Sebatang Pokok Itu....

Posted by Syafarah Saturday, March 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Dulu dengan En. Senapi, baru-baru ni dengan Cik As lak..

Sembang-sembang pasal akhlak dengan Cik As Khamis lepas.

Akhlak itu..

bukan macam lalang. Ikut angin je.
Akhlak kite bukan ikut environment. Bila kite dalam environment jahiliyah (obviously, sekarang macam tu deh), kite pon berakhlak jahiliyah jugak. No. no. no....
Biar lah kita seperti ikan di laut, tak masin pon isinye bila dimasak.. (~mm.. lapaq la pulak..)


Kite ibarat pokok.
Akhlak seperti batang pokok itu.
Ibadah kite ibarat dahan-dahannye.
Daun-daun seperti amalan-amalan sunat.
Aqidah adalah akar pengukuh segalanya.

Andai AQIDAH tak kuat, bergoyahlah seluruh pokok tu. Apabila AQIDAH sihat, maka batang, ranting dan daun-daun akan turut sihat. Jadi, bajailah akar pokok itu sebaik-baiknya.

Apekah bajanya??

Nutrien bagi akar adalah Al-Quran dan sunnah.
Makanan (photons/cahaya) bagi daun (amalan sunat) adalah sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah saw.
Iza biiznillah, kuatlah pokok kite :)


Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia
"Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air.
Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? "
Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"
(Hadith riwayat Baihaqy)

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget