TaskForce: New Year

Posted by Syafarah Sunday, January 4, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

30 Disember 2008, Bilik senirik at UMP

Ana bajet Karisma ade taskforce kat Kuantan. Tapi kak Hamnah and kak Salwa lak tak sure. Kak Salwa oyak, Task Force kat KLCC je. Mm, maka ana tanyo ustaz Zuridan lak. Alhamdulillah, ustaz setuju bagi kerjasama untuk wat taskforce kat Kuantan (bukan under Karisma pun takpe la, asalkan kite wat gak misi dakwah task force ni).

31 Disember 2008, lepas Asar, bilik Ustaz Zuridan

Prepare flyers with ustaz ngan Diey.
Kitorang deside nak pinjam DauratusSakinah's words: "ANDA BIJAK JAUHI ZINA!" then ellaborate la apa-apa yang relevan. Simple je wat. Dah tak sempat nak wat cantik-cantik. Mesej tu yang penting kan..
Kami (ana with Diey) fotostat 2000 kopi flyers. Baru 1000 kopi, dah amek sejam, 5pm-6pm.. huh..

Maghrib, Bilik ustaz

Kami gilir-gilir, ana solat maghrib kat sejid (sebelah Pusat Islam merangkap opis ustaz), Diey balik siap-siap dolu. After maghrib, ana teruskan copying sambil tunggu Diey balik sini.
Ana balik bilik lame sangat pas tu, kol 9 pm, muslimat UMP dah abis potong. Dazat r korang!

"Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan 2009

Semoga anda diberkati Allah
Kami mengajak anda bersama-sama menghayati erti hijrah!
Marilah berubah dan berhijrah ke arah KEBAIKAN

Anda bijak jauhi ZINA!
Anda bijak jauhi ARAK!
Anda bijak jauhi DADAH!
Marilah berhijrah
Dari MAKSIAT kepada IBADAH
Dari MENDEDAH AURAT kepada MENUTUP AURAT
Ingatlah, AJAL boleh datang pada bila-bila masa
Mahukah ANDA MATI dalam keadaan BERZINA? MINUM ARAK?

BERHIJRAHLAH!"

11.45pm, Masjid UMP

Menunggu masa menuju ke medan perjuangan. Tak sabor-sabor! Tapi, memang nampak muko-muko muslimat yang cuak. Same here. Takut-takut respon yang diberi masa bagi flyers tu menyeramkan. huhuuuu.. (Mak suh pi and balik ramai-ramai)

1 Januari 2009, 12.15am, dalam keta pakcik Suffi depan padang MPK

JAM.. JAM.. Roadblock?? awat la tym-tym ramai ummat jugak la ade roadblock. Buhsang menunggu.

12.30am, Esplanade, Kuantan

Ustaz bagi taklimat. Suh kami betulkan niat, lillahitaala, niat nak ajak saudara-saudara kita ni untuk berhijrah ke arah kebaikan. And, jagalah keselamatan.. Muslimat terlalu ramai, muslimin sket....

Yosh!!!!!! Nak start dah~ Kumpulan muslimat dibahagi kepada 2 and setiap grup diescort muslimin + ustaz Zuridan + geng-geng badminton ustaz (tak caye r ustaz terer maen badminton!).
Kami istighfar banyak-banyak untuk betulkan hati sebelum bergerak. Mintak Allah permudahkan urusan and takde kejadian-kejadian pelik berlaku.

Memang banyak la ragam saudara kita kat sini..

1. Mat-mat motor
- bawak awek seksi kat belakang
- umo?? Alahai.. adik-adik...... mude lagi, sayangnye dilenturkan jadi camni
2. Groups
- sorang pempuan, jalan-jalan dengan 4 orang lelaki.. tak takut ke? bile-bile je maruah leh malayang, cik kak..............
- lepak-lepak tengok orang.. banyaknye mase korang.. tak ingat kat saudare kite kat Palestine ke? menung la lagi.....
3. of kos, KAPELS
- bawak anak orang jalan-jalan
- sembang tah hape-hape (tunjuk-tunjuk bangunan, langit. Mungkin berasa takjub dengan ciptaan Allah kot. Husnudzhon sket ;p)

Lepas dapat flyers, alhamdulillah, depa baca, tak buang terus. Setakat kami kat situ, tak jumpe lak flyers berterabuq kat lantai ke, sepah-sepah kt tepi tong sampah ke.
Ana tak kate ana baek, tapi ana ade approach sorang girl ngan mat-mat motor nih, then cakap "Selamat tahun baru" sambil usap badan die. Die cam terharu kot.. ntoh le.. doakan die and laen-laen grab hidayah Allah..

12.50am, Teluk Cempedak

Astaghfirullah................. lagi dazat keadaan cni!! Takut seyh!! Grup kami yang leh gerak 2 orang, 3 orang masa kat esplanade, terpakse gerak berlima-lima or lebih sebab keadaan yang agak threatening dan tak menyelesakan kami.

Ragam-ragam:

1. Shufflers
- bising + bingit
- daripada terhenjut-henjut tak tentu arah, baek la korang menghenjut tenaga untuk Islam
2. KAPELS
- erk, sini lagi bahaya.. pantai yang gelap, pokok-pokok yang banyak, kat titi yang panjang nan takde orang nampak, macam-macam ada.
Ada muslimin nampak pompuan KENCING kat titi tuh (btul-btul cam dalam toilet)!! Astaghfirullah.. mane sifat MALUnye?? Kite yang muslimat duk dengaq ni pulak tolong malu untuk die.. huwaa.. maluu..
3. Sexy mexy
- "wow!" tu je mampu terkate (kalo ana laki laa)
- sexynye macam rase ana kat Hollywood. Cube nak sangka baik "non-muslim kot", ana pun bagi salam, ape die jawab? "Waalaikumsalam". SAHIH! MUSLIMAH! takpe, ana bagi je flyers. Dia siap shake hand lagi. Softskillnya tinggi. Doakan semoga dia berhijrah..
- sexy-sexy ni baek je layan kitorang
4. Muram durja oleh akak-akak yang tak bertudung YET
- ala, akak-akak ni muram lak. Cam tak ske lak kami bagi flyers. Takpe, kalao muram, means die terase, so, iman die masih ade lagi, insyaAllah..
- "akak, dah dapat flyers ni ke?" kami menyoal. "Dah, assalamualaikum," memek muke die cam menyampah kat kami (ke memang muke die camtu..mm..) die perli ke, serius ke, ntoh le. Kami pun jawab le "waalaikumsalam"
5. Flirters
- ramai muslimat pi taskforce comey-comey belako. Ade la suara-suara "Aiiii, takkan bagi kertas je, no fon takde??".. hahaaaa, muslimat juniors yang 1st year yang takde pengalaman camni tersipu-sipu dibuatnye. Ilek je dik, depa maen-maen je tuh. Kalo nak bagi no gak, dik bagi no abang ke, ayah ke, tak pun no lecturer dik yang paling banyak cakap, berdesing telinga diorang kna ceramah nanti.
- "kami nak lagi (suare manje)". erk.. tatau nak respon apo. Kalau bagi, cam menyahut seruan gatai mereka. Kalau tak bagi, nanti mungkin depa nak bagi kat kawan depa lak. So, wat-wat tak dengar dan berlalu pergi.
6. Serious
- Ade yang ngan muko serious mintak flyers. Alhamdulillah, ade yang serious nak bagi kat kawan-kawan depa.
7. Helpers
- haaaa.. ni kes dak-dak UMP yang terserempak dengan kami and nak tolong sebar flyers. (ade ikhwah Karisma yang tak join taskforce tapi terserempak kat TC. Dia tatau ade taskforce rasanya)

3.45am, depan McD TC

Kami tak makan kat McD. Ayat mantan YDP MPP UMP yang join skali "Palestine sedang merana di sana.."
Alhamdulillah, misi kat TC kami dah dilangsaikan. Tinggal lagi 500 flyers rasanya untuk sebaran dalam UMP lak, insyaAllah.

4am, Restoran Taj

Kami melantak roti telur, roti canai and air panas-panas (shejukkkkkkk. Ana dah le tak bawak jaket. huhhh. Tapi ade je muslimat order air ais.. burrr).
Waiter restoran tak caye kami order 10 keping roti telur. huahua..

5.30am, Tempat Parking Keta Masjid UMP

Kami dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ngantuk.. pas Subuh, tak sempat nak wirid-wirid panjang, ma'thurat.. terus BOOMMM.. tdooo~~~~

"Assalamualaikum, selamat tahun baru!"

Tu la ayat kami pakai untuk tackle sedara-sedara kita kat Kuantan and TC.
Muslimat UMP baru bukak mata pas kuar malam tuh. Selama ni duk dalam UMP je malam-malam, sampai tak tau realiti ummat sebenar. Kami tak sangka sampai kritikal keadaannya. Personally, mindset ana masa sebelum datang Pahang: orang-orang Pahang WARA' (sebab pakcu ana orang Pahang and memang wara')
Tapi..........meleset malam tu.................

Pakcik Suffi cakap kat kami: "tu belum KL lagi tuh.." beliau orang Ulu Klang..

TaskForce: Valentine's Day

InsyaAllah, kami akan wat lagi.. tapi, Karisma pun nak wat, UMP pun nak wat....... Mmm, kite tengok la camna. Kalau leh bergabung, lagi MANTOP, insyaAllah..

Maassalaamah..

6 comments

  1. Dyat Says:
  2. salam.
    bagus ye korang...
    tahniah2...

    malam tu belum kul 10 ak dah 4 flat tido.
    tak sedar malam tahun baru...
    hoho

     
  3. salam..

    hoho.. valentine's day nnt, join la taskforce gak..

     
  4. alonq_exe Says:
  5. Assalamualaiku.
    Oh, menarik jugak program korang yek. Tak pernah terfikir kat uni2 ada program camni.

     
  6. waalaikumsalam..

    alhamdulillah, sekarang ipta msia cuba propel mencapai kampus yang mengamalkan syariah. dakwah adalah priority utama kami, n akademik adalah jalan menuju kecemerlangan dakwah. mardhatillah adalah tujuan km :)

     
  7. sunshine Says:
  8. caparah..i add u as my fwen kat blod i taw..hihihi..

     
  9. sala,
    suhshine, macih2!!

    km add hmp gk!

     
bookmark
bookmark

ShoutMix chat widget