Ingin Menjadi Sayap Kiri Mujaheed Seperti Mus'ab.. (layak ke ana ni??)

Posted by Syafarah Wednesday, February 4, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Nak kawennn

Selalunya ni la kata-kata yang dituturkan sahabat-sahabat ana kt sini bila tak larat buat PSM, assignment, tests and final. Tapi, membuatkan ku terfikir..... DAH READY KE?? Dah ade cukup ilmu dan bekalan untuk menjadi sayap kiri perjuangan suamiku? mampukah ku melahirkan para mujahideen dan mujahidat yang sanggup MATI di jalanNya? mm.. honestly: ............. NO. ilmu ana amat cetek. Amal pun kurang. Update blog pon jarang. hehe. (believe me, i'm trying. ada assignment nak kena hantar esok dan lusa ni. boleh lagi update.. usaha!! jangan malas!).

Imanku menurun

Ana tersedar iman menurun (alhamdulillah sedar. kalau x?? ke mana la ilangnya diri ni) atas 'sebab-sebab yang tak dapat dielakkan'. Ana tercari-cari di manakah sumber penaik imanku.. ana bace buku karangan Imam Ghazalie 'Penenang Jiwa'. Berkesan (insyaAllah ana hurai kat post laen)! Lagi? Nak sembang dengan kak CT, tapi nombor Kak CT (naqibah kt penang) hilang sebab tukar handphone. Nak jumpe kak Hamnah (co-naqibah kat Pahang), malu la pula nak nyusahkan die. Lepas luah kat akhowat, still rase iman ni x naik mencapai set point yang menenangkan jiwa. So, I turn to the wonderfulness of internet. huhu. Tertarik untuk klik kat alamat website zaujah senior ana.

Tetibe, terjumpe post "AL-Hubb".. ana baca............ tanpa kusedar air mata mengalir.. bukan sebab sedih, tapi sebab betapa kuatnya semangat jihad Mus'ab, betapa kuatnya cintanya pada syurga, pada rindunya untuk bersama ikhwah-ikhwahnya yang syaheed, pada janji Allah bagi para pejuang
agamaNya, macam-macam lagi la. Memang jauh dengan ana. Ana menangis sebab diri ni x mencapai apa yang Allah serukan pada Az-zariyat:56. Rase cam banyak sangat dosa. Rase cam ana ni hamba Allah yang tak bergune. Ana tak nak bertemu Allah dalam keadaan macam ni...................... Asyik lupe kat makna Ihsan tu sendiri..

Alhamdulillah, post 'Al-hubb' berjaya naekkan balik roh ana sampai sanggup buat post walaupun tak siap assignment lagi.. perjuangan wajib diteruskan walau sesibuk mana! Doakan istiqamah dalam mengislahkan diri ini.. WAKE UP, SYAFARAH!

Bace lah bersame 'AL-HUBB':

Al- hubb
“ Akh, ana begitu risau kalau mereka berjaya keluar dari tanah kita sebelum ana syahid,” Tutur pemuda berusia 25 tahun itu perlahan. Sahabat di hadapannya tersenyum kecil lalu menepuk-nepuk bahu sahabat karibnya diiringi pandangan mata yang bersinar cemerlang.

“ Baguslah, kita tak perlu lagi risau lagi akan hal keselamatan ibu kita di rumah, adik-adik perempuan kita, anak-anak kecil yang mungil,juga gadis-gadis solehah.”

“ Ahh anta ni! Bekulah darah ana kalau begitu.”
“ Berapa usia adikmu?” Tanya pemuda itu tiba-tiba, menukar topik bicara.
“ Yang mana satu?” Soal sahabatnya kembali.
“ Yang ana nampak minggu lepas,”
“ Oh…anta menyimpan harap?”
Pemuda itu tunduk malu diiringi senyum kecil.
“ Akan ana khabarkan pada umm ana,”

Saat itu aku terkesima mendengar perbualan itu. AllahuTaala. Aku terduduk. Berakhirkah usia gadisku? Lantas kusemak tubuhku, hatiku, juga penampilanku. Lantas aku bangun memasuki bilik menatap cermin yang separuh pecah di dinding rumahku. Menyesal aku berdiri di balik tabir itu tadi. Allahutaala….


“ Akh Mus’ab, sahabat abang minta abang katakan padamu, sekiranya kau sanggup hidup bersamanya selaku isteri seorang mujahid, menempuh kehidupan yang payah dan susah, dan tidak mengharapkan kesenangan apabila hidup bersamanya nanti, terimalah pinangannya. Tapi jika kau tak sanggup, berterus-teranglah menolaknya.”

Suara abang menjalari telingaku. Sangkaanku benar. Aku pilihan hati Akh Mus’ab. Umm di sisiku cuma diam. Aku pandang umm, kemudian aku tundukkan wajahku dihadapan abangku.

“ Umm, pemuda itu begitu lemah lembut, sentiasa mencintai masyarakat, sungguh merdu suaranya apabila membaca Al-Quran. Umm, selama Musytaha bersahabat dengannya, tidak pernah dia luntur dalam jihadnya Umm. Sekiranya umm bersolah di belakangnya, nescaya air mata umm berlinangan. Masjid mana yang tidak mengenalnya Umm? Dia pemuda dakwah dan jihad umm. Dia pemimpin kami yang tawadhu' dan zuhud.”

“ Adakah kau menerimanya, Ayesha? Bagaimana kata hatimu?” Soal abang kemudian.

Aku tetap tunduk. Begitu memikat gambaran peribadinya. Menikahinya bermaksud aku menikahi perjuangannya yang tak pernah padam. Dia pemuda pinggiran Kota Selfit. Seluruh warga Selfit mengenalinya. Betapa Allah telah memilih pemuda yatim itu untuk memperjuang hak DeenNya.

“ Kau akan selalu ditinggalkan,” Kata abang lagi.
“ Lekas, katakan sesuatu Ayesha,”

Terusku tunduk. Malu pula rasanya.

Kenduriku begitu ringkas. Aku tersipu malu menatap wajahnya yang jernih. Di dahinya tercaret garis-garis lintasan jihadnya untuk rakyat Palestin. Maha Suci Allah menemukan aku dengan pemuda semulia ini meskipun aku tahu, betapa aku lemah dalam amalku. Meskipun telapak tangannya kasar, namun sentuhannya sangat lembut. Oh Allah, bagaimanakah peribadi Rasulullah? Pastinya tersangat hebat sehingga menawan hati para sahabat mahupun musuh.

Malam pertama bersamanya yang aku lalui menjadi saat terindah dalam hidupku. Dia menemaniku bermula selepas ‘Isya sehinggalah Subuh menjelang. Dia menasihatiku agar patuh kepada suami yang mengajakku kepada Allah serta menghadiahiku nasihat-nasihat untuk menjadi isteri seorang pencinta syahadah.Dia menghuraikan kepadaku tafsiir Surah AL-Asr karangan Syed Qutb yang kau sebut selalu. Aku tahu, detik-detikku bersamanya tak kekal lama, dan dia akan pergi di awal usia perkahwinan ini. Namun aku pasrah, inilah kehidupanku.

Maka bermulalah hidupku yang baru. Abangku sering mendatangiku tatkala dia keluar memenuhi tugas jihad. Abang menemaniku setiap kali aku takut keseorangan di rumah kecil kami. Abang juga datang dengan wajah yang berseri membawa bersama harapan jihadnya.

Dua bulan pertama aku kesunyian yang teramat sangat. Suamiku jarang bersamaku menemani solahku hingga aku berduka dan berteman air mata.

“ Zaujati habibati, di rumah ini adalah tempat abang memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah yang sangat abang rindui, yakni megahwinimu. Di masjid adalah tempat abang memenuhi hak masyarakat ke atas abang. Di medan lawan, abang perlu memenuhi hak tanah umat Islam ke atas abang. Ayesha, dalam doa abang, tak pernah abang lupa akan namamu agar Allah memelihara hati dan juga jasadmu. Abang sentiasa berdoa agar Ayesha sabar dan redha menerima kehidupan dunia yang menarik Ayesha selalu. Ayesha, kalau bukan kerana cinta, nescaya bukan dirimu yang menghiasi hidup abang.”

Mengalir air mataku mendengar bicara abang. Betapa aku memerlukan bimbinganmu untuk menjadi isteri yang harakiyyah. Betapa kau mencintai jihadmu lantas mengasingkan kita dalam saban waktu. Dari raut wajahmu, terpancar betapa deritanya pengasingangmu dari alam hakiki yang kau nantikan selalu.

Kalau dulu suamiku sering dikenali sebagai seorang ustaz di madrasah , tapi kini lebih daripada itu. Setiap manusia yang mengenalimu akan membicarakan tentang kerendahan hatimu, kesopananmu, kecintaanmu, kasih sayangmu, juga ketinggian akhlaqmu. Kau benar-benar telah membangkitkan jiwa-jiwa yang lesu di kalangan pemuda sekitarmu dengan amal dan bicaramu. Kau bersungguh-sungguh mengobarkan semangat jihad menentang musuh Islam, lantas setiap pemuda yang kau jumpa kau sampaikan fikrah Ikhwanul Muslimin. Takku sangka, selekeh-lekeh pengajianmu yang hanya sehingga sekolah tinggi, kau tidak pernah merasa merendah diri. Malah, kau sasa ke Pejabat IM untuk memenuhi baiatmu. Kau benar-benar mencintai dakwah yang kini sebahagian daripada hidupmu.

Aku tersedar dari duniaku. Aku ialah isteri mujahid dan mujaddid. Kini, walaupun kau jarang berada disisiku, namun setiap detikmu dan detik bersamaku sangat berharga buatku. Abang Mus’ab mendidikku sehingga aku merindui Rasulullah. Malam yang kita lalui kau hiasi dengan tazkirah dan tazkiyyah. Meskipun abang Mus’ab tidak menghiasi tubuhku dengan rantai leher yang panjang, atau gelang tangan yang cantik, atau menyediakan rumah yang sempurna isinya, atau pakaian yang sepadan dengan hijabku, atau membawaku mengunjungi taman dunia yang indah, namun peribadimu cukup membahagiakanku dan masyarakat sekitarmu. Kau bawa aku pergi jauh dari ibuku, namun aku tidak merasa terpinggir kerana kasihmu dilimpahi kasih Ilahi.

Biar masakanku terlampau masin atau terlampau tawar, dia diam sahaja tanpa sepatah kata, malah makan dengan senyuman dan memandang wajahku tanpa aku mengesani apa-apa pun. Biarpun aku terpunahkan hartanya, langsung tidak dimarahiku malah mengatakan, “ tiada apa yang kekal di duni ini, isteriku. Abang memaafkanmu,” diiringi senyuman mempesona sanubariku.

Walaupun kau tidak berkesempatan menemani anak di dalam kandungan pertamaku ini, namun ada air mata yang memohon maaf dariku. Bersungguh-sungguh kau memintaku memaafkan serta meredhaimu akibat kesibukanmu selaku pemimpin HAMAS Tebing Barat. Kau sentiasa diburu lawan dan didampingi kawan.

Kau keluar di dhuha hari bersama harapan jihad dan kau pulang bersamanya jua. Keruntuhan kesedaran jihad di kalangan generasi muda Palestin akibat gambaran musuh yang hebat umpama bala setinggi gunung hebat yang mengejar langkahmu. Tidurmu sering diganggu dengan panggilan sahabat-sahabatmu, rehatmu hanya ketemu dalam solah dan munajatmu. Masa lapangmu cuma di dalam bilik bertirai besi bersama sahabat-sahabat yang menyumbang kekuatanmu. Namun, sejarah kehidupanmu menjadi penghibur rinduku. Kau ajarku hakikat pergantungan dengan Allah, kau didik hati wanitaku agar berhibur dengan ayat-ayat Allah, dendanganku adalah selawat ke atas kekasih utamamu, Muhammad Rasulullah. Kau sentiasa memintaku untuk bersedia menghadapi seribu tekanan dan cubaan menjadi isteri jundullah.

“ Apakah Ayesha khuatir setiap kali abang keluar berjihad?”
“ Ya abang. Ayesha risau seandainya itulah kali terakhir Ayesha mendapat tarbiyyah dari abang,” Kataku perlahan memandang anak matanya. Air mataku mengalir perlahan.

“ Ayesha, jihad abang sedikit pun tidak mengurangi usia abang di dunia ini,”. Lantas, abang Mus’ab memelukku erat penuh kasih dan sayang.

“ Apalah ertinya hidup abang kalau abang tidak turut berjihad seperti abangmu? Kita dijadikan untuk mati di jalanNya”

Kini anak kita sudah 2 orang, abang. Anak-anak ini begitu baik, sehingga aku senang sekali melakukan kerjaku selaku umi dan isteri. Anak-anak ini selalu abang usap kepala mereka sambil melafazkan hajatnya.

“ Waladi, abaa mendoakan agar kau membesar di bawah tarbiyyah ibumu yang akan mendidikmu dengan tarbiyyah imaniyyah hingga kau mengerti jihad itu indah. Maafkan abaa kerana jarang bersamamu. Abaa bukan milikmu waladi, tetapi abaa milik HAMAS dan rakyat Palestin.”

“ Ayesha, mari sini sebentar. Tinggalkan kerjamu , kalau berkesempatan, akan abang bantu dengan tulang abang sendiri,” Abang Mus’ab memanggilku lembut. Aku yang sedang mambasuh pakaian di pinggir rumah lekas mendatanginya.
“ Ada apa abang?”
“ Duduklah isteriku,” Aku duduk bersimpuh di hadapannya. Kandunganku sudah memasuki bulan kelapan. Sarat sekali diriku, tetapi aku tersangat gembira kerana mengandungkan anak seorang insan soleh dan musleh.

“ Ya Ummal Muttaqin, adakah selama kita hidup bersama, pernah abang menyinggung hatimu dengan kata-kata atau sikap abang? Berterus-teranglah, usah menyembunyikan silap abang agar abang senang berdepan dengan Allah kelak,”
Terkesimaku untuk beberapa waktu mendengar kalam abang. Lembutnya katamu, indahnya susunan perkataanmu. Abang, aku bersumpah, tiada sekali aku tersentuh denganmu.
“ Tiada ya abaa Mu'tasim, semua yang abang tindakkan di hadapan Ayesha dan anak-anak kita adalah gambaran Surah Az-Zariyyat ayat 56, dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu,”

“ Abang minta maaf seandainya selama 4 tahun kita hidup bersama, banyak hak-hakmu selaku isteri yang sangat baik kepada abang gagal abang penuhi. Ayesha isteri yang sangat taat, tidak pernah mencampakkan rasa resah dalam jiwa abang. Jazakillahkhairan Ayesha, semoga dengan pengorbanan ini Allah merahmati Ayesha sehingga kita bisa bertemu di akhirat,” Tuturnya lembut sambil mengusap rambutku. Sentuhannya yang penuh cinta itu sehingga aku berat sekali melepaskannya pergi.

“ Ayesha pun tahu betapa abang merindui syahadah, agar abang menemui pemilik hati abang dalam keadaan puas dan bersih. Betapa besarnya ganjaran untuk para syuhada’ dan seandainya abang syahid, abang akan terus hidup di sisiNya. Abang kini resah menahan rindu untuk menemui sahabat abang yang telah mendahului abang, iaitu, abangmu sendiri, As-Syahid Musytaha, dan As-Syahid Adil Haneya. Rindunya abang….”

“ Indahnya syurga yang telah Allah gambarkan dalam Quran untuk para syuhada’ dan muslihiin. Salaman-salama, dengan air sungai yang mengalir di bawahnya, betapa indahnya!!”

“ Abang tidak pernah lupa pesanan abangmu terhadapku, iaitu sabda Rasulullah yang berbunyi sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayang-bayang senjata,”

“ Abang, meskipun betapa tinggi rindu abang pada mereka, namun betapa Palestin merindui kemerdekaan dari Zionis Jahanannam. Andai abang syahid, tentunya Ayesha dan anak-anak akan terus merindui didikan dan terguran abang. Ayesha harap abang akan syahid setelah abang telah mengajar Ayesha erti perpisahan yang hakiki,”

Perbualan kita pada malam itu mencampakkan dalam hatiku untuk mengatakan bahawa kita takkan bertemu mata lagi untuk tempoh yang panjang dari saat ini. Aku merasai perubahan pada dirimu. Aku menyaksikan abang menangis dalam solah dan doanya. Aku dengar bicara doamu di tengah malam sepi tahajjudmu. Betapa abang merindui syahadah dan mengharap agar Palestin ketemu perubahan. Yang paling membahagiakanku ialah apabila abang mendoakan kesejahteraan iman dan taqwa untukku!! Abang juga kini menjadi bualan para Zionis. Rumah-rumah diserbu untuk mengesani jasadmu.

“ Abang akan syahid setelah tubuh abang dicarik-carik bermandi darah,”

Pagi itu aku dengar sorakan dan laungan pedih rakyat Palestin. Aku didatangi ibu yang bermandi air mata. Ibu memelukku erat bersama anak-anakku. Aku memandang anak ketigaku, usianya baru sebulan setengah. Anakku, kau belumpun mengenal siapa abaamu….. Aku akan kenalkan anak-anakku dengan sejarah suamiku. Lantas, senyummu, sentuhanmu, didikanmu, bicaramu, tawamu, air matamu juga suaramumu menghujani bayangan mataku. Usiaku baru 25 tahun, namun bagiku, tiada sesiapa yang menyamai peribadi As-Syahid suamiku untuk membahagiakanku. Dialah penyuluh ke jalan Allah.

Rakyat Palestin menyaksikan pemergianmu abang setelah detikmu untuk bersamaku kau gadai demi perjuangan ini. Hari ini aku telah kehilangan seorang suami yang setia, ayah yang mahal, ibu yang lembut, rakan sekutu dalam susah dan senangku, juga seorang sahabat yang paling jujur. Namun abang tercintaku, aku belum kehilangan iman yang telah kau suburkan dulu. Setiap detikmu adalah pameran keimananmu yang amat mengaharapkan pertemuan dengan Allah.

Aku ingat janjiku untuk meneruskan didikanmu buat anak-anak kita, Muttaqin, Mu’tasim dan Muslihin. Abang telah berjaya dalam madrasah keluarga dalam mendidik isteri yang manja, dan anak-anak yang masih lemah ini. Kau telah turun ke medan dakwah sebelum kau sendiri bergelut dengan senjata dunia. Biarpun 7 kali disumbat ke dalam penjara, namun tak pernah kau undur walau selangkah. Kau anak yang baik terhadap ibuku, ipar yang bertanggungjawab terhadap adik-adikku, jiran yang bersopan terhadap masyarakat sekelilingmu, sahabat yang tawadhu’ di sisi perjuanganmu, pemimpin yang berkualiti terhadap anak didikmu, dan pejuang yang mukhlis yang memburu syurga Ilahi.

Saat ini aku merinduimu sebagaimana masjid-masjid di Selfit merindui tilawah dan khutbahmu. Aku pun tak menyangka kau begitu berperanan dalam perjuangan HAMAS selaku perancang, pelaksana, pemimpin briged, dan penganggu keamanan Israel. Kini, darah pemuda Palestin telah berkobar untuk menyusuri jejakmu. Indahnya peribadimu sehingga sahabat-sahabatmu juga merasai kehilanganmu.

“ Anakku, abaamu telah terkorban demi mengembalikan kegembiraan ummat Islam sedunia. Abaamu mendidik umm sehingga umm mencintai perpisahan ini. Muttaqin, kau perlu menjadi qudwah buat adik-adikmu dan manusia sekitarmu dengan mempamerkan peribadi Rasulullah dalam setiap detik hidupmu. Mu’tasim, kau mesti menghafaz Al-Quran dan memahaminya sebelum usiamu mencapai 11 tahun seperti ayahmu, dan puteraku Muslihin, kau adalah pendidik masyarakat Palestin agar mereka mencintai jihad dan dakwah. Tiba masanya, setiap dari putera-putera umm mesti turun memimpin manusia agar mengagungkan kalimah Lailahaillahllah walau di mana kalian berada, walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan darah kalian. Anak-anakku, kematian itu satu dan pasti, oleh itu biarlah kematian kalian dalam kemuliaan. Saat itu kalian bukan lagi anak umm, tapi sepenuhya hak milik dakwah dan tarbiyyah.”

Kupandang anak-anakku dihadapanku. Setelah 12 tahun pemergian As-syahid umpama semalam baru berlalu. Itu hajatku buat kalian selaku ibu yang juga merindui pertemuan hakiki. Wajah Muttaqin mirip sekali wajah as-syahid, Mu’tasim pula pada mata dan suaranya sahaja, dan Muslihiin pula, seratus-peratus wajah ayahnya, umpama aku melahirkan Mus’ab kedua.

Tetapi kini aku sedikit gelisah, berjayakah aku mendidik mereka sebagaimana Kota Selfit telah berjaya mendidik as-syahid suatu ketika dahulu?

- petikan dari blog zaujah akh shuhairy (mantan ydp mpp ump 06/07)

2 comments

  1. Dyat Says:
  2. salam cik syafarah...
    dah daftar BDK '09?
    kalau belum, cepat-cepat daftar...

    Penulis buku 'kahwin' Ustaz Hasrizal datang.. hoho

     
  3. salam encik dayat,
    sudah alhamdulillah.. syukran jaziilan atas peringatan daripada anda.. diharap anda mengajak lebeh ramai lg dtg. kitorg dh ajak dak2 non-muslim dtg. hehe

     
bookmark
bookmark

ShoutMix chat widget