- Gerhana Seorang Dai'e -
salam alaik sume..
ade cerpen bes yang diedit name wataknya oleh my sis, Afifah (UDM, ustazah usuluddin) bagi. memang kene pada waktunya.. hari ni je, dah 2 orang tego sebab ana dah berubah.. kalau positif xpe, ni negatif. ana dah perasan perubahan tu, tapi tak dishare dengan sesape, bajet macho la dapat kawal sensorang (tanak orang ramai tahu masalah seniri senarnye). then, i collapsed.. tersungkur jua.. then, rumet tego dan afifah pulak send cerpen nih. die tatau masalah ana, tapi send je.. cerpen ni pun menyentuh ati (yang part memule tu la. bab baitul muslim tu, xde la ye. ANA XDE PAKWE/TUNANG sekali lagi ditegaskan. biarlah cintaku hanya kepada Allah. tanak merapu-rapu over dah.. ya Allah, berilah ku kekuatan untuk bermujahadah di jalan diredhaiMu..)
jum bace!
Khaulah…sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Syafarah. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UMP dulu sudah mula kehabisan tenaga.
Sebelum melangkah ke sini dahulu…
Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.
“Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil Syafarah. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran. Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi'ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku 'Men Around The Messenger' dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya diinfaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang…Syafarah gagal lagi.
Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. Natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi…apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi…Mengapa ni?
Mata Syafarah terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, Cik Mazni, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekupnya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga.
Namun…Yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu.
Air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Syafarah menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.
Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…
Buat Ukhti Syafarah da’iyah pemegang masa depan ummah,
“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.” ( Hadis Qudsi)
Anak mata Syafarah berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.
“Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Syafarah pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology.
“Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”
“Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”
“Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Syafarah , kita tangguh boleh?”
“Ukhti… ana cakap sikit boleh?”
“Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.
“Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….uma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”
Syafarah menyudahi bicaranya di situ. Gadis Penang itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya… Marah? Geram? Tersedar? Wallahua’lam. Syafarah dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Syafarah perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Syafarah kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya Syafarah beristighfar… Lupa pula… Da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku… bukan orang lain!!
“Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Syafarah mendengus sendirian.
Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.
“Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Syafarah kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”
“Habis tu, Syafarah nak cakap Syafarah sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Syafarah yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai.
“Bukanlah macam tu Along.”
“Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam Syafarah ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Syafarah tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”
“Hati Syafarah pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”
“Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.”
“Syafarah dah buat macam-macam!! Along tak faham ke? Syafarah sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh… kadang-kadang Syafarah lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Syafarah berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”
Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya…para du'at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah.
Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?
“Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Syafarah dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwahlah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri. Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Syafarah, normal kah Syafarah kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”
Syafarah diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?
“Baiklah Syafarah, Syafarah fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Syafarah dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Syafarah mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa…detik hatinya.
Syafarah teringatkan perbualannya dengan Kak Wafaa' ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa.
Saat mereka mendaki Gunung Jerai…
“Susahnya nak daki gunung ni, letih la…”
“Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,”
Kak Balqis menyahut keluhan Syafarah selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga…
“Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja') dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.”
Afifah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Syafarah menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Afifah yang redup penuh mahabbah.
“Jazakillahkhairan ukhti... Patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,”
Syafarah berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.
Syafarah tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah... “Hei Syafarah , kita mendukung Risalah!! Bangun!!” Syafarah bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan.... bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya. Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”
Tangan Syafarah menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi. Dia sedar kini.... mengapa dia mudah longlai.... kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan.
Setiap kali Syafarah bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa... penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya. Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....
“Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,”
Umi memujuk Syafarah dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu Syafarah diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Syafarah membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Syafarah yang berdiri di sisi tingkap.
“Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih, sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,”
Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi.
“Abah tak kata apa-apa?”
“Abah pesan jangan paksa Kak Long,”
“Dah tu,”
Syafarah merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...
“Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,”
Syafarah memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!! Syafarah beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam. Syafarah bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan....
“Lagi setahun setengah aja, bukannya lama ummi,” Syafarah bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Syafarah dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.
“Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.”
“Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”
“Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!”
Syafarah melepas geram. Hatinya mula membara.
“Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya.
“Umi dah jemu jaga Syafarah ke? Kanapa begitu cepat umi nak bagi orang lain yang didik Syafarah? Syafarah tau Syafarah banyak menyusahkan hati ummi.”
“Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi doa untuk Syafarah melebihi doa umi untuk adik-adik lain,”
“Umi dan Mas’ud tu sama aja.... kan Allah ada untuk jaga Syafarah? Umi tak paham ke perasaan Syafarah? Syafarah tak pernah terfikir untuk melalui semua ni seawal ini,”
“Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Syafarah,” bersahaja jawapan Umi membedil kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang beremosi.
“Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 22. awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,” Syafarah menyudahkan bicaranya di situ.
Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya. Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi. Hatinya berperang antara dua keputusan...antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Syafarah sedikit ego, tetapi hatinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional, anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya.
“Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari Syafarah keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi.
“Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan pertahankan apa yang dia faham,”
“Habis tu, apa katanya tu?”
“Tak bagi kata putus lagi. Nak solah dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar alasan dia,”
Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Syafarah. Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan.
“Perkara yang paling Syafarah tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa, walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Syafarah tidak lama dahulu.
“Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.
Syafarah menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar berakad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya. Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya. Astaghfirullah....apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Syafarah menerima lamarannya.
Syafarah meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakan Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Syafarah juga manusia biasa....walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Syafarah sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar. Syafarah akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu.
“Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Syafarah,” Syafarah tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya. Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Syafarah sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Syafarah seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.
“Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Syafarah hajat sangat tu? Dulu... Syafarah selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Syafarah mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.”
Syafarah diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan. Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali. Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu....
“Syafarah belum mencintai Allah. Syafarah belum lagi memahami rukun bai’ah. Syafarah belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Syafarah tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Syafarah terlalu lemah. Tunggulah hingga Syafarah dah ada semua ni. InsyaAllah, Syafarah hanya akan walimah setelah Allah Syafarah cintai. Syafarah tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Syafarah takut Syafarah banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Syafarah sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,”
Syafarah memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Syafarah. Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali-kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Syafarah dengan urusan sebegini. Syafarah sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Syafarah tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah. Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Syafarah, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Syafarah mengharapkan syurga, Syafarah lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani.
“Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Mujahid memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?” Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut Syafarah apabila Mujahid sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Syafarah tidak menerima alasan Mujahid, untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Syafarah sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.
“Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam.....Engkaulah yang memiliki kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku....
Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu. Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu.
Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku,maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemami masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanlah kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...”
Basah telekung putih Syafarah dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Syafarah berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan...Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.
Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Syafarah sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi.
“Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Syafarah berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu.
“Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,”
“Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?”
Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah iman kami?
Wallahua’lam.
salam..
(tajuk dah macam repot program nak ngantor ke jhepe lak.. hoho)
macam biase, let's the pics do the talking.. jom nengok!
Uninvited koje..
ari isnin camtuh,
kak syikin (PUAN syikin) kol dan tanye nak keje ke tak, bukak gerai kompiter kat expoconvo nanti. mm, sebab tengah kumpul fulus, maka ana cakap nak je lah (padahal kene jage booth jugak).. tolong abang kepade labib (zauj PUAN syikin) iaitu abang adib (ramai tanye: "dah kawen ke lom?" hahaa.. dah anak due laa korang oiiii..)
Me, Ipah n "Merohnyo mok ngohhhh.."
ari selase,
perasmian eXpoconvo'09.. tentibe je senornye terjoin. ana n my very gud fren since 1st year, iffah (antu kucen cam ana gak. kalo sembang pasal kucen, orang ingat kami sembang pasai anak seniri ka, anak sedara ka. hahaa), pi library untuk settlekan psm memasing. tup tup, junior, abu zar datang sebab cari kakeleter ilang.
abu zar: kaks, tanak pi bawah ke?
kitorang: ade hape?
abu zar: ade perasmian expoconvo
kitorang: oooo ('besnyee')
abu zar: *lepas tengok kami kurang bernapsu untuk turun* MASUK TIBI KAK!
kitorang: *terus kemas barang dengan kontrol macho walhal excited gile nak masuk tibi. hahaa. tapi tak masuk pom.. huhuu*
ye, ana la vip yang merasmikan eXpoconvo'09 nih. aihh, susah la jadi fofuler nih.. sape lagi nak ana rasmi majlis lagi? cepat, banyak lagi majlis nak p nih..
"sume final exam dan juge tests akan dimansuhkan!"pergh, bes gile dapat menteri pengajian tinggi camni!
wa caya lah! vote for menteri yang mansuhkan exam! yeayyy~! (bernas tak idea ni? sape nak lantik ana jadi s/u kempen die? bwahaaha)
lepas berucap, ana nak merase jadi student pulak. so, ana lepak ngan student nih, namenye ipah kat bawah ni. mm, bes gak jadi orang biase ek.. (bwahahaa, ayat riak kununvip)
ni honda c70 mugen.. bwahahahaa..kalo nak bumi sehat, ngapenye ramei2 vip datang tuh, tanam seketoi je pokok tuh? untuk bumi sehat, seketoi pokok pon dah cukup le gamoknye?
aduihh, pe kate, vip yang ramei2 tuh, sorang tanam satu, simbolik gak untuk bersatu menyehatkan bumi. masuk dalam pos mortem ok.
yang bawoh tu cantik! bakul die unik.. leh rompak wat hantaran neh.. bwahaaa~
(senior, nikah ngan klasmet mase 3rd year. mase wat psm n pd bliau pregnant. but still, pointer manthoooppppppp..
nikah kerana Allah, no hal la kan..)
datang besame-same aishah!! ammat cumil! bulu mate mahal tuhhhhh.. baju merah shame ngan kak syafarah laa~
Floating tower competition
tower sape paling berat pasir leh tampung, menang la tuh..
Jom meniage!
nampak dr. abdurrahman nour (sudan) n dr.hayder (iraq) lalu.hape lagi, kami yang kurang sifat malu dengan lecturer foreigner nih terus terpekik memanggil mereke.
kanan: diey, dr.hayder (ajor process control n instrumentation), dr.abdurrahman nour (fluid mechanics, peberet subjek!) n Makhluk Chiptaan Allah yang Chantekkkk (hahaa, geli bulu idong siot).
aiiiiihhhh, bile la kite nak pakai jubah ni ye diey?
ana nih, nak pakai jubah ijo degree tuh pon rase cam tak layak je.... huhuu..
ni customer yang salu dialu2kan sebab membawak ayam masak madu, teh chrysanthemum etc.. mecih yuni.. ngeh3.. alaaa, ipah pon same la. jangan majuk lak.(yuni, kami takkan buang gambaq nih..bwahahaa)
no wonder pernah dapat award 'the best dean in da world' (x silap la..hahaa)
Yeay, yeay, orang belanje~
hargenye, ya Allah! muroh gile! 8=rm10, 6=rm10 etc.. adui.. nak bli, duit nak simpan lak..aduih laaa....
tapi, on sabtu, abang naim (senpai mpp ump 06/07) datang..
a.naim: haa, syafarah (kami saling memberi salam sembang bla bla). hah, nak abg belanja apo?
ana: uihh, tak payah la. xyah susah-susah
a.naim: laa, susah mendenye.. kan dah cakap nak blanje. syafarah nak ape?
ana: takpe la.. tanak terhutang budi dengan orang
a.naim: terhutang budi mende.
(bla bla lagi. a.naim sembang dengan kawan die, ana n diey layan customer n kekawan yang datang)
a.naim: syafarah, abg dah bayaq rm10 kat gerai nih. syafarah amek 4, diey amek 4. amek tau!
aduss.. akhirnye, dapat kongsang cun-cun pree! alhamdulillah.. time kasih abang naim!
mase pilih-pilih kongsang (of kos mate silau n tentibe rabun sebab banyak gile cantik2! julingggg~), ana bagi la kat penjueynye 4 ketul kongsang yang telah berjaya dalam sesi uji bakat.
penjuey: aih, 4 je? amik la satu lagi
ana: eh, 4 je kan? 8=rm10 kan?
penjuey: ye la, tapi dah orang nak bagi lime, tolak rezki pulak. amek cepat! kang tak bagi pulak kang..
ana: ok2.. time kaseh!
then,
diey: *baru balik dari p gerai eskrem* syafarah! abang naim cari
ana: ha? awatnyo?
diey: die nak bagi eskrem. die bagi kat diey skali *sambil tunjuk eskremnya*
ana: *dari kejauhan nampak abang naim*
a.naim: haa, nah, eskrem
ana: *eskrem! rezki jangan ditolak!* terima kaseh..
alhamdulillah.. sabtu tuh memang muroh rezki.. sorang orang palestine (duk qlate, so leh kecek qlate pekat gile) namenye nu'man, pon belanje gak, die jual tudung, kasut etc.. die kasi tudung kaler biru tuo.. weeeeeeee.. dapat mende pree lagi!
sebab ape die bagi? sebab tau pasal palestine? ramai lagi terel. sebab leh cakap skeeeet n paham skeeetttt barab? ramai lagi yang leh fasih cakap barab.. so, in a nutshel, wo bu shi tauuuuu..
esoknye lak, ari ahad, ade lagi student kor suksis lanje makan alhamdulillah, muroh rezki la kesimpulannye 4 ari nih.
kat tangan tuh la makanan pree.. walaupon singgit, tapi tetap dibelanjai, kan?yang kiri tuh nani, konvo gak, baru abis diploma kompiter..
aqif: anak 2nd abang adib.. sangat comey.. die demam, syan..abih la kepok-kepok tu kene baju kak syafarah (kak ye, bukan makcik).
aqif nih, dengan sesape pon die nak. siap hulur-hulur tangan lagi nak (walaupon abang adib tengah dukung. hahahaa, curang terhadap bapa seniri)
die malu-malu kit. tapi, bile maen, tak hengat donia dah. hahaaa.. BOYS..
mulutnye.. toksah kira la, banyak gile! tak paham, tapi leh gak la terime ape die cakap..
"kak kak, nak nak!"
"lkjhfrintvjrtkvvv!"
"otriuib bmngbjgk!"
haa, sume ade tenda seru kan? sebab bisin gileeeeeeee.. tak dapat ape die nak, memang hingaq laaaaaaa beberape kanopi gerai nih. dalam dewan konvo pon dengaq kot.
Koje kedue ana
projek phd beliau ielah biofeedback. macam efek pernafasan terhadap ketenangan gitu. panjang la kalo nak cite, maka datang la ump untuk mengetahui lebey lanjut.
projek ni salu dijalankan untuk students yang olmos nak exam, 'rempit'ers, gangster etc.
ade gak kaitan breathing ni dengan sunnah care qiam mase solat.. haa.. menarik bukan? (ayat skema dalam iklan tibi mahupun radio)
becoming.. pempuan sudan..
(nak jadi anak mami, tak cukup mancung lak. jadi sudanese pon ok laa..)
die wat phd dalam elektrik mende ntah..
malu la die tolong pakaikan.. huhuuu
step 1: ikat je kat tengah tuh
step 2: kepak-kepak tangan kit
step 3: tadaaaaa~anak unta tuh. jangan memaen..
ni booth 'pelajar antarabangsa'. so, ade la ramai student. salah satunye yaman. tym nih, fofuler kit sebab takde lagi pempuan yang try baju ni for dat day. sume tengok, malu la..
teringin nak jadi pempuan arab sat. hahaa. tapi, die cakap, depa pakai abaya gelap-gelap je. merah ni maybe untuk try-try kat sini ja kot.
Macam-macam adaa
cemane la mujahidat palestine angkat nih? 7kg tau!malu je ngan diorang kan.. huhuu..
Anak mami putih?!
ostat pozi kate ana anak mami putih??! anak mami tak cukup mancung ade la.. hahaa..pas abih je turn ana tanye soklan, mesej berderu-deru masuk.. hohoo..
"syafarah, nak sign" hahahaa.. buleh, meh dahi tuh..
"tanya la lagi" erk, nanti al-kuliyyah jadi forum non-stop 4bulan..
"mantop soklan farah".. ustaz zuridan.. soklan tuh dah disediekan la ustaz.. saye tak alim pom..
"leh tak carikan aku sorang awek?" amboi, dah berape ploh tahun ntah tak kontek, tentibe je suh ana carikan die bini. huh..
pas abih je rancangan tuh, ramai-ramai pakat wat peace. aduihh, ana ingat tak masuk tibi peace tuh sebab ana angkat rendah je.. hahaa.. trademark tuh..
Kesah wanita dan bunga..
bile takde orang bagi, ana pon..:
syok senirik, amek bunga then suh anira snap.. huhuuu..
ni kak anis, senior biotek.. die dapat 2 jambak.. ana?? zero.............. huhuu
yana cekau mana ntah bunga tuh.. nak gak..ni yang besh wat meb nih!
Bende ajaib!
1st, kite tengok si kembor dulu,
kanan ananye, kiri kinahnye.
ni mase kitorang terjupe untuk program bicara addeen ikim.
kembor sepet n baju ijo..sepatutnye lai peng pakai kain wo, wo pakai kain lai peng.. jum tukor!
alkesah myvi lak,
kami di bawah naungan tuanku.. cencewahh~
hehee.. no komen.. jangan kene murka ngan tuanku sudah..salam sume..
alert: post ni xde pekdah sangat..jangan bace kalo sayang mase anda..
"saye nak jage ati".. salu cakap camtu..
then i'm asked.. how to jaga?
banyak.. bace quran, jangan sibuk sangat dengan hal dunia..
ana sibuk dengan hal dunia.. sedang berusaha tambah fulus dan gain experience dengan bisnes dan kerja.. dari selase sampai ahad, insyaAllah keje dari siang sampai malam.. 2 keje at 1 time.. tak masuk psm dan pd..
but, Allah maha penyayang dan mengetahui, sebelum sume keje ni menempel, Allah tunjuk kat ana sorang palestinian ni kat usm (bace kat post "kesah ramadhan..") care die niaga.
ana ingat, meniage kat gerai atau booth (tempat orang2 ramai) malu la nak bace quran ke hape. nanti orang kate nunjuk lak.. palestinian do the other way round.. maybe tu adat depa kat sana, alquran di mana2.. n tu salah satu care berdakwah. ade orang stop depan kedai, kite stop bace then layan mereke. ok wut? samping membasahkan ati, poket pon basah ngan uang dari keje2 nih.
dan.. satu lagi cara untuk bersihkan and tenangkan ati....
tapi that's for me.. tak sume same masalahnye kan?
cara itu ielah........... mm.. nak jage perasaan.. buleh tak? camne? rasenye, sume orang dah tau.. dah besor2 belake kan?
entry ni takde pekdah kan?? haha..juz nak luahkan terpendam.. but only 2.9% je daripade ape yang terbuku.. kalo nak tau lebeh2 (maybe leh share kalau masalah kite same), ym la :)
salam sume..
alhamdulillah.. dah ade gambaq!
haa, kotak kurma tu bukan sebarang kotak, barang-barang dalam tuh ada bekas-bekas pasir bumi anbiya' tuh. syukran kepade yang berkenaan :).
hehee, wallpaper tuh, zinnirah (anak kak fad) ske gile. kalo ade orang masuk bilik ni je, mesti kate tempat ni la paling tadika. hahahaa.. eh, jangan tatau, kaler kunin insyaAllah tingkatkan keghairahan mental.. lagi nak study le orang kate.
nak tengok ape yang orang tempat ni study? moh tengok kat bawah:
belakang tu piale pusingan debat fakulti. berape tahun ntah berabuk kat tempat ana ni. depa tanak amek balik ka??
ske yang shaldon pot (kaler biru tuh). wangi sangat.. try it! (berape banyak iklan dah dalam blog neh..)
"hang makan. jangan tak makan. membazir ja duit kalo tak makan."
huhuuu.. insyaAllah mak.. makan.... dun wori..
kalo perati btoi-btoi, ade tag konsert rabbani.. tu 4 bulan sebelum peginye Allahyarham ustaz asri......
10 muwasofat tarbiyyah.. adeh.. dalam kertas tu cukup la.. tapi bile nak lengkap dalam diri ku ineh??
yang ateh tuh graf prestasi ketamadunan islam.... seniri mau ingat la kan....
time kasih kepade orang yang bagi shin-chan. dan arigatou kepade yang bagi light bulb tuh. alhamdulillah, muroh rezeki, orang bagi benda-benda pekdah ja, kurma la etc.. (shin-chan pekdah ke? hahaa, kalo tak pekdah, tak lunyai la bantai tuh)
eh, ape bende yang tergantung tuh? kat tepi tuh.. macam ade bakoi..
oo, ni dia:
seblom tido, bace la ape-ape buku sebab siang-siang kite dah wat keje laen kan. maybe ati dah kering, so basah-basahkan dengan buku-buku tarbiyyah..
seblom tido gak, bace alMulk. tak hafal lagi.. hehee.. sebab tu bawak AlQuran naek skali..
yang lampu lak, sebab kalo ana nak masuk tido, musti dah gelap bilik. rumet seme pakat tido awai sokmo. baguih-baguih depa.. hehee.. sori ye, yang single cume 3 je, sorang dah nikah. hehee..
sape yang nikah tuh??
kite ikuti kesah pencarian baju nikahnye di bawah:
kanan tuh mak ngah, yang wat baju nikah kak syikin, rumet ana. kiri tuh lak dayah, rumet gak.
kak syikin? sape lak?
haa.. ni la bliau:
labib nih student lughah kat al-azhar cawangan mansourah.
yang belakang, sombong gile tu ielah amar. classmate yang baek. bliau ade kete, kasi tumpang kami ke terminal. salu la tumpang kambing die.. eh, kancil die.. mecih amar!
classmate? ade classmate laen tak?
adeeee la.. soklan ape neh..
(gambar asiah tu termasuk sebab kitorang kuar on d same day amek gambar asiah)
kanan tu daoz yang selambe gile. yang kiri tu diey yang sengal nak mamposs..
fadilah ade, tapi bliau di sisi.. la, tengok la, kat tepi ni ha..
lepas beramadhan di ump, skang mase untuk pulang. hukhuk..
ramadhan terakhir di ump............. sedehhhh.... rindu nak berbuke dalam talam dengan diey, daoz and fadilah kat sejid.. (rindu btol nih, bukan rindu sebab makan talam pree..hehheee)..
pehtu, kite salu lari balik bilik dulu sebelum isyak sebab ade orang tak mandi lagi..hehee..
salu tafsir ade je kat tangan, tapi tangan sebelah lagi kekadang terlagha gak picit-picit lettop nih.. huwaaaaa..
pehtu, bile azan, mase tu hegeh-hegeh kelam-kabut cari tudung la, stokin la ape la nak pi sejid..
rindunya ramadhan as a student nanti.. tym ni la senang kit nak fokus beribadah kat Allah. tak yah fikir duit lagi, susu anak lagi, bil tepon lagi.. gerak keje dakwah lagi.. haiiii.. ya Allah, bagi la kekuatan untuk menjadi hambaMu yang diredhai..
FULL TIME MUSLIM, PART TIME ENGINEER.. insyaAllah..
sekarang, mase untuk pulangg..
wowowooo balik kampungggg.....
tiket mesti bayar ma. no money, no bas la kat dunia kapitalisme skang nih..
student biotech 2 generasi:from kanan, dayah maslan (mpp, pengerusi jawatankuasa kebajikan), budok mane ntoh, dayah comel (orang kuat teakwon-do neh.. jangan memaen) and zaidatul akmal (ex-mpp)
uihh, ade konvoi moto.. tak sempat nak snap, hempom jem lak.. huhu
pahang nih, kalau siang paneh tahap leh iron baju. letak ateh tar jalan je, baju dah straight.. hahaa..
kalo malam lak, es krem kalo tengok pon takde napsu doh.. shhhheeejjuukkkk~
kalo subuh (kalo bangun subuh la) nampak la kabuih-kabuih bertebaran (bm saye dapat A1 ye..hahaaaa..tolong la caye)
setelah 8 jam berlalu, alhamdulillah.. sampei gak penang terchenta..
ape lagi, terus jalan-jalan dengan abang zafry:
sweetnye....... seronok tol merase beradik beradik nak dekat sebaye nih.
gaduh die lain sket, main-main terajang, sepak, baling batu, baling dalam longkang, tangkap ikan dalam parit.. huahuaa.. bezzzz.. main barbie doll sensorang kat umah tak bes gak senaqnya.. walaupon kompom lagi bersih dari main-main bende alah tadi tu la kan..
yup, ana jakun sampai sanggup tangkap gambor.. hehe..
pehtu, dah tak larat jalan-jalan, kenyang buke posa kat black canyon, kami pom pulang..
so close, yet so far away.. mengapa ko dikurung? kenape takde cage yang kucin leh bukak senirik?? mengapa??!!!!!!!!!!!"
ana: "ehem ehem! niki!"
.....
............
.
.
.................
ok, ok, saye ngaku! plizzzzzzzzz, nak geget sket je, buleh la? plizzzzzzz"
ana pon maleh nak layan niki, so, kuar la ke usm yang jaraknye 5 menet je kalo nek kamben, eh myvi tuh.. tapi, myvi ade kat kay ell skang, maka kene la naek bas. dari 5 menet, jadi berejam. huh, habes mekap! cairrrrrr~
memasing pakat panjat. nak kuor ke, nak nunjuk body ke ntoh la.
tapi, kucen memang ske show off. espeselly kat tuannye.
sebab tuh, depa kalo dapat tangkap menatang ke hape ke, depa akan bawak masuk umah.
sumenye untuk dapat compliments dari tuan depa.
sebab tu gak, walau ngeri cemane pon keadaan mangsa csi depa, kite kene urut kepale depa and say "gud boy" or "gud girl" ke ape ke puji.. pehtu buang la mayat itu..
lepas lompat-lompat bas (lompat naek and turun la kan. padahal naek satu bas je),
alhamdulillah, sampai gak..
pi usm sebab nak dating ngan my honey and pikah.honey is my mate from kmpp, pikah kawan kat almashoor dolu. lame tak jupe depa!
due-due dah grad degree biotech usm. skang tengah wat proposal untuk sambung master and jadi RA jap kat lab memasing.
mase nih jupe depa kat protein crystallization lab, bakal projek master honey, insyaAllah.. doakan ye.
ops, yang kanan tuh makhluk Allah, tengah tu pikah, then honey-chan.
kompius tol.. adakah diriku ini buleh mengalirkan elektron-elektron ke udara?
pas sembang-sembang, anyam ketupat kit kat lab, honey bawak jenjalan.
and this one gerai je ade kat depan sejid usm. cam menarik.. waa.. meme menarik pom..
memang kami wat cam gerai senirik. tengok tuh, tengok nih.
tak paham gak bace label dia, nak tanya arab tuh, die sembang lak.. tak baek nyampok orang-orang ensem, eh orang laen sembang..
meset sorang budak lughah yang dah kelik mesia, die pom tatau.. las-las, maleh la.. hohoo..
so, belakang tu kitorang assume cheese gak.
cheese pom nak jeruk??!!
rase cam bace quran lak.. tapi ni gagap r.. takde baris.. hohooo.. ahh, bace yaasin terus la..mesti arab tu heran "eh, ade tahlil lak ke kat kedai haku neh?"
ana n honey: *nak bayar, tapi rase bersalah pulok nak kaco die sebab baru je bukak quran*
khalid: *perasan kitorang terpinga-pinga.. wat isyarat tanye "nak bayaq ka?" ye, loghat utaqa.. hahaa)
ana: is this drink delicious? (ana beli beer perisa peach. beer ni tak memabukkan. beer definisinye ielah fermented drink from malt)
khalid: macam mana mau cakap a. kalau ada epal lagi sedap.
ana n honey: *what?! die leh cakap bm! kite susah-susah cakap bi.. huh*
ana: awak boleh cakap bm?
khalid: buleh la..
ana: awak dari mane? min aina anta? (hehee, akhirnya, kekuatan Allah bagi untuk cakap barab ngan arab! kene berani bak kate sorang imam mude tuh)
khalid: wah, awak boleh cakap arab?
ana: *muke merah-merah malu sebab ade orang laen skali kat situ* syuwaiya..
khalid: oh, sket-sket..haha
ana: dari mana?
khalid: *die cam lambat sket jawab* palestine..
ana: palestine?! palestine mana? ghazzah ke tebing barat?
khalid: ghazzh
ana: oh, 'Save Gaza'! *sambil tunjuk badge 'Save Gaza' kat tudung*
khalid: oh! save gaza! *muke die hepi..*
lepas abih muamalat ngan die, ana pon wat request,
ana: nak tangkap gambar leh? nak letak dalam blog.
khalid: oh, buleh *sambil stat posing*
ana: *angkat hempon*
khalid: oh! ade lagi! Free Palestine! bendera palestine!
ana: *mola-mola heran gak. awat sonok ngat? oo, kat belakang hempon ana nih ade stiker free palestine*
die dah 2 tahun tinggal kat mesia.. nak tanye lebih lanjut, tapi ramai customer, tanak kaco dia..
terharu dapat jupe ngan palestinian.. pernah jupe, tapi kat program la. ni jupe tentibe.. dan betapa bersyukurnya dia bila tau saudara dia yang hidong tak mancung, bulu mata tak lentik, kening tak tebal, mata tak bundar, kesimpulannye bukan orang arab la, pon ade yang care. bukan ana nak riak, but we have to show we care. bukan dengan papar stiker, badge, berucap berdegar-degar depan orang semate, tapi mesti dibuktikan dengan niat dan amal. kite student yang kurang duit nih, leh je nyumbang dengan berdoa, tak gitu? boikot menyusahkan? kalo takde alternatif, takyah la boikot. it takes years to rise, mate. sabo.. insyaAllah, usahe kite yang skek ni akan menjadi pemangkin kebangkitan islam untuk generasi-generasi akan datang....
ni la belakang hempon yang die ske tuh..dah la.. tak larat nak nulih dahhhhh.. len kali kite sambung syawal pulok ye, iza biiznillah.. :)
daa.. selamat puase 6 ye sume.. dan selamat qada' pose awai-awai la bagi yang berkenaan.. hehee.. jangan sampai syaa'ban nanti lak baru nak qada'.. takut tak sempat je..


