Salam Aidiladha~!

Posted by Syafarah Monday, December 8, 2008

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Alaikum..

Mintak maaf banyak-banyak sebab dh 1 hari tak update. Baru balik dari Selangor semalam dan esoknya pula buat persiapan untuk Aidiladha pulak..

Tanah Runtuh + Banjir

Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum mengenai kejadian bencana alam tanah runtuh di Selangor dan banjir di pantai timur semenanjung.

Kepada pihak yang terlibat:
Kami turut merasai apa yg kalian rasa. Rumah ana pun pernah banjir. Tapi, la tahzan (jangan bersedih)! Setiap keburukan yang berlaku, iringilah dengan kesabaran dan anggaplah ia sebagai pemantap keimanan. Allah tak akan timpakan ujian yang tak mampu dipikul oleh hambaNya. Ana teringat sepotong hadith (lebih kurang begini maksudnye dan tak ingat pulak sanadnye): Ada 2 ciri orang Mu'min iaitu apabila ditimpa kebaikan, ia akan bersyukur dan menganggap itu adalah kebaikan dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar dan menganggap itu adalah juga kebaikan. Jom kita cuba jadi macam ni, insyaAllah..

Banyak lagi nak kongsi. tapi dah malam.. Isi-isi penting blog ni tak tercapai lagi sebenarnya. insyaAllah saya akan pos lepas sambut Aidiladha di Perlis (rumah besan parents ana).

Akhir Kalam,

~Selamat menyambut Aidiladha~

1 Responses to Salam Aidiladha~!

  1. Dyat Says:
  2. salam...

    Dlm quran tuhan dah pesan, yg lakukan kerosakan di muka bumi ni manusia...

    nasib baik uncle sammy dah pencen kalu tak mesti ade lagi statement: "ini kerja tuhan Allah punya"

     
bookmark
bookmark

ShoutMix chat widget