Peringkat-peringkat.. Macam Distillation Column lak..

Posted by Syafarah Wednesday, February 11, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Tempat Kejadian: Makmal Pilot Plant FKKSA, UMP
Tarikh: 9.2.2009 (Isnin)
Waktu : 3.40pm

Syafarah: Assalamualaikum.. encek, encek ade beskal tak?

Encek 1: Nak watpe?

Syafarah: Nak pinjam bawak gi bilik sat. Conclusion tak print lagi. tercecer kot..

Encek 2: Takde la.. ade orang pinjam..

En. Zaki (a.k.a en. Senapi): 'Free Palestine' (sambil matanya melirik ke arah badge 'Free Palestine' di tudungku).
Cube awak terangkan kat saye, macammana nak bebaskan Palestin kalau Yahudi masih ada di sekeliling mereka sekarang..

Syafarah: (besnye cakap pasal bende bukak minda camni) Mmm, encek,:

7 Marhalah Tarbiyah

1. Tarbiyah Diri Sendiri,
- Perbaiki diri untuk menjadi mu'min terbaik. Meningkatkan amal, mengerjakan amalan soleh, tahu matlamat ditiupkan roh kepada kita, memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang baik, berintelektual, keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,nmenjaga waktunya, teratur hidupnya dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

2. Membentuk Baitul Muslim,
- Setelah berusaha mentarbiyah diri sendiri, hendaklah memilih pasangan yang bakal menjadi sayap kiri perjuangan di jalan Allah ini. Adab-adab antara suami isteri dan ahli keluarga terjaga, segala sunnah diangkat, kasih saying dipupuk dan sebagainya. Daripada pasangan yang bertaqwa itu, dapatlah bersama melahirkan generasi pelapis yang mampu mendukung tugas dakwah ini.

3. Membentuk Masyarakat Berpandangan Islam,
- Islam disebarkan kepada masyarakat. Dakwah dilaksanakan dengan amal ma’ruf, nahi munkar. Masyarakat dididik untuk untuk mengikut prinsip dan landasan syariat. Hiburan-hiburan yang melanggar sahsiah (akhlak) Islam ditolak dan seterusnya hiburan berlandaskan Islam dikembangkan. Perkara-perkara ma’ruf ini berlanjutan untuk menjadi dominan dalam masyarakat dan diamalkan dalm kehidupan seharian.

4. Negara Islam Sebenar,
- Mewujudkan Negara Islam sebenar (yang diiktiraf oleh ulama’, bukan syok sendiri kite mengiktiraf negara sendiri) dengan menerapkan unsur-unsur Islam dalam politik, ekonomi dan sosial

5. Negara Islam dalam Pemerintahan,
- Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
- Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
- Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6. Sistem Khilafah,
- Mengembalikan system khilafah yang jatuh pada 1924 dalam zaman kerajaan Uthmaniyyah.
- Menyatukan semua umat Islam di bawah satu khalifah.

7. Ustaziyatul Alam,
- Penyebaran dakwah di seluruh ceruk rantau dunia, walau di kutub utara sekalipun. Pastikan Islam di mana jua.
- Semua al-Din keseluruhan adalah milik Allah.

En.Zaki: ye ye, yang tujuh peringkat tu kan.

Syafarah: yup, encek. Walaupun lambat prosesnye, tapi kite tetap kena berusaha untuk Islam. InsyaAllah, bila tiba generasi akan datang, dunia di bawah naungan Islam kembali dan Palestin akan bebas dari cengkaman Israel.

En. Zaki: Haa, dalam marhalah tarbiyah, ade pasal khalifah kan? Apekah pandangan awak bilamana dulu, kite ade 5 sistem khalifah kat Malaysia, tapi sekarang tinggal 4. Camna tu?

Syafarah: (faham dah ape die cube sampaikan sebenaqnya) Erk, encek, bukan khalifah sorang je ke?

En. Zaki: ala awak ni. Saya bagi simboliknye je. So, ape pendapat awak?

Syafarah: mm, pasal isu Silver di Malaysia ek.. mm, saya rasa __(Perlu dikosongkan supaya ana dapat habiskan 3 semester lagi kat sini. Nanti tak pasal-pasal kena tendang U. Antum ‘pikir la seniri’ ape yang ana cakap kat encek Senapi a.k.a encek Zaki)______. Sejak 1961 lagi ______________________________ Sekarang tak boleh gaduh-gaduh lagi. Kedudukan belum kukuh..

En. Zaki: Saya maroh ni pasal isu kat silver tu.. (tapi muke die senyum-senyum. Comel, ade lesung pipit)

Encik 2: Sabor, sabor (usap belakang En. Zaki)

Syafarah: Encek oghe Qlate kan? Rilek la sebab Qlate kan dah menang..

En. Zaki: Saya orang Besut

Syafarah: Ooooo, la, ya ka.. (patut la cam Qlate jo keceknyo, duk kat sempadan Qlate-Ganu ghopenye).. Patut la encek geram sangat. Huhuuu.. Eh, tapi, kalau encek camni, camna Ganu leh jadi camtu?

En. Zaki: (cuba menjawab, tapi disampuk oleh Syafarah)

Syafarah: Oooo, kalau 1000 orang macam encek Senapi (ana panggil bliau ‘encek Senapi’ sebab die gemor panggil student ngan namo lain-lain. Kadang-kadang panggil Maria, Rozi, Aishah, dan lain-lain nama lah. Huhuu. So, in return, ana panggil balik ngan nama lain: SENAPI.. sedap!), baru boleh menang kat Ganu..

En. Zaki: (angguk) Btul, btul.. Bagus jawapan awok.. Mm, ade blog tak?

Syafarah: (Fikir.. nak hantar balik blok untuk printing tu ke?) Erk, C8.. eh, bloG ka bloK, encek?

En. Zaki: BloG..

Syafarah: Ooo, ade (bagi la alamat.. laptop kat depan die je)..

En. Zaki: Ni alamat saye .. kat komen awok

Syafarah: Eh, encek, ade beskal tak?

En. Zaki: Saya mana ado beskal

Syafarah: (Boing kejap…….. huwaa, ingatkan encek ade beskal..huhuuu) K lah encek, nak cari beskal lagi…..

Ending: Alhamdulillah, dapat rembat beskal sorang JP (Jurutera Pengajar) .
Bawak laju-laju (nak cepat) dan ketika menuruni bukit ,dengan konfidennya tekan brek kanan, ark!!! Takde wayar sambung ke brek!! Tekan brek kiri cepat-cepat.. dan almost ter’wheely’ 360 degree kat depan orang ramai (semua student LAKI.. MALOOOOO).
Alhamdulillah tak jatuh. Tapi, malu leee.. “ok ke?” salah sorang dak laki yang ramai-ramai tu tanye.. “ok, ok”.. tak leh nak kate ape doh.. malo sangat.. Sume tengok senyum-senyum. Huhuuuu..

Kesimpulannya,

Hayatilah 7 Marhalah Tarbiyah. Kite same-same support each other untuk same-same menuju ke matlamat yang same.. MARDHATILLAH..

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget