MIZU09

Posted by Syafarah Friday, June 26, 2009

Salam alaik,

Ingat tak ana oyak tak update untuk 2 minggu? Well, 2 minggu (29 Mei-12 Jun 2009) ada Mukhayyam Intensif Zon Utara 2009 (MIZU09). Tak pernah pegi program lama macam ni (almaklum la, duk mesia je. bukan duk Dublin ke, UK ke nak wat program sebulan.. huu). And, tak pernah pi program yang banyak input camni, ALHAMDULILLAH!!

And lagi, tak pernah merasai ukhuwah seerat camni! Kawan-kawan kat sekolah dah lima tahun pun tak terasa sangat! Ukhuwah yang bari disulamn 2 minggu, rasanya macam dah patbelas tahun kenal.. Bila kita berjumpa dan berpisah kerana Allah, hati ini Allah menumbuhkan ikatan yang kuat. Andai satu jatuh, yang lain akan cuba mengangkatnya kembali.. Indah sungguh!

Mm, kalau nak ana tulis pengisian MIZU satu-satu yang isinya 2 minggu tuh, ana kena wat buku la sebab berapa ratus ribu page leh wat ni. Blogspot pon jeles. Maka, kalau nak tau lebih detail, mai la senirik tahun depan insyaAllah (kalau tinggal kat kawasan utara. Kalau kt kawasan Klang, Selangor, KL, Johor, Melake & Negoghi programnye dipanggil MISI).


Mukhayyam Intensif Zon Utagha 2009
(MIZU09)

Tempat: Kompleks Pendidikan Al-Azhar

Belakang sekolah..
(Katenye, belakang sekolah ada kilang ayam.. tapi jeuh lagi laaaaaa~)

Dekat-dekat dewan program..

Padang Al-Azhar
(rase cam kat mesir ye... nama je la..)

Kubo.. Sebijak-bijak manusia adalah yang paling banyak mengingati mati..

Getah sekerap. Disnap masa program Dakwah Masyarakat Kampung.
Jakun, sebab tu sempat lagi.. heheheee

Subhanallah! Cantik! Leh wat testi iluvislam nih.. hehee..

Teman rapat kami sume tatkala beg-beg kesunyian
(Adik-adik katak ni suka lepak dalam beg-beg mangsa yang tidak berzip. Kalau ada terjerit-jerit tuh, tau dah la.. hahaaa)

Kalau time makan, memang macam ni. Kami tidak kesembilanbelasan, malah ditemani adik-adik angkat kami ni.maka
"Nyaaaaa~" bising nak ngendeng makan skali.. syan depa.. muke memasing klip-klip mata besaq-besaq macam puss in boots dalam shrek tuh. Memang berkesan la!

Ni lak kami panggil: Tupai. Sebab ekornya yang cantik and gebu.
Comey, tapi penakut. Bila dia lari, ekoq dia lembut ja bagai ditiup katak..

Yang mak kucing ni kesian sikit, dia dari keluarga lain (Sumayyah punye ayat).
Maka, kena bagi makan asing dari depa, kalau tak, gaduh.
Muka mak kucin ni lagi kesian.. COMEY sangat-sangat!!!!!!

Ni lak mak kucin yang suka lepak kat asrama. Ada kelas kit katanya.
Memang gomuk tahap doraemon jeles.
Selalu ngendeng gak. Disebabkan jauh dari kantin + takde makanan ditapau, ade la hamba Allah ni order Friskies RM1.50 setiap ari kat fasi untuk bagi kat dak ni (Fasi yang jadi runner kena kuar selalu untuk beli barang pesanan kami. jadi amcam boss woo).



Baru hari ke berapa ntah, Wani (ungu, tanpa niqab) dah nak balik atas sebab-sebab keluarga.
Tak sempat bermesra-mesraan. Takpa, setiap manusia ade ujian die Allah bagi..

Apekes pakai baju sesame ni?? Kembaq 3 1/2

Riadah.. amat besh..

Yang paling berkesan:
Kami main sesuka hati bola jaring, takde peraturan. Ada 2 pasukan; Tiang dan Gol. hoho.
Main punye main, tudung tertarik, suaq nak koyak, kasut terkuaq, spek nak pecah, masuk kuaq parit etc (ingat kami tak ganas ke? bwahahaa).
Ibrahnye? Hidup ini Allah bagi peraturan, syariatullah bukan sesaje. Kalau takde peraturan hidup ni, jadi macam tadi la, cedera dan macam-macam lagi. Allah sayang kita. Tanak kita menzalimi diri seniri dan orang lain.

Kalau nak kate "Aku kawal diri aku. Ape kisah kat Allah? Aku yang tentukan idop aku (alaa, macam omputih selalu cakap tu la, FREEDOM)"
Ok, cuba angkat tangan kanan sekarang. Buleh tak? Alhamdulillah buleh.
Ok, sekarang, cuba hentikan degupan jantung.. laaa, awat tak stop lagi, stop la cepat.....
Tak bleh???? haaaaaa, so, sape kawal sape sekarang???????

Sebelum nak pi sesi pembentangan Logo dan Moto kumpulan memasing.
Saje je kami snap sebab tak nah ade gambar ngan diorang.. Cayang korang!

Epi je sebelum bentang. Sofskill tinggi mereka nih!

Ni nama, logo dan moto group kami:
Shoutul Haq
1Tekad, 1Rentak, 1Wawasan, 1Malaysia (opssss.. takde-takde. Kerajaan Perpaduan bleh)

Sebelum slot Dakwah Masyarakat, kami diberi latihan mempertahankan diri.
Takut-takut nanti ade yang bertindak ganas terhadap kami time dakwah tu..
Besh woooo.. Ada bran??

Kuar untuk slot Dakwah Masyarakat Kampung.
Banyak yang dapat belaja. Sofskil yang lain daripda lain!
Sofskil camni kita mahukan.. bukan bengkel-bengkel WAJIB yang hanya bersifat duniawi semata..

Pembentangan daripada setiap kumpulan tentang apa input dan apa yang dah terjadi time dakwah tuh.. macam-macam ada~

Sesi sharing oleh ikhwah 4 orang dari Pattani. Tak ingat sangat nama depa..
Selatan Thai ade 3 negeri/daerah yang majoriti muslim: Narathiwat, Yala dan Pattani.
Memang kalau dengaq cabaran dakwah depa kat sana, memang hebat ah. Tabik!
Masyarakat kat sana ade je luar selatan Thai yang muslim, tapi takde pendedahan terhadapnya.

Diorang ade wat program kem ibadat tak silap kat mana ntah untuk adik-adik sekolah rendah.
Ade yang datang dari 500km! MasyaAllah! Semangat mujahidin kecik ni.... malu i..
Ade yang mak hantar, pakai cam yang dilukis tu la, pakai tali spageti je.. sebab, takde pendedahan. Sebab tu jugak sanggup hantar anak-anak ke kem ni. Allah bukak hati depa..
Ade gak yang tak buleh baca AlFatihah, etc..
Moga usaha antum diredhai Allah s.w.t..

Satu lagi, sorang ikhwah ni cerita situasi kat Pattani.
Die kate dah biase dah tengok tentera Thai kat situ (ada beberapa perkara yang ana tak bulih tulis kat sini. Clasified!)
Pernah dia alami, depan mata dia beberapa orang mati ditembak dan ada sorang anak nangis-nangis kat atas mayat ayah/mak dia.. huuhuuuh~ bayangkan..


Seme menghitung saat untuk pegi PERKASA.. Debar-debar sebab memang takde idea program tu cmane.
Yang kami tau, beberapa hari sebelum tuh, kami dilatih buat stretcher dengan buluh dan kain batik/pelekat. Letih woo nak ngangkatnye.
So, kami assume kat utan le..
"Ishk, camne nanti?"
"Ade pacat tak?"
"Jurang die curam tak?"
"Tali keselamatan ade ke untuk gayut?"
"Orang bleh angkat aku ke kalao jatuh? Berat kaki je dah pat tan.."

Yeahhhh~
Muke wat-wat epi. Sebab, di samping kami berPERKASA,
kami akan ditasmi' surah AnNaba' dan AnNaziat. Haduihhh.. tak abih lagiiiiii!

"Let's go to the zoo, ramai-ramai dah tentu, bla bla"
"Yo, boikot daa~" "opssss.."
Alhamdulillah, dah sampeiiiii. Laaaaaaaaa, bukit mendenyeee..
Kat UUM je. huh

Lalalalaa~

Kak Ayu: Cantik pulak UUM ye. Selame ni belaja sini, takde pulak rase cantik. Eh, ke dalam gambar je nampak cantik?
Syafarah: (Dalam ati) bwahahaaa, dah tukang tangkap gambaq terel.. huahua

Model ini tiada kena mengena. Juz rasa cantik sebab ada orang duduk. Period.

Muke putih gebu je memasing. Tidak wajah-wajah halus ini mengetahui bahawa muka mereka akan digoreng rangup oleh matahari sebentar lagi..

Dengaq dulu sebelum terjun. Kang, ade yang berkayak ngan selipar je..

Haa, ni spesel. Dak MIZU09 founder gaya nih.
Dipanggil 'Kenduri'. haha.
Kami gabung ramai-ramai. Tarik memasing nye paddle la. Agak mencabar la.
"Eh, bebaik, jage."
"Not the face!"
"Huda, pegang paddle dia!"
"Eh, jangan lepas lagi! Tangkap gambaq!"

Lepas pueh mengayuh ngan tangan, tibala acara kemuncak.
Kami semua kena pegi terminal(kunun la, padahal tebing je).
Then, kami MESTI terbalikkan kayak, then buang air dalam kayak, then masuk balik dalam tuh. Sume perbuatan tersebut mustila dilakukan di dalam airrrrr..
Kurus laaa time tuh..

Hahahaa, Dr. banyak tolong time bawak kuaq air tuh. Penat! Bukan senang, berat kayak tuh!

Pas kayak, pakai sampan lak.
Kena buat benda sama macam kayak, terbalik, buang, masuk.
Eh, terbalik takde. Berat lagi la sampan, so Dr. kasi km terjun then masuk balik dalam tu.

Aksi tolong menolong dan tingok meningok orang lain.

PAnggil ape ntah ni.. tak hengat..
Ikhwah lawak gile: Punye la kuat "KIRI! KANAN!" kami yang akhawat kat daratan (menunggu turn kami) terkalih la sebab "apehal kuat sangat tuh?".
Bila tengok... huahuaaaa.. ade la dalam 3cm/hr. Cam tak gerak je! Sore dah kuat, tapi lajunye ntoh le. huahua lagi.. (jahatnye i.. tapi, jujur kan..)

Kami? Well, see the tudung la. Kuatan jeritan kami cam Siti jual kueh mase mude-mude dulu je. Tapi, lajunye, huh, kalah Kimi Raikonen (ye la, sapa suh bawak keta F1 dalam tasik)!

Lepas letih-letih tuh, nak lunch, lapaq..
Tapi, kena masak senirik.. kreookkkkkk~ perut memasing..
Group kami antara terlambat masak sebab usaha membukak tin sardin yang agak mencabar..

Fahimah, kak siti, tiyah and dila

Khaulah (bakal Dr. kat Mesir), syakirah, affaf and iman


Walau di mana juaaaa, solat WAJIBBBBB.. leh je jemaah kan.
Yang leh solat, solat dulu. Yang cuti-cuti mesia ni, leh la sambung perjuangan memasak..

Nasik kami antara yang termasak. hahahaa.. pandainye ibu zaman batu kami..

Nyum nyummmm~
Alhamdulillah, dah masak...
Lauk kami: sardin masak telur, dan telur separuh masak yang terlebih separuh masak.

Lepas makan, jalan lagi dan lagi dan lagiiii..
Then, kena wat wall climbing lak..
Sebelum ikhwah sampai, kami buat dulu.
Tup tup baru dalam 6 akhawat buat, ikhwah dah sampai..
huh..kaco deun tol..

Buhsan tengok ikhwah manjat, kami pon lepak tempat lain.

"Kak, bukak la cepatttttt~"

"Tengok, kami buat-buat gembira dengan kelaparan kami terhadap tembikai tersebut"

"Eh, mesti putih kan bawah cincin"
"haah, putih je. jalur-jalur"
Boring nunggu tembikai sambil-sambil compare ke'burn'an bawah cincin.. ape daa.. takde koje lain lebeh pekdah??

Alhamdulillah, berjaya!!!! Tembikai, yeay!
Taksub.. tapi memang sedap.. Sapa bagi sedap? Allah bagi sedap..

Silamat tinggal UUM! Kami mau pulang buk..

Lepas sume terbakaq, ade hangus, hangit, rangup..
So, mak kepada tiyah beli kat kami timun dan bedak sejuk.
Sume pakat menspa kan asrama sekolah ni..

Ni lak slot paling ditunggu-tunggu,
'Baitul Muslim'..

YDP JIM Perlis, Prof. Madya Aisha Nuddin.
Memang pakar memori, masyaAllah!


Riadah: buat senapang senirik, then lawan.
Dapat adiah woo..

Sedia, tembak! Bayangkan zionis kat depan nunnn.
Cam biase la, ikhwah menang. huh

Forum bersama:
Pengerusi Karisma Nasional, Ameer K-Penang dan Ameerah K-Perak.
Kanan sekali, kak Ayu, moderator.

Prof. Dr. Hafidzi, ana amat salute bliau!
Banyak kuar buku tentang Palestine dan sejarah Nusantara.

KAmi diminta menanda lokasi-lokasi di peta.
Akhawat tande 1 je.. heheee

Slot Dakwah Comparative Religion bersama Nicholas Sylvester, mantan Paderi di sabah.
Ana ade buku bliau 'Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam'

Slot bliau gak: Islam Liberal.
Lukisan-lukisan kami mengenai Liberalisme.

Bersedia untuk pegi praktis Dakwah Non-Muslim kat bandar.
Nebes seyh....

Epinyeee.. ana lak cuaknyeee.


Mock berlakon jumpe non-muslim..

Sharing lepas buat praktikal..

Dakwah Non-Muslim adalah slot terakhirrrrr. Dah abihhhhhhh..
sedeh.. kene ngemas lak..
Akhawat kemas dorm, masjid, dan dewan taklimat.
Ikhwah dorm SAHAJA! hoho, takde la, diorang kena barbeque ayam!
Nyum~.. las nite kan, sebab tuh makan sodap kit.. sedah lagi..

Cik kak, ngemas ye, bukan jadi muazzin.
Kang ade lak tetibe solat subuh kul 6.30pm ni.

Alalallaaa.. rajinnyeeee..
Kak ayu = degree, terus Ph.D! Dean every sem, MPP lak tuh. MasyaAllah.. fuh!

Dah ngemas, kite melantok!
Bagai dak-dak MIZU09 menghurung makcik es krem..
huduh benor dengaqnye..

Kat Kompleks Pendidikan Al-Azhar nih (comprising sekolah rendah, sekolah menengah and masjid. memang amat luas bagi sebuah sekolah persendirian) ade umah-umah makcik-makcik dan pakcik-pakcik JIM. ade la satu umah juai es krem dan sewaktu dengannya.
Disebabkan slot full, kami pon tak sempat nak metekedarah float dan es krem.
Alhamdulillah, burpppp~. Es krem Toyyiba HPA..

Very last day kat bilik taklimat..
huwaaaaa.. sedey.. sedey..


Tu la die sedikit pengalaman yang dapat dishare. Kalau nak letak gambaq 2 minggu, jenuh la. Semua slot nak kena tangkap gambaq la kalau camtu.. huhuu..
Pepe pun, pengisian bukan untuk disia-siakan. 2 minggu bukan singkat, dan bukan sikit. Tapi mengah sebab banyak nak kena sedut dalam 2 minggu.. Bayangkan, takde pengalaman dakwah non-muslim, tetibe nak kena dakwah diorang, di BANDAR.. huh! 1st time in my life! Tapi, amat berharga.. ana rakam, tapi terdelete.. huhuhuhuhuuuu sangatttt~

Ade lagu baru kami belajo. Sorang ikhwah ni ajarkan. Lepas slot je, kami akan nyanyi lagu ni kat penceramah:

Jazaka, jazaka,
jazakallahu khairan.
Wa laka, wa lana,
insyaAllahul jannah,
insyaAllahuljannah..

Pehtu, ikhwah yang ajar ni balik awal. Bila dia nak balik, kami nyanyi lagu ni. huhuu. Ikhwah ni kirenye mastermind MIZU09 gak la. amat kuat semangat dakwah selari dengan ilmunya, insyaAllah amalan sekali.


Cakap pasal lagu, lagu tema MIZU09:

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!


Mars Kepanduan

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Karna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia


Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa

Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

ok la.. takat ni dulu..

wassalam..

Tambahan.. daripada cebisan kenangan MIZU09

Ni lukisan Pak Utih/ Ahmad Shafiai pasal kronologi perkembangan tudung kat mesia..
Dari kiri:
skaf ustazah-ustazah 60an (nampak leher + jambul) --> mini telekung oleh DSAI dalam ABIM dulu --> tudung bunga-bunga turki --> tudung lilit cekik from singapore --> tudung keras indon

Ape tu??
Jom dekat sket:
Tak jelas lagi la!!

Biaq btoi!!

Ya Allah! Gula-gula cair!!
Paham tak?
gula-gula digabung dua, pehtu dibiaq atas meja selama berapa abad ntah. Terus jadi camni.. patutla meriah sangat lalatttt..
yang pasti, bukan tempat akhawat duduk la.. hehe dah nak dekat hari-hari terakhir baru nak buang..

6 comments

  1. wuaaaaaaa

    beshnyer....lama lak 2..

    n PANJANG laks 2 entry ni..heheh

    er..

    mcm kenai jek si affaf 2..dak smKap kangar eh??
    wua...kawan skola dulu...lm x jumpa!!

    mmmmmmmmmm..

    baitul muslim??
    selama 3 tahun belajar, 3 taun gak dgr pasal baitul muslim ni..penting sbnarnya..ye x??heheh..slot ni meme best! cewah..mcm bajet pegi jek..hu2

     
  2. Syafarah Says:
  3. salam

    farah, eh, kami tak sure pulak affaf sekola mana dulu.. nanti kami tanya dia, insyaAllah.. peringat ek!

    panjang? hehee.. 2 minggu, kena panjang la.. banyak lagi gambar-gambar sensored tak letak dalam ni..

     
  4. i-sYah Says:
  5. kecik nyer dunia...
    adilah basit?
    hehe..
    waa beznnyer akak dpt join prgm camtu (^_^)

     
  6. Syafarah Says:
  7. salam..

    cah, laaaaa.. kenai ka? set-set penang tanah besaq memang kenai kot.. dia smka nibong tebai x silap.. skrg kt uitm wat farmasi..

    masa ice breaking, kak paling senang nak ingat nama ayh dia sebab sama dengan nama syeikh abdul basit.. huahua

     
  8. salam wbt dik...
    alhamdulillah, dapat jugak adik join program sebegini... muga, manfaatnya pada diri berkekalan, seterusnya mampu digunakan kepada orang ramai..
    *windunya suasana begitu*

     
  9. Syafarah Says:
  10. salam..

    kak tikah, alhamdulillah.. manyak inputnye. balik ump seminggu awai ni pon iA nak utilise manfaat2nye.. doakan ya..

     
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget