Safwan wa Amirul

Posted by Syafarah Thursday, February 19, 2009 Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Tanggal 14 Februari 2009,

Ana with kak Syikin, Fit dan Aini ziarah ke rumah Pak Mentua Encek Khairil (Abang kak Syikin merangkap ex-lecturer tym lab masa 1st Year).

“Takde keje ke pi umah pak mentua lecturer?”

Eh, musti la ade keje.. Kami pegi untuk menziarah baby Encek Khairil, AMIRUL.. Subhanallah, amat comey! Muke sebijik, 2 bijik, 3 bijik cam encek Khairil!

Baby-baby lagi dah ade awek keliling ;p


Macam kokoon~


Asek tidoq ja.. kenyang minum susu ibu~ “BURPP, Alhamdulillah”..


YEAYYY!! Akhirnya bukak mata gak! Letih Achik die kaco-kaco Amirul suh bangun~
“Ala, Achik ni tak kasi can la nak tito”


Kak Cu (cewah) doakan Amirul jadi pejuang Islam yang haibat!

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (uterus/rahim).
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik."
[Al-Mu'minun:12-14]


Lokasi: C8.1.03
Tarikh: 15 September 2008
Masa: tak ingat

Tengah relax-relax atas katil, tetiba mesej masuk:

“Alhamdulillah, Aida dah selamat lahirkan baby boy”

Alhamdulillah, YEAAAYYYY~!! Jadi Makcu lagi (buat kali ke-3)!


Masa baru beberapa jam dilahirkan (abang MMS)


GEMOK!! Kat umah papanye


Lentoknyeeee.. masa ni piknik ngan papa and mamanye kat Batu Feringghi (I guess)


Safwan ni, kalau dengan papanye, tak ingat donia.

Safwan Arif bin Sazrul Azri
is 1st born to abang ke-2 ana and his wife, Aida Nazima Abasyah.

Habit Safwan:

1. Kalau orang dukung, tak ske telentang, tapi ske dibuat macam superman. Kalau tak, golek-golek tak selesa.
2. Kalau orang laen dukung, mesti mate melior cari papanye. Aiii.. manjenye la..
3. Kalau dukung depan t.v, hah, papanye pun gudbye la, t.v lagi bes. Huahua. Jangan addicted sudaaa~
4. Perasaan bercampur baur. Kalau papanye acah, die gelak kekekk, pas 0.5 saat, jadi normal yakni takde perasaan balik. Huhuu~. Comey! Cool je. Mesti popular sok besaq ni. Hehee..
5. GEMUK! Hehee, bukan habit, tapi saje nak tulis..

Habit papa and mamanya yang leh dicontohi:

1. Selalu solat, diorang berjemaah, hatta kat umah opah skali pon
2. Kalau dalam buaian, takde la nyanyi lagu ‘ba ba black sheep, lalalaa~’. Instead depa zikrullah and salawat. Banyak gak zikrullah yang leh dibuat lagu, kan? Kecik-kecik lagi la kene dibiasakan dengan nama-nama Allah and salawat.

Ucapan Makcu buat Safwan montel:

“Jadilah mujaheed! Perjuangkan agama Allah hingga ke titisan darah terakhir. Biarlah namamu terpahat dalam sejarah Islam sebagai Mujaheed yang membangunkan semula system khilafah di muka bumi Allah ni..”


Anak-anakku Sume Heroes

Bile la ayah ana nak dapat cucu pompuan ni? Ayah ske main dengan baby girls (hehe, sebab tu anak bliau yang ni manje). Sesapa yang belajar Bio (especially students Sains Hayat kat matrikulasi) ingat lagi camna jantina determination dalam tiub follapio.

"dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.
dari mani apabila dipancarkan"
[An-Najm:45-46]

"Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),
Kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya,
Lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan"
[Al-Qiyamah: 37-39]

See? AlQuran tak cakap pun 'Ovum' ke ape ke yang berasal dari un-somatic cell female. Allah taala menyatakan bahawa daripada sperm/mani lah penentu jantina baby, sebab ade gene X (perempuan) dan Y (lelaki) dalam sperm. Maka, BENARLAH KATA-KATA ALLAH.

Al-Quran mendahului sains 1400 tahun ketika Arab dalam kegelapan Jahiliyyah lagi. Tanah Arab ketika itu berada antara kerajaan Parsi yang mementingkan kebendaan, beragama Majusi (sembah Matahari), Rome yang mementingkan kekuatan tentera dan 2 buah kerajaan lagi iaitu Greek dan Hindus yang mengamalkan mitos dan berada dalam zaman kejatuhan. Maka, mana mungkin Rasulullah s.a.w dapat idea daripada tamadun-tamadun yang rosak ni?

Ayah,

chances nak dapat baby boy or girl is 50:50. So, ayah, tunggu la lagi. Maybe anak ayah ni bakal menamatkan penantian ayah selama ni? ;p

read more “Safwan wa Amirul”

Bersabarlah~

Posted by Syafarah Tuesday, February 17, 2009 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,


Selame due minggu ni sibuk dengan assignment, kuiz dan tests. Minta maaf sebab tak update.

Antare bahan-bahan yang insyaAllah ter'ready' untuk mengupdatekan diri dalam 'Waking Up' ialah (jeng jeng):

  • Umair and Sahar: 2 Humble Guys From China
  • Usul 'Isyrin
  • Indahnya Ciptaan Allah: Amirul dan Safwan (baby gemuk)
  • Ziarah ECM
  • Bedah Buku lagi
  • dan more to come..
Stay tuned!

read more “Bersabarlah~”

Peringkat-peringkat.. Macam Distillation Column lak..

Posted by Syafarah Wednesday, February 11, 2009 Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Tempat Kejadian: Makmal Pilot Plant FKKSA, UMP
Tarikh: 9.2.2009 (Isnin)
Waktu : 3.40pm

Syafarah: Assalamualaikum.. encek, encek ade beskal tak?

Encek 1: Nak watpe?

Syafarah: Nak pinjam bawak gi bilik sat. Conclusion tak print lagi. tercecer kot..

Encek 2: Takde la.. ade orang pinjam..

En. Zaki (a.k.a en. Senapi): 'Free Palestine' (sambil matanya melirik ke arah badge 'Free Palestine' di tudungku).
Cube awak terangkan kat saye, macammana nak bebaskan Palestin kalau Yahudi masih ada di sekeliling mereka sekarang..

Syafarah: (besnye cakap pasal bende bukak minda camni) Mmm, encek,:

7 Marhalah Tarbiyah

1. Tarbiyah Diri Sendiri,
- Perbaiki diri untuk menjadi mu'min terbaik. Meningkatkan amal, mengerjakan amalan soleh, tahu matlamat ditiupkan roh kepada kita, memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang baik, berintelektual, keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,nmenjaga waktunya, teratur hidupnya dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

2. Membentuk Baitul Muslim,
- Setelah berusaha mentarbiyah diri sendiri, hendaklah memilih pasangan yang bakal menjadi sayap kiri perjuangan di jalan Allah ini. Adab-adab antara suami isteri dan ahli keluarga terjaga, segala sunnah diangkat, kasih saying dipupuk dan sebagainya. Daripada pasangan yang bertaqwa itu, dapatlah bersama melahirkan generasi pelapis yang mampu mendukung tugas dakwah ini.

3. Membentuk Masyarakat Berpandangan Islam,
- Islam disebarkan kepada masyarakat. Dakwah dilaksanakan dengan amal ma’ruf, nahi munkar. Masyarakat dididik untuk untuk mengikut prinsip dan landasan syariat. Hiburan-hiburan yang melanggar sahsiah (akhlak) Islam ditolak dan seterusnya hiburan berlandaskan Islam dikembangkan. Perkara-perkara ma’ruf ini berlanjutan untuk menjadi dominan dalam masyarakat dan diamalkan dalm kehidupan seharian.

4. Negara Islam Sebenar,
- Mewujudkan Negara Islam sebenar (yang diiktiraf oleh ulama’, bukan syok sendiri kite mengiktiraf negara sendiri) dengan menerapkan unsur-unsur Islam dalam politik, ekonomi dan sosial

5. Negara Islam dalam Pemerintahan,
- Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
- Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
- Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6. Sistem Khilafah,
- Mengembalikan system khilafah yang jatuh pada 1924 dalam zaman kerajaan Uthmaniyyah.
- Menyatukan semua umat Islam di bawah satu khalifah.

7. Ustaziyatul Alam,
- Penyebaran dakwah di seluruh ceruk rantau dunia, walau di kutub utara sekalipun. Pastikan Islam di mana jua.
- Semua al-Din keseluruhan adalah milik Allah.

En.Zaki: ye ye, yang tujuh peringkat tu kan.

Syafarah: yup, encek. Walaupun lambat prosesnye, tapi kite tetap kena berusaha untuk Islam. InsyaAllah, bila tiba generasi akan datang, dunia di bawah naungan Islam kembali dan Palestin akan bebas dari cengkaman Israel.

En. Zaki: Haa, dalam marhalah tarbiyah, ade pasal khalifah kan? Apekah pandangan awak bilamana dulu, kite ade 5 sistem khalifah kat Malaysia, tapi sekarang tinggal 4. Camna tu?

Syafarah: (faham dah ape die cube sampaikan sebenaqnya) Erk, encek, bukan khalifah sorang je ke?

En. Zaki: ala awak ni. Saya bagi simboliknye je. So, ape pendapat awak?

Syafarah: mm, pasal isu Silver di Malaysia ek.. mm, saya rasa __(Perlu dikosongkan supaya ana dapat habiskan 3 semester lagi kat sini. Nanti tak pasal-pasal kena tendang U. Antum ‘pikir la seniri’ ape yang ana cakap kat encek Senapi a.k.a encek Zaki)______. Sejak 1961 lagi ______________________________ Sekarang tak boleh gaduh-gaduh lagi. Kedudukan belum kukuh..

En. Zaki: Saya maroh ni pasal isu kat silver tu.. (tapi muke die senyum-senyum. Comel, ade lesung pipit)

Encik 2: Sabor, sabor (usap belakang En. Zaki)

Syafarah: Encek oghe Qlate kan? Rilek la sebab Qlate kan dah menang..

En. Zaki: Saya orang Besut

Syafarah: Ooooo, la, ya ka.. (patut la cam Qlate jo keceknyo, duk kat sempadan Qlate-Ganu ghopenye).. Patut la encek geram sangat. Huhuuu.. Eh, tapi, kalau encek camni, camna Ganu leh jadi camtu?

En. Zaki: (cuba menjawab, tapi disampuk oleh Syafarah)

Syafarah: Oooo, kalau 1000 orang macam encek Senapi (ana panggil bliau ‘encek Senapi’ sebab die gemor panggil student ngan namo lain-lain. Kadang-kadang panggil Maria, Rozi, Aishah, dan lain-lain nama lah. Huhuu. So, in return, ana panggil balik ngan nama lain: SENAPI.. sedap!), baru boleh menang kat Ganu..

En. Zaki: (angguk) Btul, btul.. Bagus jawapan awok.. Mm, ade blog tak?

Syafarah: (Fikir.. nak hantar balik blok untuk printing tu ke?) Erk, C8.. eh, bloG ka bloK, encek?

En. Zaki: BloG..

Syafarah: Ooo, ade (bagi la alamat.. laptop kat depan die je)..

En. Zaki: Ni alamat saye .. kat komen awok

Syafarah: Eh, encek, ade beskal tak?

En. Zaki: Saya mana ado beskal

Syafarah: (Boing kejap…….. huwaa, ingatkan encek ade beskal..huhuuu) K lah encek, nak cari beskal lagi…..

Ending: Alhamdulillah, dapat rembat beskal sorang JP (Jurutera Pengajar) .
Bawak laju-laju (nak cepat) dan ketika menuruni bukit ,dengan konfidennya tekan brek kanan, ark!!! Takde wayar sambung ke brek!! Tekan brek kiri cepat-cepat.. dan almost ter’wheely’ 360 degree kat depan orang ramai (semua student LAKI.. MALOOOOO).
Alhamdulillah tak jatuh. Tapi, malu leee.. “ok ke?” salah sorang dak laki yang ramai-ramai tu tanye.. “ok, ok”.. tak leh nak kate ape doh.. malo sangat.. Sume tengok senyum-senyum. Huhuuuu..

Kesimpulannya,

Hayatilah 7 Marhalah Tarbiyah. Kite same-same support each other untuk same-same menuju ke matlamat yang same.. MARDHATILLAH..

read more “Peringkat-peringkat.. Macam Distillation Column lak..”

Feeling Down.. again..

Posted by Syafarah Sunday, February 8, 2009 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

NAK MINTA MAAF KAT SESAPA YANG TERASE DENGAN ANA..

KALAU ADA APA-APA POST KAT DALAM BLOG NI YANG MENYINGGUNG PERASAAN SESAPA, ANA MINTA MAAF SANGAT-SANGAT.. SAMAADA POST TU MASIH ADE LAGI, OR DAH BUANG....

KALAU NAK ANA MINTA MAAF FACE TO FACE, OYAK JE, I'M READY.............................


i'm just a human, who always makes mistakes.......... ~

read more “Feeling Down.. again..”

Tenanglah wahai hati..

Posted by Syafarah Friday, February 6, 2009 Posted under - , ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Waktu cuti mid-sem

Masa cuti mid sem yang lepas, sempat baca alhamdulillah 4 buah buku:

1. "Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya - Satu Sorotan Sejarah 1917-1948"
Dr. Hafidzi Mohd Noor

2. "Kisah 25 Rasul : Siri 1"
(Tak ingat nama penulis. Pinjam kat library)

3. "Ikhwanul Muslimin Yang Saya Kenal"
Dr. Mahmud Jami' (pinjam jugak)

4. "Penenang Jiwa" (tak habis baca lagi)
Imam Al-Ghazali

Sinopsis setiap buku?

SHARING IS CARING rite? So, ana share buku 1 dulu.. Nanti insyaAllah kite share lg bile-bile ade kesempatan.


Book 1st: "Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya"

Mesti dah ramai baca buku ni. Kepada yang nak beli, buku ni RM10 je. Siap ade ratio untuk diberi kepada saudara kita kat Palestin lagi. Tapi, ana cadangkan antum beli la buku ni sebab sarat dengan fakta, so it can be a reference if you need some.

Dalam pendahuluan, menceritakan mengenai kemenangan HAMAS yang mengejutkan (espesially US, duh~) pada 2006. Macam biase, US tak mengiktirafnya seterusnya menarik balik pelbagai bantuan ke Palestin yang bernilai puluhan juta USD.

Pada 1017, kota Baitulmaqdis berjaya ditakluk oleh Lord Allenby.

Selepas Perang Dunia Pertama, British mendapat bekas tanah jajahan Jerman dan Turki (Termasuk Palestin, Iraq dan Transjordan) pada 1917. Inilah peluang yang dinantikan oleh Zionis. Selepas itu, Deklarasi Belfour ditandatangani untuk menggalakkan Yahudi berhijrah ke Israel besar-besaran. Penghijrahan Yahudi berlaku dan wujudlah bagi diorang "Jewish National Home- Negara Yahudi".

Banyak lagi rentetan berlaku.. Hinggalah pada tarikh 15 Mei 1948, secara rasminya Israel negara tertubuh dan berlaku keganasan dan penindasan oleh Zionis ke atas penduduk Palestin. Semua negara-negara Arab hantar tentera untuk membantu saudara kita. Tapi atas tekanan British, tak jadi dan menarik balik tentera-tentera. Ikhwanul Muslimin (IM) pun ade hantar 10000 orang pemuda gagah yang berani berjihad dijalanNya. IM pun terpakse menarik balik tentera-tentera kita (kita?? cewah).

Banyak lagi ada, kalau nak tahu, beli dan baca :) . Ade appendiks yang menunjukkan Fatwa ulama Palestin pada 1935 mengenai penjualan tanah kepada orang Yahudi, ade peta Palestin pada 1947, 1949 dan peta kesan daripada Resolusi 181 PBB, dan macam-macam lagi.

In a nutshell,

Kita mesti tahu sejarah supaya menjadi pengajaran. Sebagai muslim, kita mesti ambil peduli mengenai isu saudara kita di Palestin. Yakin dan pasti, akhirat akan menjelma, Mahsyar tempat penghakiman. Takut nanti bila turn kita dijudge Allah taala, saudara Palestin datang tuntut kat kite sebab tak buat ape-ape untuk bantu diorang.. nauzubillah daripada kita termasuk orang-orang macam tu...

Sekarang kita dapat lihat, apabila genjatan senjata telah dijalankan hampir 2 minggu, kekecohan yang timbul sejak 28 Disember 2008 reda seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Kobaran semangat di jiwa seolah-olah padam dalam sanubari masyarakat sekeliling lantaran keadaan yang dah kembali aman (aman ke??) di Gaza.

Come on la, this is unsettled until it is settled. Kita tak boleh duduk bersenang lenang selagi Palestin 100% tak dikembalikan kepada Islam. Pendatang haram mesti diusir!

Truskan boikot. Truskan berdoa. Truskan berusaha untuk menjadi mujahid/ah. Truskan cakna dengan isu Islam. Truskan menjadi sensitif terhadap perkara yang dianggap kecil namun boleh merosakkan susu. Truskan istiqamah. Truskan PERJUANGAN!

read more “Tenanglah wahai hati..”

BENGKEL DAKWAH KAMPUS 2009

Posted by Syafarah Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Menjemput semua untuk hadir; MUSLIMS and NON-MUSLIMS alike.. Taal! Come!

read more “BENGKEL DAKWAH KAMPUS 2009”

Ingin Menjadi Sayap Kiri Mujaheed Seperti Mus'ab.. (layak ke ana ni??)

Posted by Syafarah Wednesday, February 4, 2009 Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Nak kawennn

Selalunya ni la kata-kata yang dituturkan sahabat-sahabat ana kt sini bila tak larat buat PSM, assignment, tests and final. Tapi, membuatkan ku terfikir..... DAH READY KE?? Dah ade cukup ilmu dan bekalan untuk menjadi sayap kiri perjuangan suamiku? mampukah ku melahirkan para mujahideen dan mujahidat yang sanggup MATI di jalanNya? mm.. honestly: ............. NO. ilmu ana amat cetek. Amal pun kurang. Update blog pon jarang. hehe. (believe me, i'm trying. ada assignment nak kena hantar esok dan lusa ni. boleh lagi update.. usaha!! jangan malas!).

Imanku menurun

Ana tersedar iman menurun (alhamdulillah sedar. kalau x?? ke mana la ilangnya diri ni) atas 'sebab-sebab yang tak dapat dielakkan'. Ana tercari-cari di manakah sumber penaik imanku.. ana bace buku karangan Imam Ghazalie 'Penenang Jiwa'. Berkesan (insyaAllah ana hurai kat post laen)! Lagi? Nak sembang dengan kak CT, tapi nombor Kak CT (naqibah kt penang) hilang sebab tukar handphone. Nak jumpe kak Hamnah (co-naqibah kat Pahang), malu la pula nak nyusahkan die. Lepas luah kat akhowat, still rase iman ni x naik mencapai set point yang menenangkan jiwa. So, I turn to the wonderfulness of internet. huhu. Tertarik untuk klik kat alamat website zaujah senior ana.

Tetibe, terjumpe post "AL-Hubb".. ana baca............ tanpa kusedar air mata mengalir.. bukan sebab sedih, tapi sebab betapa kuatnya semangat jihad Mus'ab, betapa kuatnya cintanya pada syurga, pada rindunya untuk bersama ikhwah-ikhwahnya yang syaheed, pada janji Allah bagi para pejuang
agamaNya, macam-macam lagi la. Memang jauh dengan ana. Ana menangis sebab diri ni x mencapai apa yang Allah serukan pada Az-zariyat:56. Rase cam banyak sangat dosa. Rase cam ana ni hamba Allah yang tak bergune. Ana tak nak bertemu Allah dalam keadaan macam ni...................... Asyik lupe kat makna Ihsan tu sendiri..

Alhamdulillah, post 'Al-hubb' berjaya naekkan balik roh ana sampai sanggup buat post walaupun tak siap assignment lagi.. perjuangan wajib diteruskan walau sesibuk mana! Doakan istiqamah dalam mengislahkan diri ini.. WAKE UP, SYAFARAH!

Bace lah bersame 'AL-HUBB':

Al- hubb
“ Akh, ana begitu risau kalau mereka berjaya keluar dari tanah kita sebelum ana syahid,” Tutur pemuda berusia 25 tahun itu perlahan. Sahabat di hadapannya tersenyum kecil lalu menepuk-nepuk bahu sahabat karibnya diiringi pandangan mata yang bersinar cemerlang.

“ Baguslah, kita tak perlu lagi risau lagi akan hal keselamatan ibu kita di rumah, adik-adik perempuan kita, anak-anak kecil yang mungil,juga gadis-gadis solehah.”

“ Ahh anta ni! Bekulah darah ana kalau begitu.”
“ Berapa usia adikmu?” Tanya pemuda itu tiba-tiba, menukar topik bicara.
“ Yang mana satu?” Soal sahabatnya kembali.
“ Yang ana nampak minggu lepas,”
“ Oh…anta menyimpan harap?”
Pemuda itu tunduk malu diiringi senyum kecil.
“ Akan ana khabarkan pada umm ana,”

Saat itu aku terkesima mendengar perbualan itu. AllahuTaala. Aku terduduk. Berakhirkah usia gadisku? Lantas kusemak tubuhku, hatiku, juga penampilanku. Lantas aku bangun memasuki bilik menatap cermin yang separuh pecah di dinding rumahku. Menyesal aku berdiri di balik tabir itu tadi. Allahutaala….


“ Akh Mus’ab, sahabat abang minta abang katakan padamu, sekiranya kau sanggup hidup bersamanya selaku isteri seorang mujahid, menempuh kehidupan yang payah dan susah, dan tidak mengharapkan kesenangan apabila hidup bersamanya nanti, terimalah pinangannya. Tapi jika kau tak sanggup, berterus-teranglah menolaknya.”

Suara abang menjalari telingaku. Sangkaanku benar. Aku pilihan hati Akh Mus’ab. Umm di sisiku cuma diam. Aku pandang umm, kemudian aku tundukkan wajahku dihadapan abangku.

“ Umm, pemuda itu begitu lemah lembut, sentiasa mencintai masyarakat, sungguh merdu suaranya apabila membaca Al-Quran. Umm, selama Musytaha bersahabat dengannya, tidak pernah dia luntur dalam jihadnya Umm. Sekiranya umm bersolah di belakangnya, nescaya air mata umm berlinangan. Masjid mana yang tidak mengenalnya Umm? Dia pemuda dakwah dan jihad umm. Dia pemimpin kami yang tawadhu' dan zuhud.”

“ Adakah kau menerimanya, Ayesha? Bagaimana kata hatimu?” Soal abang kemudian.

Aku tetap tunduk. Begitu memikat gambaran peribadinya. Menikahinya bermaksud aku menikahi perjuangannya yang tak pernah padam. Dia pemuda pinggiran Kota Selfit. Seluruh warga Selfit mengenalinya. Betapa Allah telah memilih pemuda yatim itu untuk memperjuang hak DeenNya.

“ Kau akan selalu ditinggalkan,” Kata abang lagi.
“ Lekas, katakan sesuatu Ayesha,”

Terusku tunduk. Malu pula rasanya.

Kenduriku begitu ringkas. Aku tersipu malu menatap wajahnya yang jernih. Di dahinya tercaret garis-garis lintasan jihadnya untuk rakyat Palestin. Maha Suci Allah menemukan aku dengan pemuda semulia ini meskipun aku tahu, betapa aku lemah dalam amalku. Meskipun telapak tangannya kasar, namun sentuhannya sangat lembut. Oh Allah, bagaimanakah peribadi Rasulullah? Pastinya tersangat hebat sehingga menawan hati para sahabat mahupun musuh.

Malam pertama bersamanya yang aku lalui menjadi saat terindah dalam hidupku. Dia menemaniku bermula selepas ‘Isya sehinggalah Subuh menjelang. Dia menasihatiku agar patuh kepada suami yang mengajakku kepada Allah serta menghadiahiku nasihat-nasihat untuk menjadi isteri seorang pencinta syahadah.Dia menghuraikan kepadaku tafsiir Surah AL-Asr karangan Syed Qutb yang kau sebut selalu. Aku tahu, detik-detikku bersamanya tak kekal lama, dan dia akan pergi di awal usia perkahwinan ini. Namun aku pasrah, inilah kehidupanku.

Maka bermulalah hidupku yang baru. Abangku sering mendatangiku tatkala dia keluar memenuhi tugas jihad. Abang menemaniku setiap kali aku takut keseorangan di rumah kecil kami. Abang juga datang dengan wajah yang berseri membawa bersama harapan jihadnya.

Dua bulan pertama aku kesunyian yang teramat sangat. Suamiku jarang bersamaku menemani solahku hingga aku berduka dan berteman air mata.

“ Zaujati habibati, di rumah ini adalah tempat abang memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah yang sangat abang rindui, yakni megahwinimu. Di masjid adalah tempat abang memenuhi hak masyarakat ke atas abang. Di medan lawan, abang perlu memenuhi hak tanah umat Islam ke atas abang. Ayesha, dalam doa abang, tak pernah abang lupa akan namamu agar Allah memelihara hati dan juga jasadmu. Abang sentiasa berdoa agar Ayesha sabar dan redha menerima kehidupan dunia yang menarik Ayesha selalu. Ayesha, kalau bukan kerana cinta, nescaya bukan dirimu yang menghiasi hidup abang.”

Mengalir air mataku mendengar bicara abang. Betapa aku memerlukan bimbinganmu untuk menjadi isteri yang harakiyyah. Betapa kau mencintai jihadmu lantas mengasingkan kita dalam saban waktu. Dari raut wajahmu, terpancar betapa deritanya pengasingangmu dari alam hakiki yang kau nantikan selalu.

Kalau dulu suamiku sering dikenali sebagai seorang ustaz di madrasah , tapi kini lebih daripada itu. Setiap manusia yang mengenalimu akan membicarakan tentang kerendahan hatimu, kesopananmu, kecintaanmu, kasih sayangmu, juga ketinggian akhlaqmu. Kau benar-benar telah membangkitkan jiwa-jiwa yang lesu di kalangan pemuda sekitarmu dengan amal dan bicaramu. Kau bersungguh-sungguh mengobarkan semangat jihad menentang musuh Islam, lantas setiap pemuda yang kau jumpa kau sampaikan fikrah Ikhwanul Muslimin. Takku sangka, selekeh-lekeh pengajianmu yang hanya sehingga sekolah tinggi, kau tidak pernah merasa merendah diri. Malah, kau sasa ke Pejabat IM untuk memenuhi baiatmu. Kau benar-benar mencintai dakwah yang kini sebahagian daripada hidupmu.

Aku tersedar dari duniaku. Aku ialah isteri mujahid dan mujaddid. Kini, walaupun kau jarang berada disisiku, namun setiap detikmu dan detik bersamaku sangat berharga buatku. Abang Mus’ab mendidikku sehingga aku merindui Rasulullah. Malam yang kita lalui kau hiasi dengan tazkirah dan tazkiyyah. Meskipun abang Mus’ab tidak menghiasi tubuhku dengan rantai leher yang panjang, atau gelang tangan yang cantik, atau menyediakan rumah yang sempurna isinya, atau pakaian yang sepadan dengan hijabku, atau membawaku mengunjungi taman dunia yang indah, namun peribadimu cukup membahagiakanku dan masyarakat sekitarmu. Kau bawa aku pergi jauh dari ibuku, namun aku tidak merasa terpinggir kerana kasihmu dilimpahi kasih Ilahi.

Biar masakanku terlampau masin atau terlampau tawar, dia diam sahaja tanpa sepatah kata, malah makan dengan senyuman dan memandang wajahku tanpa aku mengesani apa-apa pun. Biarpun aku terpunahkan hartanya, langsung tidak dimarahiku malah mengatakan, “ tiada apa yang kekal di duni ini, isteriku. Abang memaafkanmu,” diiringi senyuman mempesona sanubariku.

Walaupun kau tidak berkesempatan menemani anak di dalam kandungan pertamaku ini, namun ada air mata yang memohon maaf dariku. Bersungguh-sungguh kau memintaku memaafkan serta meredhaimu akibat kesibukanmu selaku pemimpin HAMAS Tebing Barat. Kau sentiasa diburu lawan dan didampingi kawan.

Kau keluar di dhuha hari bersama harapan jihad dan kau pulang bersamanya jua. Keruntuhan kesedaran jihad di kalangan generasi muda Palestin akibat gambaran musuh yang hebat umpama bala setinggi gunung hebat yang mengejar langkahmu. Tidurmu sering diganggu dengan panggilan sahabat-sahabatmu, rehatmu hanya ketemu dalam solah dan munajatmu. Masa lapangmu cuma di dalam bilik bertirai besi bersama sahabat-sahabat yang menyumbang kekuatanmu. Namun, sejarah kehidupanmu menjadi penghibur rinduku. Kau ajarku hakikat pergantungan dengan Allah, kau didik hati wanitaku agar berhibur dengan ayat-ayat Allah, dendanganku adalah selawat ke atas kekasih utamamu, Muhammad Rasulullah. Kau sentiasa memintaku untuk bersedia menghadapi seribu tekanan dan cubaan menjadi isteri jundullah.

“ Apakah Ayesha khuatir setiap kali abang keluar berjihad?”
“ Ya abang. Ayesha risau seandainya itulah kali terakhir Ayesha mendapat tarbiyyah dari abang,” Kataku perlahan memandang anak matanya. Air mataku mengalir perlahan.

“ Ayesha, jihad abang sedikit pun tidak mengurangi usia abang di dunia ini,”. Lantas, abang Mus’ab memelukku erat penuh kasih dan sayang.

“ Apalah ertinya hidup abang kalau abang tidak turut berjihad seperti abangmu? Kita dijadikan untuk mati di jalanNya”

Kini anak kita sudah 2 orang, abang. Anak-anak ini begitu baik, sehingga aku senang sekali melakukan kerjaku selaku umi dan isteri. Anak-anak ini selalu abang usap kepala mereka sambil melafazkan hajatnya.

“ Waladi, abaa mendoakan agar kau membesar di bawah tarbiyyah ibumu yang akan mendidikmu dengan tarbiyyah imaniyyah hingga kau mengerti jihad itu indah. Maafkan abaa kerana jarang bersamamu. Abaa bukan milikmu waladi, tetapi abaa milik HAMAS dan rakyat Palestin.”

“ Ayesha, mari sini sebentar. Tinggalkan kerjamu , kalau berkesempatan, akan abang bantu dengan tulang abang sendiri,” Abang Mus’ab memanggilku lembut. Aku yang sedang mambasuh pakaian di pinggir rumah lekas mendatanginya.
“ Ada apa abang?”
“ Duduklah isteriku,” Aku duduk bersimpuh di hadapannya. Kandunganku sudah memasuki bulan kelapan. Sarat sekali diriku, tetapi aku tersangat gembira kerana mengandungkan anak seorang insan soleh dan musleh.

“ Ya Ummal Muttaqin, adakah selama kita hidup bersama, pernah abang menyinggung hatimu dengan kata-kata atau sikap abang? Berterus-teranglah, usah menyembunyikan silap abang agar abang senang berdepan dengan Allah kelak,”
Terkesimaku untuk beberapa waktu mendengar kalam abang. Lembutnya katamu, indahnya susunan perkataanmu. Abang, aku bersumpah, tiada sekali aku tersentuh denganmu.
“ Tiada ya abaa Mu'tasim, semua yang abang tindakkan di hadapan Ayesha dan anak-anak kita adalah gambaran Surah Az-Zariyyat ayat 56, dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu,”

“ Abang minta maaf seandainya selama 4 tahun kita hidup bersama, banyak hak-hakmu selaku isteri yang sangat baik kepada abang gagal abang penuhi. Ayesha isteri yang sangat taat, tidak pernah mencampakkan rasa resah dalam jiwa abang. Jazakillahkhairan Ayesha, semoga dengan pengorbanan ini Allah merahmati Ayesha sehingga kita bisa bertemu di akhirat,” Tuturnya lembut sambil mengusap rambutku. Sentuhannya yang penuh cinta itu sehingga aku berat sekali melepaskannya pergi.

“ Ayesha pun tahu betapa abang merindui syahadah, agar abang menemui pemilik hati abang dalam keadaan puas dan bersih. Betapa besarnya ganjaran untuk para syuhada’ dan seandainya abang syahid, abang akan terus hidup di sisiNya. Abang kini resah menahan rindu untuk menemui sahabat abang yang telah mendahului abang, iaitu, abangmu sendiri, As-Syahid Musytaha, dan As-Syahid Adil Haneya. Rindunya abang….”

“ Indahnya syurga yang telah Allah gambarkan dalam Quran untuk para syuhada’ dan muslihiin. Salaman-salama, dengan air sungai yang mengalir di bawahnya, betapa indahnya!!”

“ Abang tidak pernah lupa pesanan abangmu terhadapku, iaitu sabda Rasulullah yang berbunyi sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayang-bayang senjata,”

“ Abang, meskipun betapa tinggi rindu abang pada mereka, namun betapa Palestin merindui kemerdekaan dari Zionis Jahanannam. Andai abang syahid, tentunya Ayesha dan anak-anak akan terus merindui didikan dan terguran abang. Ayesha harap abang akan syahid setelah abang telah mengajar Ayesha erti perpisahan yang hakiki,”

Perbualan kita pada malam itu mencampakkan dalam hatiku untuk mengatakan bahawa kita takkan bertemu mata lagi untuk tempoh yang panjang dari saat ini. Aku merasai perubahan pada dirimu. Aku menyaksikan abang menangis dalam solah dan doanya. Aku dengar bicara doamu di tengah malam sepi tahajjudmu. Betapa abang merindui syahadah dan mengharap agar Palestin ketemu perubahan. Yang paling membahagiakanku ialah apabila abang mendoakan kesejahteraan iman dan taqwa untukku!! Abang juga kini menjadi bualan para Zionis. Rumah-rumah diserbu untuk mengesani jasadmu.

“ Abang akan syahid setelah tubuh abang dicarik-carik bermandi darah,”

Pagi itu aku dengar sorakan dan laungan pedih rakyat Palestin. Aku didatangi ibu yang bermandi air mata. Ibu memelukku erat bersama anak-anakku. Aku memandang anak ketigaku, usianya baru sebulan setengah. Anakku, kau belumpun mengenal siapa abaamu….. Aku akan kenalkan anak-anakku dengan sejarah suamiku. Lantas, senyummu, sentuhanmu, didikanmu, bicaramu, tawamu, air matamu juga suaramumu menghujani bayangan mataku. Usiaku baru 25 tahun, namun bagiku, tiada sesiapa yang menyamai peribadi As-Syahid suamiku untuk membahagiakanku. Dialah penyuluh ke jalan Allah.

Rakyat Palestin menyaksikan pemergianmu abang setelah detikmu untuk bersamaku kau gadai demi perjuangan ini. Hari ini aku telah kehilangan seorang suami yang setia, ayah yang mahal, ibu yang lembut, rakan sekutu dalam susah dan senangku, juga seorang sahabat yang paling jujur. Namun abang tercintaku, aku belum kehilangan iman yang telah kau suburkan dulu. Setiap detikmu adalah pameran keimananmu yang amat mengaharapkan pertemuan dengan Allah.

Aku ingat janjiku untuk meneruskan didikanmu buat anak-anak kita, Muttaqin, Mu’tasim dan Muslihin. Abang telah berjaya dalam madrasah keluarga dalam mendidik isteri yang manja, dan anak-anak yang masih lemah ini. Kau telah turun ke medan dakwah sebelum kau sendiri bergelut dengan senjata dunia. Biarpun 7 kali disumbat ke dalam penjara, namun tak pernah kau undur walau selangkah. Kau anak yang baik terhadap ibuku, ipar yang bertanggungjawab terhadap adik-adikku, jiran yang bersopan terhadap masyarakat sekelilingmu, sahabat yang tawadhu’ di sisi perjuanganmu, pemimpin yang berkualiti terhadap anak didikmu, dan pejuang yang mukhlis yang memburu syurga Ilahi.

Saat ini aku merinduimu sebagaimana masjid-masjid di Selfit merindui tilawah dan khutbahmu. Aku pun tak menyangka kau begitu berperanan dalam perjuangan HAMAS selaku perancang, pelaksana, pemimpin briged, dan penganggu keamanan Israel. Kini, darah pemuda Palestin telah berkobar untuk menyusuri jejakmu. Indahnya peribadimu sehingga sahabat-sahabatmu juga merasai kehilanganmu.

“ Anakku, abaamu telah terkorban demi mengembalikan kegembiraan ummat Islam sedunia. Abaamu mendidik umm sehingga umm mencintai perpisahan ini. Muttaqin, kau perlu menjadi qudwah buat adik-adikmu dan manusia sekitarmu dengan mempamerkan peribadi Rasulullah dalam setiap detik hidupmu. Mu’tasim, kau mesti menghafaz Al-Quran dan memahaminya sebelum usiamu mencapai 11 tahun seperti ayahmu, dan puteraku Muslihin, kau adalah pendidik masyarakat Palestin agar mereka mencintai jihad dan dakwah. Tiba masanya, setiap dari putera-putera umm mesti turun memimpin manusia agar mengagungkan kalimah Lailahaillahllah walau di mana kalian berada, walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan darah kalian. Anak-anakku, kematian itu satu dan pasti, oleh itu biarlah kematian kalian dalam kemuliaan. Saat itu kalian bukan lagi anak umm, tapi sepenuhya hak milik dakwah dan tarbiyyah.”

Kupandang anak-anakku dihadapanku. Setelah 12 tahun pemergian As-syahid umpama semalam baru berlalu. Itu hajatku buat kalian selaku ibu yang juga merindui pertemuan hakiki. Wajah Muttaqin mirip sekali wajah as-syahid, Mu’tasim pula pada mata dan suaranya sahaja, dan Muslihiin pula, seratus-peratus wajah ayahnya, umpama aku melahirkan Mus’ab kedua.

Tetapi kini aku sedikit gelisah, berjayakah aku mendidik mereka sebagaimana Kota Selfit telah berjaya mendidik as-syahid suatu ketika dahulu?

- petikan dari blog zaujah akh shuhairy (mantan ydp mpp ump 06/07)

read more “Ingin Menjadi Sayap Kiri Mujaheed Seperti Mus'ab.. (layak ke ana ni??)”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget