"Buang aje. Tak berguna pun"

Posted by Syafarah Tuesday, December 9, 2008


Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Tersebutlah kisah..

Aisya baru pulang dari kedai runcit di seberang jalan. Kelihatan dalam genggamannya 6 batang pen di dalam beg plastik biodegradable berwarna merah jambu (wah, kedai runcit pun pakai beg plastik biodegradable!). Girang hatinya tidak terkata. Masakan tidak, sudah beberapa hari dia asyik meminjam pen Masyitah, rakan sekelas merangkap seusrah dengannya.

"Assalamualaikum, maaf terlambat. Ramai pulak orang kat kedai Mak Jea tadi," Aisya menyapa Masyitah yang kelihatan membaca 'Tariqud Da'wah' ('Jalan-jalan Da'wah) tulisan Mustafa Masyur. "Waalaikumsalam, eh, takpe. Seronok nampak. Ape tu?" Masyitah menyoal sambil matanya ligat memandang beg plastik Aisya. "Haa, syukran kathira ('terima kasih banyak') kat anti sebab bagi pinjam pen. Jeng jeng, dah ade pen baru!" Aisya kegirangan sambil mengosongkan beg plastik tersebut ke atas meja.

Cuba try test..

"MasyaAllah, banyaknya! Dah la pen-pen ni mahal.. Eh, dah cube ke belum kat kedai tadi?" Masyitah menyoal Aisya. Senyuman Aisya beransur menghilang "Haah la.. Belum lagi! Ramai sangat kat kedai tadi.. Jom cuba." Mereka berdua pun ligat mengambil setiap pen dan menconteng arang ke muka.. eh, silap.. menconteng pen ke atas flyers
telefon bimbit paling terkini. "Ala, ade 2 batang takde dakwat,"Aisya mengeluh. "Kita buang je la. Tak berguna pun."

Analogy time!

Masyitah tersenyum lalu merangkul bahu saudaranya yang baru aje berkenalan dengan kepentingan tarbiyyah itu.

"Aisya, pen ini kita analogikan sebagai manusia.
Tugas/tanggungjawab pen ialah membantu kita menulis. Tugas/tanggungjawab manusia pula untuk beribadat kepada Allah atas muka bumi ini.
Pen-pen yang tak dapat menjalankan tanggungjawabnya, kita buang macam tu je. Sia-sia aje la 'kehidupan' pen itu. Kite suke ke kat pen-pen yang tak menjalankan amanahnya dengan baik? Bile-bile mase je kite boleh buang pen tu dan akhirnya tempatnya adalah tong sampah.

Kite boleh analogikan buang sebagai maut, tong sampah adalah keadaan paling teruk iaitu berada dalam kemurkaan Allah.
Manusia yang tak menjalankan amanahnya adalah sia-sia kehidupannya. Orang-orang yang tidak berusaha untuk menjadi hambaNya, membuat kerosakan di muka bumi, maksiat, munafik, murtad, syirik, membunuh diri dan sebagainya adalah orang-orang yang gagal dalam menjalankan amanahnya. Di manakah tempat orang-orang seperti ini? Kemurkaan dari the King of all kings, Allah taala. Kalau Allah murka + laknat, aman ke hidup? Tak jadi masalah bagi Allah untuk mencampakkan manusia-manusia ini ke dalam api neraka. Nauzubillah.

Tapi, syurga, neraka, dosa, pahala adalah ketentuan Allah. Kita berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam menjalankan amanah. Berdoa banyak-banyak supaya ditingkatkan keimanan dan menjadi hamba yang bertaqwa. Bila kita dah sedar kite dah buat salah, lekas-lekaslah bertaubat. Sebab, bila-bila masa saja Allah boleh mencabut nyawa kita. Nak ke kite bertemu Allah dengan bekalan yang ntah hapa-hapa??"

Aisya terdiam, menghadam apa yang patut dicerna dan diproses. Alhamdulillah, dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Masyitah!

Kesimpulannya,

Tujuan diciptakan manusia:
Untuk beribadat kepada Allah
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"
Az-zariyat:56

-THE END-

Wallahua'alam

p.s - Ana mintak maaf banyak-banyak sebab tak pandai buat ayat-ayat bunga. Engineer kan straight to the point :P .

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget