Anti-ISLAM or anti-Muslims?

Posted by Syafarah Saturday, December 20, 2008

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Minta maaf banyak-banyak sebab dah seminggu lebih tak update blog.

Ada banyak sangat nak tulis, tapi kita tumpu dulu kat satu perkara HOT bagi ana. Ana surf iluvislam then terjumpa thread yang membincangkan perihal 2 blog anti-MUSLIM. Aik, awat anti-muslim? Bukan ke kite selalu dengar anti-ISLAM??

Anti-ISLAM or anti-Muslims?

Bagi pendapat ana yang jahil ni, tak ade sesiapa kat dunie ni yang berfikiran anti-ISLAM. Sebab? Sebab Islam tu syumul, indah, sejahtera dan suci. Mereka yang membuat blog-blog yang mengutuk Islam tu sebenarnya mengutuk MUSLIM tu sendiri, bukan ISLAM.

Daripada yang ana observe (Ramai kawan-kawan keluarga ana non-muslim), mereka bukan tak suka Islam, tetapi tak sukakan umat Islam tu sendiri. Perangai kite yang caca marba, tak tepati masa, bertangguh, cakap tak serupa bikin, wat kerja lembab, tak bersungguh-sungguh wat kerja, dengki sesama sendiri, IKUT/BERBANGGA DENGAN BUDAYA BARAT, EXTREME dalam menegakkan kepercayaan, PEMARAH, ikut kepala sendiri dan banyakkkk lagi nak tulis. Sebab tu la mereka bengang dengan kita.

So, nak buat camna?

Tepuk dada, tanya iman. Al-Quran dan Sunnah tak diturunkan dan diwurudkan (dikuarkan) dengan sia-sia atau dengan erti kata lain: suka-suka.
Hayatilah 10 muwasofat tarbiyyah (sifat yang essential bagi mu'min la lebeh kurang):

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sehat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Praktikal:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· 'Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4)
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Hasan Al-Banna dalam kewajipan muslim iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah(boleh dipercayai).
· Pesan Imam Al-Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Praktikal:
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam pekerjaan.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan agama lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan yang berlebihan apatah lagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Praktikal:
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan ibadah sunat dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Muslim yang sejati mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· Masa ibarat pedang, kalau kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu.
.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga secara tersusun untuk manfaat Islam.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Muslim sejati umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Muslim sejati adalah penggerak kesinambungan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada mereka.
· Praktikal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Muslim sejati merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Wallahu al Musta’an.

(dipaste daripada $ay pOoL.. syukran)




Blog-blog yang ana maksudkan:

Satu je yang ana tak close window lagi.. Lagi 1 dah tutup.. hehee.. soriiii..

http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Sebab ape ana tak tutup window ni lagi? Sebab die best! Eh, tak, sebab blog ni paling pedas..
JANGAN CEPAT MELATAH BILA BACA. Baca dengan iman, bukan dengan otak semate-mate, k.

Ape yang ana komen kat blog tu?


"Peace be upon you guys,

Good site as we (muslims) can know what anti-MUSLIMS (not anti-ISLAM) think of us. Your blog reminds muslims on how we should act; act what the Quran and Muhammad (peace be upon him) asked us to.


As response to your post (infact, to all your posts here), what the negative values you see is the muslim's act themselves. the negative things didn't reflect the teachings in Quran.

So, I thank you very much because of your critism, eventhough they're kinda spicy to read :)

(maybe i should start an english blog.. mm..)"

Saya sudah, anda, bagaimana?

Hehe, macam ayat dalam iklan lak. Suka hati antum (korang) nak komen apa dan pendapat masing-masing. Bak tema blog ana: "Bangun dari tidur yang panjang.. Melihat sambil berfikir".

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~"
(macam pernah dengar je ayat ni)

Wallahualam..

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget