salam alaik..
Copy paste lagi.. sori la ye hehe.. Tapi entry ni baek punya! Khas untuk golongan berkromosom XX..
(From iluvislam yea)
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
______
btui-btui! Kadang-kadang kite, muslimah rasa camtu la :
"Pucatnye muka"
"Kalo celak, cantik kan?"
"Pink sket bibir ni, kilat-kilat mesti menawan"
"Baju mau kilat-kilat, biar I'm the only one orang nampak"
Kak Sheena, kami sume adik-adik kak mendoakan:
Iza biiznillah dimurahkan rezeki dan baitul muslim yang dibina membawa ke redhaNya.. Ameen..
Doakan turn kami la pulok ye.. heheee
Salam alaik,
Ingat tak ana oyak tak update untuk 2 minggu? Well, 2 minggu (29 Mei-12 Jun 2009) ada Mukhayyam Intensif Zon Utara 2009 (MIZU09). Tak pernah pegi program lama macam ni (almaklum la, duk mesia je. bukan duk Dublin ke, UK ke nak wat program sebulan.. huu). And, tak pernah pi program yang banyak input camni, ALHAMDULILLAH!!
And lagi, tak pernah merasai ukhuwah seerat camni! Kawan-kawan kat sekolah dah lima tahun pun tak terasa sangat! Ukhuwah yang bari disulamn 2 minggu, rasanya macam dah patbelas tahun kenal.. Bila kita berjumpa dan berpisah kerana Allah, hati ini Allah menumbuhkan ikatan yang kuat. Andai satu jatuh, yang lain akan cuba mengangkatnya kembali.. Indah sungguh!
Mm, kalau nak ana tulis pengisian MIZU satu-satu yang isinya 2 minggu tuh, ana kena wat buku la sebab berapa ratus ribu page leh wat ni. Blogspot pon jeles. Maka, kalau nak tau lebih detail, mai la senirik tahun depan insyaAllah (kalau tinggal kat kawasan utara. Kalau kt kawasan Klang, Selangor, KL, Johor, Melake & Negoghi programnye dipanggil MISI).
(MIZU09)
Tempat: Kompleks Pendidikan Al-Azhar
(Katenye, belakang sekolah ada kilang ayam.. tapi jeuh lagi laaaaaa~)
(rase cam kat mesir ye... nama je la..)
Jakun, sebab tu sempat lagi.. heheheee
(Adik-adik katak ni suka lepak dalam beg-beg mangsa yang tidak berzip. Kalau ada terjerit-jerit tuh, tau dah la.. hahaaa)
"Nyaaaaa~" bising nak ngendeng makan skali.. syan depa.. muke memasing klip-klip mata besaq-besaq macam puss in boots dalam shrek tuh. Memang berkesan la!
Comey, tapi penakut. Bila dia lari, ekoq dia lembut ja bagai ditiup katak..
Maka, kena bagi makan asing dari depa, kalau tak, gaduh.
Muka mak kucin ni lagi kesian.. COMEY sangat-sangat!!!!!!
Memang gomuk tahap doraemon jeles.
Selalu ngendeng gak. Disebabkan jauh dari kantin + takde makanan ditapau, ade la hamba Allah ni order Friskies RM1.50 setiap ari kat fasi untuk bagi kat dak ni (Fasi yang jadi runner kena kuar selalu untuk beli barang pesanan kami. jadi amcam boss woo).

Tak sempat bermesra-mesraan. Takpa, setiap manusia ade ujian die Allah bagi..
Yang paling berkesan:
Kami main sesuka hati bola jaring, takde peraturan. Ada 2 pasukan; Tiang dan Gol. hoho.
Main punye main, tudung tertarik, suaq nak koyak, kasut terkuaq, spek nak pecah, masuk kuaq parit etc (ingat kami tak ganas ke? bwahahaa).
Ibrahnye? Hidup ini Allah bagi peraturan, syariatullah bukan sesaje. Kalau takde peraturan hidup ni, jadi macam tadi la, cedera dan macam-macam lagi. Allah sayang kita. Tanak kita menzalimi diri seniri dan orang lain.
Kalau nak kate "Aku kawal diri aku. Ape kisah kat Allah? Aku yang tentukan idop aku (alaa, macam omputih selalu cakap tu la, FREEDOM)"
Ok, cuba angkat tangan kanan sekarang. Buleh tak? Alhamdulillah buleh.
Ok, sekarang, cuba hentikan degupan jantung.. laaa, awat tak stop lagi, stop la cepat.....
Tak bleh???? haaaaaa, so, sape kawal sape sekarang???????

Saje je kami snap sebab tak nah ade gambar ngan diorang.. Cayang korang!


Shoutul Haq
1Tekad, 1Rentak, 1Wawasan, 1Malaysia (opssss.. takde-takde. Kerajaan Perpaduan bleh)
Takut-takut nanti ade yang bertindak ganas terhadap kami time dakwah tu..
Besh woooo.. Ada bran??

Banyak yang dapat belaja. Sofskil yang lain daripda lain!
Sofskil camni kita mahukan.. bukan bengkel-bengkel WAJIB yang hanya bersifat duniawi semata..

Selatan Thai ade 3 negeri/daerah yang majoriti muslim: Narathiwat, Yala dan Pattani.
Memang kalau dengaq cabaran dakwah depa kat sana, memang hebat ah. Tabik!
Masyarakat kat sana ade je luar selatan Thai yang muslim, tapi takde pendedahan terhadapnya.
Diorang ade wat program kem ibadat tak silap kat mana ntah untuk adik-adik sekolah rendah.
Ade yang datang dari 500km! MasyaAllah! Semangat mujahidin kecik ni.... malu i..
Ade yang mak hantar, pakai cam yang dilukis tu la, pakai tali spageti je.. sebab, takde pendedahan. Sebab tu jugak sanggup hantar anak-anak ke kem ni. Allah bukak hati depa..
Ade gak yang tak buleh baca AlFatihah, etc..
Moga usaha antum diredhai Allah s.w.t..
Satu lagi, sorang ikhwah ni cerita situasi kat Pattani.
Die kate dah biase dah tengok tentera Thai kat situ (ada beberapa perkara yang ana tak bulih tulis kat sini. Clasified!)
Pernah dia alami, depan mata dia beberapa orang mati ditembak dan ada sorang anak nangis-nangis kat atas mayat ayah/mak dia.. huuhuuuh~ bayangkan..

Yang kami tau, beberapa hari sebelum tuh, kami dilatih buat stretcher dengan buluh dan kain batik/pelekat. Letih woo nak ngangkatnye.
So, kami assume kat utan le..
"Ishk, camne nanti?"
"Ade pacat tak?"
"Jurang die curam tak?"
"Tali keselamatan ade ke untuk gayut?"
"Orang bleh angkat aku ke kalao jatuh? Berat kaki je dah pat tan.."

Muke wat-wat epi. Sebab, di samping kami berPERKASA,
kami akan ditasmi' surah AnNaba' dan AnNaziat. Haduihhh.. tak abih lagiiiiii!
"Yo, boikot daa~" "opssss.."
Alhamdulillah, dah sampeiiiii. Laaaaaaaaa, bukit mendenyeee..
Kat UUM je. huh

Syafarah: (Dalam ati) bwahahaaa, dah tukang tangkap gambaq terel.. huahua




Dipanggil 'Kenduri'. haha.
Kami gabung ramai-ramai. Tarik memasing nye paddle la. Agak mencabar la.
"Eh, bebaik, jage."
"Not the face!"
"Huda, pegang paddle dia!"
"Eh, jangan lepas lagi! Tangkap gambaq!"

Kami semua kena pegi terminal(kunun la, padahal tebing je).
Then, kami MESTI terbalikkan kayak, then buang air dalam kayak, then masuk balik dalam tuh. Sume perbuatan tersebut mustila dilakukan di dalam airrrrr..
Kurus laaa time tuh..


Kena buat benda sama macam kayak, terbalik, buang, masuk.
Eh, terbalik takde. Berat lagi la sampan, so Dr. kasi km terjun then masuk balik dalam tu.



Ikhwah lawak gile: Punye la kuat "KIRI! KANAN!" kami yang akhawat kat daratan (menunggu turn kami) terkalih la sebab "apehal kuat sangat tuh?".
Bila tengok... huahuaaaa.. ade la dalam 3cm/hr. Cam tak gerak je! Sore dah kuat, tapi lajunye ntoh le. huahua lagi.. (jahatnye i.. tapi, jujur kan..)


Tapi, kena masak senirik.. kreookkkkkk~ perut memasing..
Group kami antara terlambat masak sebab usaha membukak tin sardin yang agak mencabar..



Yang leh solat, solat dulu. Yang cuti-cuti mesia ni, leh la sambung perjuangan memasak..
Alhamdulillah, dah masak...
Lauk kami: sardin masak telur, dan telur separuh masak yang terlebih separuh masak.
Then, kena wat wall climbing lak..
Sebelum ikhwah sampai, kami buat dulu.
Tup tup baru dalam 6 akhawat buat, ikhwah dah sampai..
huh..kaco deun tol..



"haah, putih je. jalur-jalur"
Boring nunggu tembikai sambil-sambil compare ke'burn'an bawah cincin.. ape daa.. takde koje lain lebeh pekdah??
Taksub.. tapi memang sedap.. Sapa bagi sedap? Allah bagi sedap..


So, mak kepada tiyah beli kat kami timun dan bedak sejuk.
Sume pakat menspa kan asrama sekolah ni..

'Baitul Muslim'..
Memang pakar memori, masyaAllah!
Dapat adiah woo..
Cam biase la, ikhwah menang. huh
Pengerusi Karisma Nasional, Ameer K-Penang dan Ameerah K-Perak.
Kanan sekali, kak Ayu, moderator.
Banyak kuar buku tentang Palestine dan sejarah Nusantara.
Akhawat tande 1 je.. heheee
Ana ade buku bliau 'Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam'
Lukisan-lukisan kami mengenai Liberalisme.
Nebes seyh....
sedeh.. kene ngemas lak..
Akhawat kemas dorm, masjid, dan dewan taklimat.
Ikhwah dorm SAHAJA! hoho, takde la, diorang kena barbeque ayam!
Nyum~.. las nite kan, sebab tuh makan sodap kit.. sedah lagi..
Kang ade lak tetibe solat subuh kul 6.30pm ni.
Kak ayu = degree, terus Ph.D! Dean every sem, MPP lak tuh. MasyaAllah.. fuh!
Bagai dak-dak MIZU09 menghurung makcik es krem..
huduh benor dengaqnye..
Disebabkan slot full, kami pon tak sempat nak metekedarah float dan es krem.
Alhamdulillah, burpppp~. Es krem Toyyiba HPA..
huwaaaaa.. sedey.. sedey..
Pepe pun, pengisian bukan untuk disia-siakan. 2 minggu bukan singkat, dan bukan sikit. Tapi mengah sebab banyak nak kena sedut dalam 2 minggu.. Bayangkan, takde pengalaman dakwah non-muslim, tetibe nak kena dakwah diorang, di BANDAR.. huh! 1st time in my life! Tapi, amat berharga.. ana rakam, tapi terdelete.. huhuhuhuhuuuu sangatttt~
Ade lagu baru kami belajo. Sorang ikhwah ni ajarkan. Lepas slot je, kami akan nyanyi lagu ni kat penceramah:
jazakallahu khairan.
Wa laka, wa lana,
insyaAllahul jannah,
insyaAllahuljannah..
Cakap pasal lagu, lagu tema MIZU09:
Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang
Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang
Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!
Mars Kepanduan
Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia
Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang
Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia
Adakah Kau Lupa
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
wassalam..
Dari kiri:
skaf ustazah-ustazah 60an (nampak leher + jambul) --> mini telekung oleh DSAI dalam ABIM dulu --> tudung bunga-bunga turki --> tudung lilit cekik from singapore --> tudung keras indon
Jom dekat sket:
Paham tak?
gula-gula digabung dua, pehtu dibiaq atas meja selama berapa abad ntah. Terus jadi camni.. patutla meriah sangat lalatttt..
yang pasti, bukan tempat akhawat duduk la.. hehe dah nak dekat hari-hari terakhir baru nak buang..