Bes lagi from ILuvIslam..

Posted by Syafarah Tuesday, July 28, 2009

salam sumaaa..

maaf sangat-sangat sebab dah dekat 40 tahun tak update-update lagik.. connection sangat 'bagus' dan 'baek-punya' kat kampus ni.. kalau leh online pon, ana selalu amik kesempatan (sesuai ke perkataan ni dalam konteks ayat berikutnya????) wat research untuk PSM (projek sarjane mude) and PD (plant design - projek final jugak)..

bile dah rasa nak release-release tensen sket, ana pom jalan-jalan kat alam siber ni.. tup tup, terjumpe artikel bes from ILuvIslam..

bukan hape, tapi zaman remaja remaju remaji ni, banyak ujiannye. selaen artikel nih, ana galakkan sangat-sangat korang baca buku kak Fatimah Syarha kite 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'.

SANGAT BESH! kalo tanye kengkawan ana, seme keheranan sebab tengok ana sensorang bace buku ni sambil sengeh-sengeh.. heheee.. sebab amat sweeetttt.. walaupun nipis, tapi padat- dari sebelum nikah sampailah dah mendirikan umah bertangga mahupon atas tanah. Laki, pempuan seme sesuai, insyaAllah. bace ye! (kak fatimah, berape komisen ana dapat? hehehe)

so, let's go on to da artikel from iluvislam:

_____________________

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar SUAMI
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan AKU MEMILIH DIA

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

_________________________

huhuuu.. tapi kan.. layakkah diri ini mendapat akh sebaik tu? sewara' tu? sesoleh tuh??

"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"
(Surah AnNur:26)

tu janji Allah, yakin!! so, ana kena berusaha untuk jadi solehah untuk dapatkan yang soleh! YOSHHH!! KAMBATTE!!

tapi kan, ana nak jadi solehah ni, bukanlah kerana lelaki, tapi mesti sebab Allah taala kan.

sapa yang jadikan kite? apa penyebab kite idop? sapa yang sayang sangat kat kite sampai kite selangkah nak hampiri Dia, sepuluh langkah Dia mai dekat?

so, papehal pon, ana mesti letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.. and jadi solehah kerana pengabdian diri kepada Pencipta makhluk langit dan bumi.. ana kena IKHLAS.. (teringat cite 'Kiamat Sudah Dekat'.. "kamu mesti kuasai ilmu ikhlas".. apa ilmu ikhlas tuh?? tengoklah senirik cite tuh.. huh.. bukak la kitab-kitab ke ape ke)

kat kampus ana yang comey ni, toleh kiri, kanan, mana-mana ja- KAPEL. tak larat dah nengoknye. ada skali tuh, tak tahan sangat, ana dan kak syikin tego kat seme kapel-kapel (mostly JUNIORS.. kecik-kecik dah gateiiii) yang berderet kat court:

Ana: assalamulaikum..
Mereka: waalaikumsalam
Ana: berdua je?
Mereka: ye la
Ana: Ye ke berdue?? bukan ade yang ketiga????
Laki: mana ade, ramai lagi ni ha
Ana: (menjawab pulak ko ye. picit-picit kang rambut tuh, baru tau. huh). Ye ke? jangan nak main-main dengan hadith Nabi naaaa.. (ana main-main jari sambil blah.. sebab kalo duk lama-lama lagi nanti jadi perang dunia ke sembilanplohpat lak)

tu antara dialognye la.. ade lagi, yang kapel laen-laen tu ok la responnye..

ana pernah try dialog 'bertiga' tuh kat sorang dak masjid (yup, dak MASJID pon DATING gak..), alhamdulillah, die paham.. (tak sume dak masjid ye.. diorang pon manusia gak.. manusia tak maksum, kecuali para Rasul dan Nabi ye kawan-kawan..)

Ana: Eh, berdua je?
Dia: eheheee kak.. bertige rasenye
Ana: haa.. alhamdulillah.. tau xpe..

aihhhhh.. cane ni?? ana tak perfek.. ana MANUSIA gak.. ana pon cam seme orang, FITRAH sayang and mahu disayangi.. tapi.. kene kawal beb.. ana tak kate ana hero dalam kawal mengawal nih.. huhuhuu.. tapi ana KECEWA la bilamana dak masjid dan PENASYID (is it even a word??), DAIE di arena seni sore UMP nih pon nak bergelumang dalam arena PENGAPEL UMP nih.. bukan sorang je.. setakat ni ade la beberapa orang.. kachiwanyaaaa.. tulunnnn~

(again, tak sume camtuh.. MANUSIA=FITRAHNYE PELUPE.. anggaplah entry ana kali ni peringatan.. untuk ana seniri jugak sebenornye.. dah tau kite ni imej camni, bawak Islam camni, jaga-jagalah dengan perlakuan dan tingkah laku. orang sentiasa perati. believe me. "dak lebai tu pon kapel, kite pon leh la".. memang wujud skrip camni wahai rakan-rakan.. dah buhsan senornye isu kapel nih. nak muntoh dah. tapi awat ntah, makin bercambah-cambah.. why? why?
jangan salahkan diorang, tapi salahkan kite ni, dakwah tak mantap! dakwah fardhiah ana memang lemah, ana ngaku.. tarbiyah zatiyah pom same je.. pehtu, tunding-tunding jari kat depa.. pe kes kan?.. muhasabah la..)

bawah ni ade lagi dari iluvsilam:

___________________

Tolong Beritahu Si Dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti

_____________________

tu je la kot.. hehee.. baru kebah demam ni, alhamdulillah.. nanti kalau ana ingat, kite share pasal demam dan kucing lak, iza biiznillah..

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget