"Anda dikuarantin".. haaa??!! biaq btoi??!!

Posted by Syafarah Wednesday, July 29, 2009

salam sume..

__________________

Alkisah Demam Rindu.. eh.. Demam Virus

24 Julai 2009
Jumaat
6.30pm

Kak syikin: jom, teman kak skali cari kain baju nikah
Ana: ok.. (yeayyyyy~ jalan-jalan!)

sampai-sampai je ump kol 12.15am, masuk bilik, rebah terus nenong tdoooo.. tak tahan.. letih sangat badan ni.. pasaipa ntah..

25 Julai 2009
Sabtu
3.45am

terjaga.. kepala berat.. otak cam cair je, takleh gerak2, sakit.. rasa2 kat kapet dan lantai, perghh, HANGAT - "HAT FM, lebih HANGAT dari NERAKA" opss.. silap..

satu badan panas dan sakit + sengal belakang dan satu badan.. pas subuh, terus collapse..

9am

mandi.. burrrrrrrrr.. SHEJUK SANGAT2!!
pas mandi pon, badan panas lagi.. awat niiii (ana jarang bebenor nak kena demam nih.. kalo kena pom, xde la rasa camni.. cam laen ja)

10am

ke hulu ke hilir cari felo. nak pi klinik jugak2. nak dipendekkan cite, dapat la jugak cari felo then pi ke HTAA dengan anira dan ayu. (ayu tu nyebok jek..huh)

kerani: demam ye? sile ke situ.. (sambil tuding belakang tembok)

kami pon pegi la ngan longlainya.. MAK AIHHHH~

WUT??!! kami tak kena B1N1 la..

temapt park ambulen rasenye yang jadi tempat kuarantin etc H1N1 nih..

suhu ana kak nurse tu tunjuk: 38.3 derjah celcius.. (rase cam rendah.. tinggi ghopenye..hu)

1pm

hampes.. 3 jam kami ikot prosedur (99.87678% daripada tu kami gunakan untuk menonong tunggu giliran.. takpe, free je kan) kami hanya diberi ubat batuk, gargle (cuci mulut) dan PANADOL.. yup, diulangi.. PANADOL atau dalam bahse arabnye FANADHOL.. kami kalao tau oakai panadol je, tak payah la datang spital, wahai cik2 kak doktur sekalian..
"awak takde bintik2 kan? takpe, saye tak bagi antibiotik la.."

.. memang berjimat cermat kan?? berjimat cermat amalan muliaaaaa~ espeseli obat-obatann~ bior melarat, asal berjimattt~

26 Julai 2009
Ahad
3.30pm

ade usrah kat sejid. panas2 lagi badan, tapi tak sehebat semalam. pi dengan diey, bliau pon demam gak. tapi kami kunun2 dah sehat, tanak terima kenyataan yang kami ni tak termasuk gulungan sihat tubuh badan dalam muwasofat tarbiyyah tuh.

tapi, memang setan ni buat daripada api toi la. tau2 nak pi usrah, depa lagi duk kuat kasi panas sama gua. memang seme kate badan ana ni paneh. salam ngan kak mariam pom, pipi nih, dah leh goreng telur dah. 5.30pm ade meeting, ana surrender, balik usrah terus BBOOMMMMMM.. rumet baik, shahida syikin kasi tuala kicik untuk tuam ateh dahi.. mecihh cayang~

9pm

Allah bagi kudrat untuk solat dan bende2 wajib je (taip mesej, kire wajib jugak kan. heh. ala, mesej cari kete nak pi klinik lagi je. ump baik, kliniknye takde doktur. kene pi klinik luor.. takpe, syukur ngan ape ade ye cik syafarah..)

10pm

pearl tumpangkan keta bersama 2 lagi pesakit, diey dan dilah.
doktur ni baek (klinik private, mane cam spital kerajaaan.. huhu). siap sembang-sembang lagi.

Ana: takpe la duktur, dah baik dah rasenye (virus ni cam tau2 je. nak pi klinik, terus die senyap. huh)
duktur: kite cek dulu.. (beberapa lame kendian lepas termometer sumbat dalam mulut ni ha) haa, nih, awak tak sihat lagi nih: (die tunjuk termometer, 38.7 derjah celcius! meningkat seyh!)

duktur: mm, awak nak mc?
ana: (nak jadi hipokrit ke jadi jahat??) esok ade 2 lab. takut takleh bangun cam tadi je.. NAK LAH!
duktur: heheheee.. takpe, saya paham. saya dulu student jugak..
ana: nguahahahaaaa~ tapik, sehari je la ye.. time kasih duktur.. MUAHXXX! (ok, muahxxx tu tambahan je.. kalo wat btol2, tak payah dah bayar duit klinik nih.. huhu)

duktur tu habaq, ana kene viral fever. makanan apakah itu? haa, tu namenye demam yang disebabkan virus. alhamdulillah, kami tak kena H1N1 ke, B1N1 ke, chikugunya ke.

harge yang dibayar:
fadilah, 36.5 derjah celcius=RM57
syafarah, 38.7 derjah celcius=RM51 (ternyata, cahaya keimanan yang terpancar dari wajahku membuatkan mereke kasi less harge. ye la, dilah 4 obat, ana 5 obat jek!)
diey, 39.0 derjah celcius=RM71!!!!
antibiotik membezakan harge-harge obat kami. antibiotik diey, tak tulih pon penicilin, tapi penicilin la rasenye..

**suhu normal homosapien: 36.5 derjah celcius jek. kalo nak ikot, lebih dari 38, dah kena kuarantin oleh ump.

mihun sup.. aini (jiran bilik) masakkan. salunye, kalo die masak, 1 bilik le masok.. huhuu.. terharu, diorang sakit, ana x masakkan pom.. huhuuuuu.. thanks korang!

____________________

Alkisah Kuarantin Ramei-ramei

Malaih dah nak cita. tapi, Rabu 29 Julai 2009, kami sekuliah dikuarantin lepas kelas Dr. Wina kol 1pm camtuh. dengan Dr.Wina skali kena kuarantin. bwahahaa..

kate diorang, isnin dan selasa lepas ramai sangat dak kelas kitorang yang pi klinik.
(tu tak termasuk yang pi senirik sebanyak dua kali ari sabtu and ahad lepas. uhh.)

Ahaa, mao pakai ini ka? yeayy.. niqob pree!!

"nak pakainye, cenggini" kate dila sakura..

ni staf klinik ump bagi penerangan ngape kami dikuarantin

pm nordin yang sangat supportive

puan wina (tak ske dipanggil 'Dr.' hantam je la dalam blog.. bukan puan wina bace pom..hehe) tensen kerna turut sama terlibat walaupon baru bersama kami dan virus2 berterbangan dengan kami selama sejam

sape nak pakai niqob, amik la kesempatan tym nih. hehe

ni la pearl yang nganto kami ke klinik malam tuh. thanx pearl. seswai la mask tuh ngan baju lho!

sesi isi borang baitul muslim. eh, borang survey penyakit neh ha..
ana sume tanda 'ade'..
batuk? ade. demam? ade. lapo? ade. rase amalan tak cukup? ade. takut mati? ade. boyapren ade? ade. eh.. xde2.. (ok, seme stat dari lapo tu rekaan semata2)

cek suhu kat telinga.. 36.5!!!!! alhamdulillah.. dah jadi manusia normal!!!!! takde la tak normal kan. alien ke, lipas ke, platipos ke..

______________________

kesimpulannya, BILA UMP NAK TUTUP LAK? bwahahaaa~ ipta len dah tutup, ump je tegar lagi. ramai warge ump yang banyak pahala kot, tak kene ujian cenggini. kan? ana manyak gila dosa, kirenye demam ni kafarah kepada dosa ana le.. astaghfirullah manyak2.. alhamdulillah Allah taala bagi peringatan.. huhuu..

seyez la, tym sakit tak leh bangun tuh, tym badan 'lebih hangat daripada biase' tuh, tym otak gelegak2 tuh, tym bijik mata nak terkuor tuh, tym sendi2 lenguh nak terputuih tuh, tym badan-badan sengal cam nak meletup tuh, tym tu la istighfar banyak2. baru nak ingat Allah. huh. tym lagha2 tuh, leh je ngengade epi tanpa rasa apa2..

_________________

Demam ana VS sakit Nabi Ayub alaihisslam..


Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)

Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.

Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.

Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.

Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.

Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.

Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.

Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.

Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.

"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpamcar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.

Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

Wallahua'lam.

- lanh

(Petikan dari Harakah Bil.1338)

(dipetik daripada http://www.darussyifa.org)

__________________


adey, takat demam cenggituh, takde maknenye kalo banding dengan sakitnye Nabi Ayub alaihissalam..

k la ye.. tak larat dah nih.. tak larat naip je nih.. hoho..
wassalam..

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget