Ahlan wa sahlan =)

Posted by Syafarah Sunday, May 20, 2012

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.

Lebih kurang 2 tahun 4 bulan saya sudah tidak meng-atas-tarikh [nota: meng'update'] blog ini. Vakum la kejap dulu, banyak sangat sawang dah..

Wah, Syafarah dah atas udara [nota: 'on air'] kembali!

Alhamdulillah, iya sih. Allah menggerakkan semula hati ini untuk meluncurkan jemari ke atas papan kekunci [walaupun memang dah meluncur, tapi luncur menulis makalah dan manuskrip pascasiswazah].
Barangkali atas doa-doa kalian, Allah memakbulkannya. Jazakumullah sahabat =)

Ermm, awat dah skema sangat sekarang, Syafarah?

Mungkin, sudah sampai masanya untuk kita menjadi matang. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 2 tahun, bukan? Allah mempunyai pelbagai cara untuk mentarbiyyah [nota: mendidik] hati kita.

Selimut, tanpa mengetahui gemerlapnya sinar Allah,

ke

Buka sedikit, tahu sinarnya sangat menghangatkan. Namun, tiada kekuatan untuk membuka terus,

ke

Buka terus. Kusangkakan ku berlari ke arah sinarMu..
Rupanya, kuberlari menuju BELANTARA JAHILIYYAH yang gelap, hitam pekat, dipenuhi pemangsa yang rakus,

hingga

Diterkam.. Digigit, dijamah.. Berdarah........... Tidak mampu untukku bangun......... Allah, di manakah Kau? KuperlukanMu sekarang.. DI MANA?!

Asaku putus...............

Namun, Allah Maha Penyayang.. Tatkala diriku rebah.. Tatkala diriku dicarik, dikoyak, dibaham tanpa belas.. DikurniaNya kepada diriku penyelamat-penyelamat..

Ape awak merepek ni, Syafarah?

Oh, maaf jika tidak faham =p.

Mungkin, 'puisi' [kononnya] tadi bisa menggambarkan hidupku sejak 2005 yang lalu.
Mungkin, tarbiyyah yang kusangka kudapati sejak7 tahun lepas, tidak sampai ke hatiku [baca: jiwa muda=hati keras lagi. huhu]

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakanku penyelamat-penyelamat yang kusayangi..

2010.. Bagiku, itulah titik PERMULAAN SEBENAR TARBIYYAH untukku..
Ya Allah, usahlah tamatkan manisnya tarbiyyah dan ukhuwah ini sampai bila-bila.
Ya Allah, tanganku kepingin untuk berpegang tangan dengan mereka sampai ke jannahMu.

Maka, blog ini akan jadi skema? Tak best.. Jom pi baca blog lain..

InsyaAllah, mungkin tak skema sangat, tapi skema sikit. Hehe. I'm still the happy Syafarah. The name itself explains it [Sya-FARAH. FARAH=HAPPY].

Setiap bende ade hadaf/objektif. So, ape hadaf kali ini?

Sahabat,
Belantara jahiliyyah itu sangat gelap.
Mungkin kite tidak menyedarinya, lantaran kite tidak mengenalinya.

Sahabat,
Izinkanku menceritakan bagaimana JAHILIYYAH itu,
Agar sama-sama kita menggapai sinarNya dan menginggalkan belantara itu selamanya.

Sahabat,
Tatkala kita SERONOK melakukan sesuatu perkara,
Namun hati terasa amat BERAT untuk meneruskannya,
Saat itu imanmu berbicara dengan akalmu,
"Wahai si-pulan, itu tidak mengundang REDHA Allah. Jom buat bende lain!"
Hatimu itu fitrah,
Rasulullah pernah berkata:

"Mintalah fatwa dari hatimu.
KEBAJIKAN itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa TENANG tenteram terhadapnya,
dan DOSA itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan TERAGAK-AGAK di hati,
sekalipun ada  orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."
[HR Imam Ahmad]


Sahabat,
Tatkala kita SERONOK melakukan sesuatu perkara,
Sehingga LUPA kepada Pemilik jiwamu,
Pemilik kepada TANGAN yang menadah untuk berdoa,
TANGAN yang sama melakukan maksiat.
Pemilik kepada MATA yang melihat ayat cintaNya,
MATA yang sama melihat kemungkaran.
Dirasakan INDAH bagimu segala dosa.
Jika begitu,
Ketahuilah, syaitan berjaya menjalankan Ops: Lupakan Allah.

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
[al-Hijr: 39]

Gelapnya weh! Dah, aku dah insaf. Balik dulu ye. Tak nak lepak-lepak buang mase dah..

Alhamdulillah, semoga kita bertemu lagi dalam rancangannnnnnnnn~ Adikku mau kawen lagi! Eh, silap.. <-- kan, dah merepek sikit. ishk ishk..

-----------------------------------------------------------------

p.s- kalau ikut hati, nak buang je entri-entri lepas dan buat blog baru. tapi takpe la. biarkan dulu =)
p.s2- anda mahu tinggalkan jahiliyyah anda? TAHNIAH! Tawaran menarik! email ke sini: syafarah_z@yahoo.com.
[tawaran hanya sah untuk perempuan SAHAJA]

3 comments

  1. IYA Says:
  2. syafarah...i love u!!!
    nanti sy email awak ye.sebab saya pun nk tinggalkan jahiliyah saya..huhu.

     
  3. Syafarah Says:
  4. salam DAYAH!!!! love you too, three, pour.....

    insyaAllah, sama2 kite tinggalkan jahiliyyah totally.. wuwuwu..

     
  5. fikrahuddin Says:
  6. lamaa menunggu-nunggu. hehe

     
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget