak pedihkan mate, lampin yang ade indicator kalo ade sisa buangan hampagas kite dalam tuh.

Kalo dah besor skek, sebelum pi sekulah esoknye, mak mesti peringat suh iron baju sesiap. Kalo kite, lagi 7saat bas nak sampai, baru iron kan. Xyah kencing la, kite same-same jadi budak sekulah ok.

Bile dah jauh dari mak nih, mak salu peringat kunci pintu bile sensorang (padahal UMP ni selamat, pade hemat kite la. Tapi, mak kite sangat cerewet dengan keselamatan kite). Banyak lagi la.

So, cerewet la dalam membuat PSM, keselamatan, makanan, solat, halal haram, ijtihad, pemilihan kawan dan sebagainye. *peace*

read more “Cerewet.. akhirnye bebayo..”

Visa untuk pelancong ke, pelajar ke atau Vissaliny?

Posted by Syafarah Tuesday, December 15, 2009 Posted under - , ,

salam minna-sama..

Pade suatu ketika, Masita Md.Isa telah menceritakan sesuatu. Pengalaman ngeri Dila Sakura diganggu Incek Pocong menjadi juadah pencuci mulut laser, eh mulut manis eh, mulut-je-la-senang kami malam itu. Wadduh wadduh, dah le ana sensorang je kat bilik cuti sem ni sebab DUA rumet kesayangan takde. Ye la, name pom cuti kan. Masita cerita tu mase ana betol-betol baru sampai UMP, tak sempat nak tido lagi le kirenye (bas kalo dari utara ke Pahang salunye insyaAllah sampei sini waktu subuh). Maka, ana pom tido la di bilik PUAN Zila. Bliau pom tido sensorang.

Beberape minggu kendian, cerita pengalaman gelap tu dilopakan begitu sahaje hingga menjilat lutut. Dah xde perasaan sangat, tapi dah jadi cam habitat kan, tetiap kali nak tido je, musti pi bilik PUAN Zila. PUAN Zila lak memang sem ni sensorang jek. (tapi boring gak, kalo sembang ngan laki die, lomentik bebenor. Nak bagi I jeles ke Zila? xjadi leeeee).

Minggu itu,

________________

Truut trruuttt (Oo, camni bunyi kentut rupenye..) <-- Ehem, bunyik hempon, ok. Ringtone lagu Inteam.. hikhikk.. Meset ringtone: lagu Toyota Swift Lagenda C70, 'Teardrops on My Guitar' laen gile kan? Lagu Ukhrawi versus Duniawi..

Vissa: Capara, nak print kat bilik u. Buleh ka?
Ana: Untuk program kite kan. Buleh blaqo insyaAllah

Kreeokkk (Oo, camni bunyi korek idong rupenye..) <-- Ehem, bunyik ringtone pintu bilik ok. Ahaa, ni la keistimewaan hostel UMP. Pintu bilik ade ringtone. Korang mane tau, huh. Ok, sem depan, daftar masuk UMP k. Tak abih degree lagi? Drop out je dari U korang tuh, pintu bilik xde ringtone, u hape camtuh..

Vissa n Syafarah: bla bla blaaaa hahahakk.. blu blu blu blu huhuhukk.. (perbualan ade sedikit unsur menganyam ketupat maybe, walaupon Vissa xsambut raye. Lemang pon ade. Kami menabung lemang dalam tabung buluh untuk bayar yuran pengajian kami. Skian terima kasih)
Vissa: I datang bilik u malam-malam, u takde pom?
Ana: Saye malam-malam tido bilik Zila, kat atas je kan
Vissa: Ye ke? Apa pasai? I tido sensorang je selame nih...........
Ana: .......................................................... (terus tuko topik dengan menganyam ketupat jantung pulak)
_________________

The point is: die non-muslim.. Tapi TAK TAKUT tido sensorang. Wawawaahh..
"Ape aku takutkan senornye??" betol x?
Ana MUSLIM. Ana pecaye ALLAH tu ade. ALLAH is our Guide, Guardian. Apekehey la pulok non-muslim macam Vissa nampak macam lebey muslimnye dari ana?

Vissa hok kanan skalik.
See? Die duk kanan?! Ikut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam!
Tapi, tengok niat jugak le kan. uhuk.. Vissa tak niat pom nak ikut sunnah, kompom..

read more “Visa untuk pelancong ke, pelajar ke atau Vissaliny?”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget