JANGAN BERLAGAK JADI MUFTI

Posted by Syafarah Wednesday, December 24, 2008

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Jalan-jalan masuk iluvislam, then ternampak thread: "Jangan Jadi Mufti".. Sangat seronok and interesting..

"
(Jangan Berlagak “MUFTI”.)

Aku suka baca akhbar semalam, atau yang bertarikh lewat satu hari, alasannya?
Supaya aku lebih muda satu hari.. woha! (tak lawak)

Nota: Entry ini bukan di tuju kepada mana-mana MUFTI, tapi di tuju kepada mereka yang berlagak 'mufti'- harap tidak keliru

*****

Satu nasihat terpinggir dari seorang aku kepada mereka-mereka yang sedang atau telah belajar ugama terutamanya bab hukum hakam agar jangan lah korang perasan bagus dan sombong lalu berlagak seperti mufti.. berlagak too good for others. Dan keluarkan fatwa sesuka hati…

Bila jumpa kesalahan masyarakat terus letak hokum, orang ni masuk neraka, orang tu masuk neraka, semua orang masuk neraka, korang jer ler yang masuk shurga kononnya..

Hampeh!!!

Aku tahu korang baru khatam kitab masail, baru habis berguru fardhu ain, baru lepas dari majlis ilmu yang hebat-hebat, baru balik dari debat perdana, baru habis baca buku tebal, baru faham selok belok ugama, baru balik dari kem motivasi, baru balik dari group bina semangat, baru mumayiz dan bla bla bla.. tapi janganlah korang sesuka hati berlagak mufti, kejap kejap letak hokum, kejap kejap buat fatwa.. itu haram ini haram, hang masuk neraka depa masuk neraka, yang tu busuk yang tu buruk, yang tu tenuk yang tu berok, yang tu kawan abu jahal yang tu member firaun..

wah wah wah, bagusnya korang, anak sapo ni ha ?

Ya, aku tahu dulu korang bodoh, jahil ugama, naïf dan hina, berkawan pulak ngan orang jahil ugama, sekali korang dapat geng baru ukhwah fillah lestari joint usrah terus pakai kopiah dan yang perempuan terus pakai tudung, terus jadi super born muslimin dan super borm muslimah.. ok, BAGUS apa!?,

Yang tak bagusnya bila korang mula berlagak seperti ‘mufti’, keluarkan fatwa sekuka hati, mula pulaukan group member lama yang tak ikut nasihat masail korang, haram-bidaah-neraka meniti di gigi, yang joint group boikot pulak sanggup letak hokum sape tak boikot masuk neraka, bila ada majlis maksiat terus pergi piket dan angkat sepanduk tunjuk perasaan kepada manusia dan letak hokum orang islam yang tak joint korang sebagai munafik, dayus, agen yahudi, member firaun, dan ahli neraka!!,

Tu belum aku cerita bab politik lagi, si berlagak mufti ni terus kutuk dan hukum ustaz ulamak dengan penuh emosi kerana berbeza fahaman, letak hokum ustaz tu masuk neraka, kemudian buat lagi fatwa sape yang tak ikut korang solatnya tak terima, amalannya tak naik ke arasy, kahwin tak sah dapat anak zina, wal tonfok tonfok wal tahik unta.. pendek kata semua yang tak bersama dalam perjuangan korang adalah ahli neraka!!!

Bila aku tegur, dan bagi sedikit alasan kenapa korang tak boleh berlagak mufti, terus menlenting dan cakap tunggu saje akhirat esok, siapa yang masuk shurga siapa yang masuk neraka!!

Arghhh, aku malas nak berdebat, aku nak nasihat sajer, dan bukan nak letak hokum suka hati..

Baik, aku ada tiga nasihat untuk korang yang suka berlagak ‘mufti’..

SATU: JANGAN JADI PIRING.
(berhati hati kerana 'ia' mudah pecah)

Dalam sesetengah keadaan, memang betul hokum hakam yang korang nyatakan bila kita bincang dari segi ‘masail dan fatwa’ yang sedang berlangsung dalam satu-satu majlis ugama,

Tapi bila satu masalah muncul yang terkeliru antara darurat dan mangsa keadaan, maka sebelum letak hokum dan keluarkan fatwa, kita kena kaji jugak cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah untuk satu jangka waktu yang panjang,

Sebagai contoh, ada satu hari tu seorang member perempuan cerita, dia kerja hotel sebagai penghias dalaman, satu hari seorang member yang lain (yang dah jadi super born muslimah seterusnya berlagak ‘mufti’ )letak hokum bahawa haram dia kerja kat hotel tu kerana hotel tu jual arak, dia di kira bersubahat kerana mengikut hukum gajinya dah bercampur dengan keuntungan arak, ada 10 golongan yang masuk neraka kerana terlibat dengan arak bla bla bla .. (rujuk buku syariah islamiah form 5..) lepas tu budak pempuan yang naif ni berhenti ler kerja kat situ dan sudah menganggur berbulan-bulan, hidup jadi sempit dan hutang pulak dah banyak tertunggak.., akhirnya..

Hidup melarat dan mati kebuluran (yang ni aku tambah..),

Apa-apapun, lepas dah berlaku kejadian tu, baru dia ngadu by email kat aku,

Aku cakap kat bukan awek aku tu, kalaulah dengan izin Allah kau jumpa aku dan tanya aku yang bukan mufti ni, maka aku akan suruh kau kerja jer kat situ, apa kena mengena upah kau hias bilik hotel dengan gaji yang bercampur baur?

Orang yang jual karipap dan goreng pisang tepi jalan tak boleh jual ke jika tauke arak singgah nak beli karipap?
kalau aku bukak kedai jual nasi lemak daun pisang, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai aku, lepas makan dia bayar,aku nak ambil duit tu tak? sedangkan duit tu duit rompakan agaknya, aku ambik jer.. apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makan free!
Kau dah hias bilik hotel cantik cantik patutlah dapat upah, boss kau dah upah, tak payah tanya duit tu dia ambik kat mana..

Kes ni samalah kes yang di keluarkan seorang penganggur yang berlagak mufti tentang orang yang kerja kerajaan gajinya haram kerana bercampur gaur dengan cukai arak, cukai judi, artis pun bayar income tax bla bla bla.., bagus soalan ni korang pergi tanya mufti perlis yang kerja kerajaan tu..he he he

Oh!..kasian betul kat bukan awek aku tu, dah kerja apa sekarang? Tak tau ler.. (dah jadi mayat kot? hidup kebulur..)

Dan bagi aku jika awek tu kerja dia angkat arak sekalipun, dalam keadaan tak tahu pada mulanya di maafkan, tapi bila dia tahu maka memang kira jugak dosa pada dia, cuma nasihat dari aku yang bukan mufti, bila dia dah tahu, pergilah cari kerja tempat lain dulu, sambil teruskan kerja kat tempat lama, dah confirm DAPAT KERJA TEMPAT BARU YANG HALAL, barulah berhenti.., faham tak? Lagi tak dapat lagi tu lah kerja kat situ.. faham tak ni?

Ada jugak mamat yang nak berhenti kerja dari satu syarikat buat telepon kerana boss dia masukkan mp3 al quran dalam handphone dengan alasan haram bersubahat kerana nanti dalam telephone bercampur gaur dengan maksiat, game, mp3 lagu dan sebagainya bla bla bla..

Ampun pak!!

Kerja sajerlah kat situ, dah korang orang islam, dan ada kawan kawan islam kerja kat sana, dah boleh solat jemaah kat sana dan teruskanlah bekerja dengan niat dakwah, tak mustahil satu hari nati boss korangpun masuk islam tengok korang punya akhlak bagus, tak curi tulang, buat kerja on time, tak mengular… tak gitu?

Kalu semua blah, sape nak sedarkan mereka yang kapir jika bukan korang orang islam,?

Sebab tu berbeza cara menyelesaikan masalah ugama oleh seorang da’e berbanding seorang ‘mufti’..

Seorang da’e punya fikir macam mana semua ummat ni dapat beriman, dapat kekal dalam iman dan menjadi mayat dalam keadaan beriman.. inilah sebabnya turun perintah dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW agar duduk bermusyuarat dengan sahabat walaupun wahyu belum terhenti..

Bila orang Taif baling batu pada Nabi sampai berdarah darah, malaikat datang untuk buat HUKUMAN, tapi nabi fikir jauh.., kalau mereka tak nak, biarlah anak cucu mereka yang nak..

Mufti dengan fatwanya adalah betul, tapi aplikasinya adalah bergantung kepada keadaan individu atau persekitaran, dan pada waktu inilah islam memerlukan seorang da’e yang berfikiran long distance..,

Kerana itu Nabi bersabda, jika tidak ingin memberatkan ummat, nescaya akan ku wajibkan bersugi dan bertahujjud dan lain lain lagi (hadith- rujuk ustaz)

Nampak? Nabi berkeinginan keluarkan fatwa untuk wajibkan solat tahajjud kerana kebaikkannya amat besar, tapi takut ummat tak mampu buat dan dah jadi dosa pulak, maka nabi sunnatkan sahaja…

Jika Nabi keluarkan fatwa-wajib bertahajjud, akulah yang paling banyak berdosa!! Oh!!

Maka nasihat aku yang pertama, berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!

Terutama dengan mak bapak, betul mak bapak kau ada yang malas sembahyang, dan ahli maksiat, tapi bila korang letak hukum mereka ahli neraka, korang dah sakiti hati mereka sampai tahap tak nak jamah masakan mereka dah melampau ler tu, Dakwahlah mereka dengan ilmu fadhail(kelebihan), jangan berdakwah dengan ilmu masail (hukum hakam)..jika korang mualaf dan mak bapak masih kapir tak salah duduk serumah berkasih sayang, dengan niat dakwah.., bertindaklah macam da’e bukan berlagak macam mufti..

Bila member ada masalah ugama, jangan terus bagi fatwa, selesaikan masalah dengan takwa, saidina Umar pernah mansuhkan hudud, juga sanggup bagi jawatan perdana menteri kepada seorang yang murtad asal sanggup dia kembali memeluk islam, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail..

Saidina Ali dalam perperangan Jamal menentang pihak Aisyah r.aha, bila menang dari segi hokum pihak yang kalah hartanya jadi rampasan dan tawanan menjadi hamba, tapi saidina Ali rampas harta mereka tapi tak pulak jadikan mereka sebagai hamba, sahabat yang lain argue kenapa buat macam tu, Nabi tak pernah buat macam tu?

Saidina Ali bagitau, korang sanggup jadikan isteri Nabi hamba korang? (lebih kurang cerita)

Maka nasihat aku.., berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!
Berhati hatilah, tersilap bagi fatwa boleh masuk neraka, (aku pulak kelurakan fatwa..huh)…

Nasihat kedua:
JANGAN JADI PINGGAN..
(tiada pinggan, daun pisang berguna juga)

Ada 2 keping piring dan pinggan yang cantik, yang mana bila di lambung tidak pecah, tapi bila jatuh terus pecah berderai menjadi serpihan kaca yang bisa melukakan tuannya.., arggghh malas aku nak ulas dan bermadah..

Aku nak cerita sikit..

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah telah datang pada Nabi dan mintak izin untuk pergi berzina,

Dari segi hokum, orang ni adalah melampau dan macam menghina Nabi sehingga sahabat punya faham, hokum bunuh sajer pada hamba Allah ni,

Tapi Nabi cool.., Nabi sebagai Da’e yang agung faham masalah hamba Allah ni, lalu nasihat dengan baik baik, Nabi tanya: kau suka tak jika orang berzina dengan ibumu? Berzina dengan adikmu, kakakmu, isterimu (lebih kurang maksud hadith)

Hamba Allah ni cakap tak suka lalu Nabi berdoa untuknya, semenjak dari itu tiadalah yang paling di benci oleh hamba Allah ini iaitu zina!!

So, dalam sesetengah keadaan, bila member korang buat maksiat tak perlu korang keluarkan fatwa, itu haram ini haram, masuk neraka dan sebagainya, orang sedang ‘mabuk’, boleh ke kau bersyarah ugama?

Orang macam ni korang kena pandai ambik hati dia, pujuk dan kasihan pada dia, bagi hadiah kat dia, ni panjang nak cerita, dakwah melalui akhlak, dakwah dengan hikmah,

Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Dari segi hokum perbuatan itu di kira menghina masjid dan maruah islam, Para Sahaabat RA segera bergegas untuk menghukum ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai kencing dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, orang nak kencing tak baik di tahan, boleh kena batu karang, dan Nabi sendiri basuh masjid siap ajar pulak sahabat bagaimana nak basuh najis dalam masjid, aku rasa zaman ni jika yang kencing tu pekerja kilang kicap, tentu korang letak hokum haram makan kicap masin kilang tersebut kerana pekerjanya kencing dalam masjid, terus boikot dan berpiket lalu bakar bendera, apa kejadah ntah?

Tahukah korang? berapa ramai orang yang hina Nabi, yang mana korang letak hokum kita wajib bunuh dia dan boikot production mereka serta bakar bendera mereka, tapi Nabi bila di hina, siap suap makanan, bagi hadiah, doa hidayat dan menangis untuk mereka!!
Sebab ada orang yang hina Nabi kerana tidak faham dan terperangkap dalam suasana salah sangka, mereka tidak di beri peluang untuk duduk di posisi yang positif…

Maka, janganlah terus keluarkan fatwa, kena study ahli maksiat kenapa mereka jadi macam tu? Jika korang duduk dalam kasut mereka, korang juga mungkin akan jadi macam tu, kena simpati dengan mereka dan kena bantu mereka.., selesaikan masalah dengan hikmah,

Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yang mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.., kalau tongkat patah datang pulak ular lain? tak ke mampos?

Lalu bila orang tak solat kita marah-marah, letak hokum letak fatwa, mungkin mereka akan pergi masjid sebab kau dah marah dia.. tapi mungkin itu jugak adalah kali terakhir mereka ke masjid…oh…

Macam aku cerita dulu, seorang alim bercerita kisah beliau menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. bagi fatwa tutup aurat.Pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!Sahabat ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yang remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..banyak nak cerita, lain kali!

Maka nasihat aku yang kedua, janganlah keluarkan FATWA kepada orang yang sedang ‘mabuk’, kasihanilah mereka yang jahil, jangan kerana fatwa kita, buat orang jauh dari kita,, buat orang murtad ..(naduzubillah), pujuk mereka dari mabuk dahulu dan berdampinglah dengan kasih sayang..

(peringatan: semoga aku dapat amal)

Isk..!

Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!
(bawalah bekal dalam mangkuk bertingkat)

Ini kes lain pulak, korang suruh orang berdosa tinggalkan amal ugama mereka kerana ikut fatwa yang korang belajar, dah tak guna lagi mereka buat amalan tu kerana mereka adalah sudah jatuh kapir, ahli neraka, kawan abu jahal dan geng firaun..

Korang cakap dari segi hokum, orang yang tak solat boleh jadi kapir, orang yang tak bersolat, amalan lain Allah tolak.. (rujuk ustaz)

Lalu korang dengan rakusnya memperlekehkan orang yang tak solat tapi buat amalan lain, letak hukum puasa mereka jadi sia sia, pergi tarwikh sia sia bla bla bla

Atau bila ada artis yang berdoa sebelum konsert, bagi salam dan sebut insyAllah album baru dah nak keluar, lalu korang nasihat tak payahlah nak berdoa, sebut insyAllah kerana semua yang korang(artis tu) buat tu haram, bla bla bla.. tak ke hampeh?

Atau bila ada perempuan yang tak bertudung tapi bersolat, korang hina dan kutuk, perlekehkan solat mereka,.. hina suami mereka yang tak pandai cari bini misalnya..

Atau bila ada perempuan yang bertudung labuh tapi buat maksiat, korang nasihat tak payahlah pakai tudung, buat malu tudung bla bla bla..

Wah wah wah! Sedapnya letak hokum dan keluarkan fatwa sini sana, yang ni tak sah, yang tu tak sah.., tak kan lah seorang pelacur tak boleh bagi minum pada anjing yang haus?, apa salahnya mereka buat amal.. kalau mereka ikhlas, Allah jua yang menunjuk jalan..

Dan apa jadi pada pelacur tu? Elok elok masuk shurga.., panjang cerita, nak detail kena rujuk ustaz ulamak..

Orang yang buat dosa dan buat jugak ibadat, tak payah suruh mereka tinggalkan ibadat mereka, seperti mana nasihat nabi kepada pencuri yang bersolat.., satu hari nanti, solatnya akan mencegah perbuatan mungkarnya (lebih kurang maksud)

Wallahu’lam..

Akhir kata, jika korang nak jugak berlagak mufti.. boleh, apa salahnya, tapi beri keutamaan pada DIRI SENDIRI!!!

Seperti:-
Wajibkan diri SOLAT JEMMAH!!!
Wajibkan diri SOLAT TAHAJJUD!!!
Wajibkan diri BACA AL QURAN!!!
Wajibkan diri baca blog keretamayat..(contoh)
Wajibkan diri cium suami 15 kali sehari (contoh)

He he he.. fatwa untuk diri sendiri, lantak korang ler..

Ok, aku ada banyak lagi nak tulis bab ni tapi cukuplah cerita dari piring sampai ke mangkuk.. , lain kali aku tulis lagi, insyAllah..

*****

Ps (versi baik):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mufti, beri fatwa pada diri sendiri..

Ps (versi jahat):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mangkuk, jadilah mangkuk purba yang di buru muzium dunia lalu di nilai dengan emas dan berlian, janganlah sesekali korang menjadi mangkuk hayun…"


Nice..

Bawah lak komen kat thread tu yang amat terkesan di ati.. ska2!

Komennya:

الداعي دعاء ولا قضاة
"Seorg pendakwah itu kerjanya hanya mengajak bukan menghukum dgn kesilapan org"

- Kata2 hikmah buat mereka yg bercita2 ingin menjadi penda'ie2 pd jalan Allah..hafalkan ia dan jdkan ia moto dalam dakwahmu kelak pasti akan ada yg mengikut kpd apa yg engkau seru..

- Sesungguhnya tdk ada manusia yg suka apabila kita katakan pd mereka kau ni perompak walaupun dia mmg seorg perompak.. kau ni kaki botol, celaka engkau walaupun dia minum arak.. kau ni tak solat,nak masuk neraka ke???bayangkan kata2 itu dilemparkan pd kita..apa yg kita rasa itulah yg org lain rasakan..

- Sesungguhnya cara dakwah yg terbaik adalah cara junjungan SAW..
bagaimana Rasulullah SAW memberi makan kpd si buta yahudi yg selalu mencaci Rasulullah.. berpesan baginda kpd Abu Bakar r.a supaya menggantikan tempatnya utk memberi makan kpd si buta itu setelah baginda wafat.. maka pergilah Abu Bakar r.a kpd si buta yahudi itu slps kewafatan Rasulillah SAW utk memberi makan seperti wasiat baginda..
maka kata si buta itu "kau bukanlah org yg selau menyuap makan kpd aku sebelum ini kerana suapan org sebelum ini lebih lembut dan halus drpd engkau..ke manakah dia??
maka jawab Abu Bakar r.a " Dialah Rasulullah yg selalu engkau caci dan maki sesungguhnya dia telah wafat " maka terkejutlah si buta itu dan menangis sambil mengikrarkan syahadatain "assyhadu alla ilaha illallah wa ashadu anna muhammadarrasulullah"
Secebis kesimpulan yg dpt ana nukilkan : bagaimana seorg yahudi dilayan sebegitu rupa oleh Rasulullah SAW dan bagaimana pula agaknya layanan dan dakwah Rasulullah SAW kpd ummatnya yg Muslim?? adakah kasar??menghukum??keras??memaksa??
jawabnya tentula lebih baik dr itu..
Inilah akhlak yg diajar oleh Rasulullah dalam berdakwah.. dengan akhlak yg mulia telah melunakkan hati si buta yahudi yg selalu mencela baginda...
Bagaimana pula dgn kita yg bercita2 ingin menjadi penda'ie?? apakah akhlak kita sudah mencontohi akhlak Rasulullah?? apakah kita hanya tahu berkata2 tp kita sendiri belum tentu mampu utk mempraktikkanya?? tepuk dada tanya iman..

- Sesungguhnya dakwah itu bermula pada diri kamu.. dirikan dalam diri kamu pasti cahayanya akan bersinar keluar..

Syukran.."


So, renung-renungkan.. JANGAN JADI MUFTI, TAPI TGGJAWAB KITA ADALAH MENGAJAK..

WALLAHUALAM..

p.s- nak comments dari korang pulak..

0 comments

bookmark
bookmark

ShoutMix chat widget