Tenanglah wahai hati..

Posted by Syafarah Friday, February 6, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Waktu cuti mid-sem

Masa cuti mid sem yang lepas, sempat baca alhamdulillah 4 buah buku:

1. "Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya - Satu Sorotan Sejarah 1917-1948"
Dr. Hafidzi Mohd Noor

2. "Kisah 25 Rasul : Siri 1"
(Tak ingat nama penulis. Pinjam kat library)

3. "Ikhwanul Muslimin Yang Saya Kenal"
Dr. Mahmud Jami' (pinjam jugak)

4. "Penenang Jiwa" (tak habis baca lagi)
Imam Al-Ghazali

Sinopsis setiap buku?

SHARING IS CARING rite? So, ana share buku 1 dulu.. Nanti insyaAllah kite share lg bile-bile ade kesempatan.


Book 1st: "Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya"

Mesti dah ramai baca buku ni. Kepada yang nak beli, buku ni RM10 je. Siap ade ratio untuk diberi kepada saudara kita kat Palestin lagi. Tapi, ana cadangkan antum beli la buku ni sebab sarat dengan fakta, so it can be a reference if you need some.

Dalam pendahuluan, menceritakan mengenai kemenangan HAMAS yang mengejutkan (espesially US, duh~) pada 2006. Macam biase, US tak mengiktirafnya seterusnya menarik balik pelbagai bantuan ke Palestin yang bernilai puluhan juta USD.

Pada 1017, kota Baitulmaqdis berjaya ditakluk oleh Lord Allenby.

Selepas Perang Dunia Pertama, British mendapat bekas tanah jajahan Jerman dan Turki (Termasuk Palestin, Iraq dan Transjordan) pada 1917. Inilah peluang yang dinantikan oleh Zionis. Selepas itu, Deklarasi Belfour ditandatangani untuk menggalakkan Yahudi berhijrah ke Israel besar-besaran. Penghijrahan Yahudi berlaku dan wujudlah bagi diorang "Jewish National Home- Negara Yahudi".

Banyak lagi rentetan berlaku.. Hinggalah pada tarikh 15 Mei 1948, secara rasminya Israel negara tertubuh dan berlaku keganasan dan penindasan oleh Zionis ke atas penduduk Palestin. Semua negara-negara Arab hantar tentera untuk membantu saudara kita. Tapi atas tekanan British, tak jadi dan menarik balik tentera-tentera. Ikhwanul Muslimin (IM) pun ade hantar 10000 orang pemuda gagah yang berani berjihad dijalanNya. IM pun terpakse menarik balik tentera-tentera kita (kita?? cewah).

Banyak lagi ada, kalau nak tahu, beli dan baca :) . Ade appendiks yang menunjukkan Fatwa ulama Palestin pada 1935 mengenai penjualan tanah kepada orang Yahudi, ade peta Palestin pada 1947, 1949 dan peta kesan daripada Resolusi 181 PBB, dan macam-macam lagi.

In a nutshell,

Kita mesti tahu sejarah supaya menjadi pengajaran. Sebagai muslim, kita mesti ambil peduli mengenai isu saudara kita di Palestin. Yakin dan pasti, akhirat akan menjelma, Mahsyar tempat penghakiman. Takut nanti bila turn kita dijudge Allah taala, saudara Palestin datang tuntut kat kite sebab tak buat ape-ape untuk bantu diorang.. nauzubillah daripada kita termasuk orang-orang macam tu...

Sekarang kita dapat lihat, apabila genjatan senjata telah dijalankan hampir 2 minggu, kekecohan yang timbul sejak 28 Disember 2008 reda seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Kobaran semangat di jiwa seolah-olah padam dalam sanubari masyarakat sekeliling lantaran keadaan yang dah kembali aman (aman ke??) di Gaza.

Come on la, this is unsettled until it is settled. Kita tak boleh duduk bersenang lenang selagi Palestin 100% tak dikembalikan kepada Islam. Pendatang haram mesti diusir!

Truskan boikot. Truskan berdoa. Truskan berusaha untuk menjadi mujahid/ah. Truskan cakna dengan isu Islam. Truskan menjadi sensitif terhadap perkara yang dianggap kecil namun boleh merosakkan susu. Truskan istiqamah. Truskan PERJUANGAN!

1 Responses to Tenanglah wahai hati..

  1. Anonymous Says:
  2. so,,awak dah bersedia menghadapi marhalah kedua??baitul muslim?

     
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget