Kenapa Yahudi Bijak??

Posted by Syafarah Saturday, March 21, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Ana dapat forwarded ni daripada junior. Sahih atau tak, wallahua'lam. Tapi iktibarnye kite amek:

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala
bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia
dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,
perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua,
akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa
tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh
manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang
pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping
kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan
dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang
sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu
akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh
hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan
bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya,
oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang
saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya
sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan
matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya
perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali
memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan
utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul
dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh
baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak
baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam
kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika
mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali
memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada
bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak
elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama
badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke
rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka,
dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian
buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah
untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi,
jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar
dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di
Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama
pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan
perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu
penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan
DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok
terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan
anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam
pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka
telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ
kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut
saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak)
dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California,
ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!
Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang
diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya
ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini
murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka
digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala
kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya
berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut
tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah
fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif
dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para
penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan
mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar
setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?
Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh
syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai
perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya
dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain
di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah
ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah
ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi
bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu
untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan
memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan
yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY,
Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus
kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan
Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di
persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan
wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung,
galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten
disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,
makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati
muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak,
dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok
menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan
mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005
amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu
susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$
7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali
sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel
ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir
serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka
bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau
sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan
generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada,
dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera
terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan
mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?
Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun)
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya
ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak
seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya
kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada
cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya
nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei
sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan
tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang
bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal
batasan bangsa.


Best Regards,
Syed Hasan Said Abu Bakar

wallahu'alam.. fikir-fikirkan..

1 Responses to Kenapa Yahudi Bijak??

  1. MaFia Murano Says:
  2. Salam...
    nanti jangan lupa dapatkan dari Emma, kenapa orang Islam sebenarnya yang tidak bijak.. =)

     
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget