Perhimpunan Karisma Nasional 2008 (PKN08)

Posted by Syafarah Saturday, January 3, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

26 Disember 2008, 10 pm, SAMTAJ, Shah Alam

Kelibat sorang gadis ayu berbaju kurung hijao bersama temannya berbaju hitam melangkah penuh debaran untuk menempuh hari seterusnya..

Gadis ayu tu ….. ana la.. hehe.. Mula-mula nak datang muktamar ni kami berdua (with Maryam) agak cuak. Kami sangka suma akhwat Karisma ni macam kak Hamnah (sopan santun, cakap berlapik, macam-macam la yang baek), berbeza dengan kami ni.. Tengok-tengok, lebey kurang je kepala kami suma ni (tapi, lagi sopan). Alhamdulillah, memang leh wat sembang, tak kekok. Tapi, bezanya, ukhuwah kami suma adalah di jalan Allah taala.

Percayalah, bila ukhwah kerana Allah, sembang la apa pun, gila-gila camna pun, tetap mengingatkan kita tentang Islam: tu lah erti persahabatan menuju mardhatillah. Sama-sama nak ke syurga, sama-sama la support, sama-sama ajak orang laen kat luar sana untuk pi skali………

27 Disember 2008, 8am, Muzium Shah Alam

“Perhimpunan Karisma Nasional 2008: Pemimpin Berorganisasi, Penggalas Misi” bermula.

Pendaftaran dilalui, macam-macam dugaan (pendaftaran je tu.. lom program lagi). Tapi, K-UMP je la kot problem.. ntoh le. Manusia.. memang tak terlepas buat kesilapan. Ana jadi Perwakilan. Ketaq gak lutut ni sebab takut nak cakap kat depan dak-dak wara’ atas stage (Perwakilan setiap U kna berbahas tentang ucapan dasar Presiden Karisma Nasional (KNl)). Tapi, Alhamdulillah, ameer kami yang akan naik.. phewhhhhhhhh.. peluh seyhhh..

Perbahasan berlanjutan dari 11am-7pm. Memang kebas woo anggota-anggota badan yang terlibat dengan aktiviti duduk atas kerusi lembut ni..

Apa point-point yang ana tak terlepas nak tangkap and dirasakan penting:
1. Ucapan daripada K-UKM Bangi: mengingatkan kita tujuan kita berada di jalan dakwah ni. Bukan seronok-seronok, tapi jihad, perjuangan yang tiada noktah sampai kita hembusan nafas terakhir. Beliau pun terkilan sebab takde ikhwah kat UKM Bangi. Hal ni menyusahkan perjalanan dakwah depa sket (sebab ikhwah maybe leh tolong dari segi transport, dan macam-macam lagi rasanya). So, kna fikir balik, kenapa hal ni terjadi? USAHA DAKWAH KURANG EFEKTIF.. simple, but SERIOUS matter.
2. Ucapan daripada K-Petaling: Takde masalah nak cari PELAPIS kalau NUQABA’nye takde masalah. (memang terkesan gak la. Sebab amat tepat kata-katanya. Kalau usrah sentiasa berjalan dengan mantopnye oleh nuqaba’, insyaAllah dapat membentuk pelapis/generasi yang akan menyambung usaha dakwah di U kita bila kita dah grad nanti. Ana rasa, nak jd lecturer or researcher kat U ana ni, tapi…….. cintaku pada engineering… mmmmm)
3. Ucapan K-USIM: Suma ayat-ayat Al-Quran yang kite bace, walaupun ade saintifiknye, sejarahnye, hukum-hukumnye etc; sumenye leh disinopsiskan as MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.. simple je point die, but luas maksudnye..
4. Rehat btul-btul ialah MATI
5. Ukhwah sefikrah kna kuat luarbiasa. Tak kira la kita dari “kereta” yang berbeza, tapi matlamat kite sama. Maka, kuatkan ukhwah antara muslimat yang sefikrah dan ajak yang tak sefikrah untuk sama-sama naek mana-mana “kereta” untuk pi ke destinasi yang sama. Jadikan mereka sefikrah..
6. Lahirkan pejuang yang haibat. Kite tak nak pemuda yang sia-sia. Kite nak mujahid/ah yang SEORANG=1000 ORANG PEMUDA BIASA (kerja kena bersungguh-sungguh r)

9pm, Padang depan Muzium Shah Alam


Padang depan tempat karnival

“Karnival Kebudayaan: Belia & Komuniti” bermula.

Ade persembahan nasyeed oleh kumpulan-kumpulan yang feymes gak la (Saff-one, Algebra, etc). Tapi tak tengok pom, sibuk merayap dengan Yam kat gerai-gerai yang bes. Yam macam biasa: tertarik dengan buku. Ana lak? Hehe, tertarik dengan t-shirt labuh, teddy bears, stuffed toys yang gebu-gebu and lembut, jaket FIDAK 2015, MAKANANs, tudung-tudung bidang 60 yang takleh dapat kat Kuantan and Penang (Ntoh kenapo. Tak jumpo lak) and MAKANANs.

Forum pun berlangsung. Ade Erma Fatima. Depa membincangkan isu Seni dalam Islam. Obviously memang banyak. Tapi………. Takleh nak cite sebab………… ana duk ngn kak yong at satu sudut kat padang sebab nak wat sharing moment. Memang banyak cite ngan kak yong. Nak cite kat cni? Mmmmmmm..

Dah pukul 12 am, kami berempat (ana, yam, Kamilah and kak yong) makan donat suap-suap atas padang. Manisnyaaaa donut (macam donut Big Apple, tapi Muslim punya produk).. Ana rasa, manisnya tak la banyak mana pun, tapi kami bertemu dan bersama di atas jalan dakwah, tu la yang menambahkan lagi kemanisannya………… MISS DAT MOMENT, GUYS! Comot-comot belako..







Kak Ira yang pemalu..













Kamilah yang sempoi..













Kak yong.. macih!!













Yam, wakpo tuh??








28 Disember 2008, tempat Karnival.. lagi


Tak habis lagi carnival. Tapi kami balik jugak ke umah Yam at Klang during noon..
Tapi, sebelum balik tu, kak yong dah atas flight untuk balik ke Sabah meset ana sebab mintak tolong simpan jaket dia yang tertinggal kat kaunter check-out SAMTAJ. No halnye, tolong simpan je kan. Tengok-tengok, die suh amik terus! Terkejut!! Jaket tu dah la mahai, beli kat Jepun lak tuh! Ya Allah.. memang tak nak.. malu nak terima.. (sekarang dah seminggu mintak alamat kak yong sebab nak pos.. tapi bliau tanak bagi alamat gak…………….. Syukran kak yong.. dah pakai hari ni untuk pi kelas.. musim ujan kat pantai timur ni, shejuk gilerrrrr.. rasa cam kat obersea lak.. ramai yang ske sebab labuh and menutup aurat. Alhamdulillah, FIDAK 2015, cam nampak dah bibit-bibitnye di UMP! InsyaAllah……)

Salah seorang student yang kesejukan memakai jaket kak yong (pura-pura kat obersea)

Pulang

Sekarang baru ana faham erti : BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH. Rindu kat akhwat yang sentiasa tolong dan membantu bila ana share masalah. Ramai kalao nak listkan kat sini. Ana sentiasa doakan perjuangan kita sentiasa dalam redhaNya dan dipermudahkan segala urusan.

Maasslaamah..

1 Responses to Perhimpunan Karisma Nasional 2008 (PKN08)

  1. Sengal Ubi Says:
  2. Salam. Hari tu Bro Dayat ada ajak pergi. Tapi jauh sangat Kajang dengan Shah Alam tanpa kereta. Salam Maal Hijrah untuk kak. Boink kejap letak perkataan gigih di link itu. Hehehe~

     
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget