Kisah Adik-beradik

Posted by Syafarah Tuesday, December 30, 2008 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan pakdi...
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

Wallahu'alam.

[Nota: Post ini adalah post yang mempopularkan nama Pakdi dalam dunia blog. Pernah diplagiat dan diterbitkan dalam majalah yang terkenal. Pertama kali diterbitkan untuk tatapan semua pada hari Jumaat, 7 Mac 2003.]

dipetik daripada http://pemikir.blogspot.com

Naik bulu roma tak??

Honestly, masa baca post ni, dah dapat agak pasal isu dunia Islam sekarang. Lebih-lebih lagi bila adik perempuan kita dirogol dengan ganas sejak Sabtu lepas. Banyak persoalan bermain kat benak ana; apakah tindakan kita? Adakah kita adik-adik muda tuh? Sanggup ke kita lawan cakap abang-abang kite yang kaya tu? How to make the meeting more effective? Camna nak bagi abang-abang kite (Dubai espesially) sumbangkan billion-billion dollar tu kepada jalan untuk naikkan semula sistem khulafa' di muka bumi Allah ni? Paling penting, sebelum tanya soalan-soalan ni, adakah kita hanya cakap-cakap je atau ade tindakan walaupun skit untuk Palestin?

"Saya student. Takkan la nak pi join intifadha kat Palestin? Duit pun takde untuk sumbang.."

Dun worry. Ana pon alami masalah yang sama. Duit memang kering. Basah pon sebab kna ujan kat Pahang ni. Soalan ni pernah ana tanya kat sapa ntah.. tak ingat sebab dah lame dah. Usaha kita as student ni, selaen join as sukarelawan (edar flyers, jadi fasi untuk program-program kesedaran Palestin etc), kite leh DOA setiap kali lepas solat. Kite doakan supaya Palestin dibebaskan dari Israel dan Islam tertegak dengan gah di muka bumi ni.

Non-muslim

Ana pernah jadi fasi kat KMPh (Kolej Matrikulasi Pahang). Lepas timba pengalaman jadi fasi bertahun-tahun, ana jadi jahat kat KMPh: tak ikut modul. huahuahua. Takpe, kalau nak ikut modul 100%, memang isu Palestin takkan dapat timbul.

Masa kat KMPh, grup ana, alhamdulillah ada non-muslim yang ramai. Tak ingat berapa orang & sorang girl ni pakai salib amat besar. So, lepas beberapa hari, satu malam tu, ana decide nak bawak laptop sebab nak bagi interaktif sket lepas suma amanah-amanah objektif program ana yakin dah selesai.
Ok, mula-mula ana tunjuk bahan-bahan yang motivational, yet santai. Then, dah lama-lama tuh, ana get serious sket dengan diorang; tunjuk pasal Palestin. Memang disturbing sebab ade yang tak boleh tengok darah. Macam biasa, kita kena explain why we show that.
Ana pun explain la pasal:
  1. Isu Palestin bukan isu umat Islam semata-semata. Sebab Israel adalah Yahudi, dan Yahudi adalah agama bangsa. Bangsa diorang je Yahudi. Diorang sedaya upaya menjatuhkan agama lain yang bukan Yahudi, termasuk Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh etc. Diorang nak diorang je kat dunia ni sebab diorang adalah bangsa mulia. (tym ni, adik yang bersalib tuh bulat matanya, baru terjaga dari diulit mimpi-mimpi indah yang tipu)
  2. Apakah cara diorang mencapai misi diorang? Dengan sogokan hiburan tak henti-henti supaya kita lemah. Bak kate Fathi Yakan "Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar". Kite ke pemuda-pemuda tuh? fikir-fikirkan kembali tujuan kite dihidupkan. Mati tu bila-bila masa. Sanggup ke mati dengan takde bekalan?? Mati dengan tanpa usaha membantu adik perempuan kite, Palestin? Ingat, kalau kite termenung lagi, kat akhirat nanti saudara kita kat Palestin akan tuntut balik kat akhirat!
  3. Israel adalah perompak/penyamun terbesar di zaman ini, tanpa dihalang oleh sesiapa, tapi disokong pulak oleh US.................
Tu je la rasanya ana cite, dah lama dah, kurang ingat. Tapi yang pasti, non-muslim ramai tak tahu hakikat point nombor 1 tadi. Terbukti bila adik-adik ni tak tahu. Maka, tanggungjawab kite yang tahu ni untk memberitahu kepada diorang. Boleh je kite cite masa kita sembang-sembang jalan pegi kelas, kat kafe, tunggu bas, tunggu toilet kosong etc.

Mari kita fikir-fikirkan..


Jangan fikir lama sangat, dah habis baju adik perempuan kita, dah hanyut jauh dah adik laki kita..

Salam Awal Muharram

Terlambat sket nak wish, sebab masa awal muharram, ana kat Selangor lagi sebab pegi PKN (Perhimpunan Karisma Nasional). Balik lak hari Isnin dengan Yam & kak Salwa (KNl) tumpangkan. (Syukran ya ukhti! 3 jam perjalanan yang penuh pegisian..).
Azam Awwal Muharram ana: Hijrah dari negative ke positive. Detal lagi? Biar ana & Allah je tau..

Happy New Year!!

Hukhuk. Jom, kita join "Taskforce: New Year"! Kawan-kawan kat KL & Selangor leh la join taskforce kat KLCC.
Untuk kat Pahang, ana dah mintak tolong orang-orang kuat NGO-NGO kat Pahang, insyaAllah ade nanti kat Kuantan. Kalau nak join, bagi skype/no phone, nama kat ana 013-9802455. Kalau ade pape, ana try bagitau kat blog or skype or sms.
Bagi kawan-kawan yang baru dengan taskforce: ni adalah aktiviti mengedar flyers dan macam lagi masa sambutan New Year. Kiranya Amar Ma'ruf, Nahi Munkar. Maybe ade tambahan lagi, wallahualam..

Tu je la. ade lagi nak cite, tapi connection kat sini bes sangat, maka, lain kali la ye, iza bizznillah (apabila dengan izin Allah)..

Maassalamah..

read more “Kisah Adik-beradik”

JANGAN BERLAGAK JADI MUFTI

Posted by Syafarah Wednesday, December 24, 2008 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Jalan-jalan masuk iluvislam, then ternampak thread: "Jangan Jadi Mufti".. Sangat seronok and interesting..

"
(Jangan Berlagak “MUFTI”.)

Aku suka baca akhbar semalam, atau yang bertarikh lewat satu hari, alasannya?
Supaya aku lebih muda satu hari.. woha! (tak lawak)

Nota: Entry ini bukan di tuju kepada mana-mana MUFTI, tapi di tuju kepada mereka yang berlagak 'mufti'- harap tidak keliru

*****

Satu nasihat terpinggir dari seorang aku kepada mereka-mereka yang sedang atau telah belajar ugama terutamanya bab hukum hakam agar jangan lah korang perasan bagus dan sombong lalu berlagak seperti mufti.. berlagak too good for others. Dan keluarkan fatwa sesuka hati…

Bila jumpa kesalahan masyarakat terus letak hokum, orang ni masuk neraka, orang tu masuk neraka, semua orang masuk neraka, korang jer ler yang masuk shurga kononnya..

Hampeh!!!

Aku tahu korang baru khatam kitab masail, baru habis berguru fardhu ain, baru lepas dari majlis ilmu yang hebat-hebat, baru balik dari debat perdana, baru habis baca buku tebal, baru faham selok belok ugama, baru balik dari kem motivasi, baru balik dari group bina semangat, baru mumayiz dan bla bla bla.. tapi janganlah korang sesuka hati berlagak mufti, kejap kejap letak hokum, kejap kejap buat fatwa.. itu haram ini haram, hang masuk neraka depa masuk neraka, yang tu busuk yang tu buruk, yang tu tenuk yang tu berok, yang tu kawan abu jahal yang tu member firaun..

wah wah wah, bagusnya korang, anak sapo ni ha ?

Ya, aku tahu dulu korang bodoh, jahil ugama, naïf dan hina, berkawan pulak ngan orang jahil ugama, sekali korang dapat geng baru ukhwah fillah lestari joint usrah terus pakai kopiah dan yang perempuan terus pakai tudung, terus jadi super born muslimin dan super borm muslimah.. ok, BAGUS apa!?,

Yang tak bagusnya bila korang mula berlagak seperti ‘mufti’, keluarkan fatwa sekuka hati, mula pulaukan group member lama yang tak ikut nasihat masail korang, haram-bidaah-neraka meniti di gigi, yang joint group boikot pulak sanggup letak hokum sape tak boikot masuk neraka, bila ada majlis maksiat terus pergi piket dan angkat sepanduk tunjuk perasaan kepada manusia dan letak hokum orang islam yang tak joint korang sebagai munafik, dayus, agen yahudi, member firaun, dan ahli neraka!!,

Tu belum aku cerita bab politik lagi, si berlagak mufti ni terus kutuk dan hukum ustaz ulamak dengan penuh emosi kerana berbeza fahaman, letak hokum ustaz tu masuk neraka, kemudian buat lagi fatwa sape yang tak ikut korang solatnya tak terima, amalannya tak naik ke arasy, kahwin tak sah dapat anak zina, wal tonfok tonfok wal tahik unta.. pendek kata semua yang tak bersama dalam perjuangan korang adalah ahli neraka!!!

Bila aku tegur, dan bagi sedikit alasan kenapa korang tak boleh berlagak mufti, terus menlenting dan cakap tunggu saje akhirat esok, siapa yang masuk shurga siapa yang masuk neraka!!

Arghhh, aku malas nak berdebat, aku nak nasihat sajer, dan bukan nak letak hokum suka hati..

Baik, aku ada tiga nasihat untuk korang yang suka berlagak ‘mufti’..

SATU: JANGAN JADI PIRING.
(berhati hati kerana 'ia' mudah pecah)

Dalam sesetengah keadaan, memang betul hokum hakam yang korang nyatakan bila kita bincang dari segi ‘masail dan fatwa’ yang sedang berlangsung dalam satu-satu majlis ugama,

Tapi bila satu masalah muncul yang terkeliru antara darurat dan mangsa keadaan, maka sebelum letak hokum dan keluarkan fatwa, kita kena kaji jugak cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah untuk satu jangka waktu yang panjang,

Sebagai contoh, ada satu hari tu seorang member perempuan cerita, dia kerja hotel sebagai penghias dalaman, satu hari seorang member yang lain (yang dah jadi super born muslimah seterusnya berlagak ‘mufti’ )letak hokum bahawa haram dia kerja kat hotel tu kerana hotel tu jual arak, dia di kira bersubahat kerana mengikut hukum gajinya dah bercampur dengan keuntungan arak, ada 10 golongan yang masuk neraka kerana terlibat dengan arak bla bla bla .. (rujuk buku syariah islamiah form 5..) lepas tu budak pempuan yang naif ni berhenti ler kerja kat situ dan sudah menganggur berbulan-bulan, hidup jadi sempit dan hutang pulak dah banyak tertunggak.., akhirnya..

Hidup melarat dan mati kebuluran (yang ni aku tambah..),

Apa-apapun, lepas dah berlaku kejadian tu, baru dia ngadu by email kat aku,

Aku cakap kat bukan awek aku tu, kalaulah dengan izin Allah kau jumpa aku dan tanya aku yang bukan mufti ni, maka aku akan suruh kau kerja jer kat situ, apa kena mengena upah kau hias bilik hotel dengan gaji yang bercampur baur?

Orang yang jual karipap dan goreng pisang tepi jalan tak boleh jual ke jika tauke arak singgah nak beli karipap?
kalau aku bukak kedai jual nasi lemak daun pisang, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai aku, lepas makan dia bayar,aku nak ambil duit tu tak? sedangkan duit tu duit rompakan agaknya, aku ambik jer.. apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makan free!
Kau dah hias bilik hotel cantik cantik patutlah dapat upah, boss kau dah upah, tak payah tanya duit tu dia ambik kat mana..

Kes ni samalah kes yang di keluarkan seorang penganggur yang berlagak mufti tentang orang yang kerja kerajaan gajinya haram kerana bercampur gaur dengan cukai arak, cukai judi, artis pun bayar income tax bla bla bla.., bagus soalan ni korang pergi tanya mufti perlis yang kerja kerajaan tu..he he he

Oh!..kasian betul kat bukan awek aku tu, dah kerja apa sekarang? Tak tau ler.. (dah jadi mayat kot? hidup kebulur..)

Dan bagi aku jika awek tu kerja dia angkat arak sekalipun, dalam keadaan tak tahu pada mulanya di maafkan, tapi bila dia tahu maka memang kira jugak dosa pada dia, cuma nasihat dari aku yang bukan mufti, bila dia dah tahu, pergilah cari kerja tempat lain dulu, sambil teruskan kerja kat tempat lama, dah confirm DAPAT KERJA TEMPAT BARU YANG HALAL, barulah berhenti.., faham tak? Lagi tak dapat lagi tu lah kerja kat situ.. faham tak ni?

Ada jugak mamat yang nak berhenti kerja dari satu syarikat buat telepon kerana boss dia masukkan mp3 al quran dalam handphone dengan alasan haram bersubahat kerana nanti dalam telephone bercampur gaur dengan maksiat, game, mp3 lagu dan sebagainya bla bla bla..

Ampun pak!!

Kerja sajerlah kat situ, dah korang orang islam, dan ada kawan kawan islam kerja kat sana, dah boleh solat jemaah kat sana dan teruskanlah bekerja dengan niat dakwah, tak mustahil satu hari nati boss korangpun masuk islam tengok korang punya akhlak bagus, tak curi tulang, buat kerja on time, tak mengular… tak gitu?

Kalu semua blah, sape nak sedarkan mereka yang kapir jika bukan korang orang islam,?

Sebab tu berbeza cara menyelesaikan masalah ugama oleh seorang da’e berbanding seorang ‘mufti’..

Seorang da’e punya fikir macam mana semua ummat ni dapat beriman, dapat kekal dalam iman dan menjadi mayat dalam keadaan beriman.. inilah sebabnya turun perintah dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW agar duduk bermusyuarat dengan sahabat walaupun wahyu belum terhenti..

Bila orang Taif baling batu pada Nabi sampai berdarah darah, malaikat datang untuk buat HUKUMAN, tapi nabi fikir jauh.., kalau mereka tak nak, biarlah anak cucu mereka yang nak..

Mufti dengan fatwanya adalah betul, tapi aplikasinya adalah bergantung kepada keadaan individu atau persekitaran, dan pada waktu inilah islam memerlukan seorang da’e yang berfikiran long distance..,

Kerana itu Nabi bersabda, jika tidak ingin memberatkan ummat, nescaya akan ku wajibkan bersugi dan bertahujjud dan lain lain lagi (hadith- rujuk ustaz)

Nampak? Nabi berkeinginan keluarkan fatwa untuk wajibkan solat tahajjud kerana kebaikkannya amat besar, tapi takut ummat tak mampu buat dan dah jadi dosa pulak, maka nabi sunnatkan sahaja…

Jika Nabi keluarkan fatwa-wajib bertahajjud, akulah yang paling banyak berdosa!! Oh!!

Maka nasihat aku yang pertama, berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!

Terutama dengan mak bapak, betul mak bapak kau ada yang malas sembahyang, dan ahli maksiat, tapi bila korang letak hukum mereka ahli neraka, korang dah sakiti hati mereka sampai tahap tak nak jamah masakan mereka dah melampau ler tu, Dakwahlah mereka dengan ilmu fadhail(kelebihan), jangan berdakwah dengan ilmu masail (hukum hakam)..jika korang mualaf dan mak bapak masih kapir tak salah duduk serumah berkasih sayang, dengan niat dakwah.., bertindaklah macam da’e bukan berlagak macam mufti..

Bila member ada masalah ugama, jangan terus bagi fatwa, selesaikan masalah dengan takwa, saidina Umar pernah mansuhkan hudud, juga sanggup bagi jawatan perdana menteri kepada seorang yang murtad asal sanggup dia kembali memeluk islam, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail..

Saidina Ali dalam perperangan Jamal menentang pihak Aisyah r.aha, bila menang dari segi hokum pihak yang kalah hartanya jadi rampasan dan tawanan menjadi hamba, tapi saidina Ali rampas harta mereka tapi tak pulak jadikan mereka sebagai hamba, sahabat yang lain argue kenapa buat macam tu, Nabi tak pernah buat macam tu?

Saidina Ali bagitau, korang sanggup jadikan isteri Nabi hamba korang? (lebih kurang cerita)

Maka nasihat aku.., berhati hatilah bila keluarkan FATWA!!!!
Berhati hatilah, tersilap bagi fatwa boleh masuk neraka, (aku pulak kelurakan fatwa..huh)…

Nasihat kedua:
JANGAN JADI PINGGAN..
(tiada pinggan, daun pisang berguna juga)

Ada 2 keping piring dan pinggan yang cantik, yang mana bila di lambung tidak pecah, tapi bila jatuh terus pecah berderai menjadi serpihan kaca yang bisa melukakan tuannya.., arggghh malas aku nak ulas dan bermadah..

Aku nak cerita sikit..

Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah telah datang pada Nabi dan mintak izin untuk pergi berzina,

Dari segi hokum, orang ni adalah melampau dan macam menghina Nabi sehingga sahabat punya faham, hokum bunuh sajer pada hamba Allah ni,

Tapi Nabi cool.., Nabi sebagai Da’e yang agung faham masalah hamba Allah ni, lalu nasihat dengan baik baik, Nabi tanya: kau suka tak jika orang berzina dengan ibumu? Berzina dengan adikmu, kakakmu, isterimu (lebih kurang maksud hadith)

Hamba Allah ni cakap tak suka lalu Nabi berdoa untuknya, semenjak dari itu tiadalah yang paling di benci oleh hamba Allah ini iaitu zina!!

So, dalam sesetengah keadaan, bila member korang buat maksiat tak perlu korang keluarkan fatwa, itu haram ini haram, masuk neraka dan sebagainya, orang sedang ‘mabuk’, boleh ke kau bersyarah ugama?

Orang macam ni korang kena pandai ambik hati dia, pujuk dan kasihan pada dia, bagi hadiah kat dia, ni panjang nak cerita, dakwah melalui akhlak, dakwah dengan hikmah,

Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Dari segi hokum perbuatan itu di kira menghina masjid dan maruah islam, Para Sahaabat RA segera bergegas untuk menghukum ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai kencing dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, orang nak kencing tak baik di tahan, boleh kena batu karang, dan Nabi sendiri basuh masjid siap ajar pulak sahabat bagaimana nak basuh najis dalam masjid, aku rasa zaman ni jika yang kencing tu pekerja kilang kicap, tentu korang letak hokum haram makan kicap masin kilang tersebut kerana pekerjanya kencing dalam masjid, terus boikot dan berpiket lalu bakar bendera, apa kejadah ntah?

Tahukah korang? berapa ramai orang yang hina Nabi, yang mana korang letak hokum kita wajib bunuh dia dan boikot production mereka serta bakar bendera mereka, tapi Nabi bila di hina, siap suap makanan, bagi hadiah, doa hidayat dan menangis untuk mereka!!
Sebab ada orang yang hina Nabi kerana tidak faham dan terperangkap dalam suasana salah sangka, mereka tidak di beri peluang untuk duduk di posisi yang positif…

Maka, janganlah terus keluarkan fatwa, kena study ahli maksiat kenapa mereka jadi macam tu? Jika korang duduk dalam kasut mereka, korang juga mungkin akan jadi macam tu, kena simpati dengan mereka dan kena bantu mereka.., selesaikan masalah dengan hikmah,

Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yang mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.., kalau tongkat patah datang pulak ular lain? tak ke mampos?

Lalu bila orang tak solat kita marah-marah, letak hokum letak fatwa, mungkin mereka akan pergi masjid sebab kau dah marah dia.. tapi mungkin itu jugak adalah kali terakhir mereka ke masjid…oh…

Macam aku cerita dulu, seorang alim bercerita kisah beliau menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. bagi fatwa tutup aurat.Pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!Sahabat ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yang remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..banyak nak cerita, lain kali!

Maka nasihat aku yang kedua, janganlah keluarkan FATWA kepada orang yang sedang ‘mabuk’, kasihanilah mereka yang jahil, jangan kerana fatwa kita, buat orang jauh dari kita,, buat orang murtad ..(naduzubillah), pujuk mereka dari mabuk dahulu dan berdampinglah dengan kasih sayang..

(peringatan: semoga aku dapat amal)

Isk..!

Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!
(bawalah bekal dalam mangkuk bertingkat)

Ini kes lain pulak, korang suruh orang berdosa tinggalkan amal ugama mereka kerana ikut fatwa yang korang belajar, dah tak guna lagi mereka buat amalan tu kerana mereka adalah sudah jatuh kapir, ahli neraka, kawan abu jahal dan geng firaun..

Korang cakap dari segi hokum, orang yang tak solat boleh jadi kapir, orang yang tak bersolat, amalan lain Allah tolak.. (rujuk ustaz)

Lalu korang dengan rakusnya memperlekehkan orang yang tak solat tapi buat amalan lain, letak hukum puasa mereka jadi sia sia, pergi tarwikh sia sia bla bla bla

Atau bila ada artis yang berdoa sebelum konsert, bagi salam dan sebut insyAllah album baru dah nak keluar, lalu korang nasihat tak payahlah nak berdoa, sebut insyAllah kerana semua yang korang(artis tu) buat tu haram, bla bla bla.. tak ke hampeh?

Atau bila ada perempuan yang tak bertudung tapi bersolat, korang hina dan kutuk, perlekehkan solat mereka,.. hina suami mereka yang tak pandai cari bini misalnya..

Atau bila ada perempuan yang bertudung labuh tapi buat maksiat, korang nasihat tak payahlah pakai tudung, buat malu tudung bla bla bla..

Wah wah wah! Sedapnya letak hokum dan keluarkan fatwa sini sana, yang ni tak sah, yang tu tak sah.., tak kan lah seorang pelacur tak boleh bagi minum pada anjing yang haus?, apa salahnya mereka buat amal.. kalau mereka ikhlas, Allah jua yang menunjuk jalan..

Dan apa jadi pada pelacur tu? Elok elok masuk shurga.., panjang cerita, nak detail kena rujuk ustaz ulamak..

Orang yang buat dosa dan buat jugak ibadat, tak payah suruh mereka tinggalkan ibadat mereka, seperti mana nasihat nabi kepada pencuri yang bersolat.., satu hari nanti, solatnya akan mencegah perbuatan mungkarnya (lebih kurang maksud)

Wallahu’lam..

Akhir kata, jika korang nak jugak berlagak mufti.. boleh, apa salahnya, tapi beri keutamaan pada DIRI SENDIRI!!!

Seperti:-
Wajibkan diri SOLAT JEMMAH!!!
Wajibkan diri SOLAT TAHAJJUD!!!
Wajibkan diri BACA AL QURAN!!!
Wajibkan diri baca blog keretamayat..(contoh)
Wajibkan diri cium suami 15 kali sehari (contoh)

He he he.. fatwa untuk diri sendiri, lantak korang ler..

Ok, aku ada banyak lagi nak tulis bab ni tapi cukuplah cerita dari piring sampai ke mangkuk.. , lain kali aku tulis lagi, insyAllah..

*****

Ps (versi baik):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mufti, beri fatwa pada diri sendiri..

Ps (versi jahat):
Bakal mayat sekalian, jika nak jadi mangkuk, jadilah mangkuk purba yang di buru muzium dunia lalu di nilai dengan emas dan berlian, janganlah sesekali korang menjadi mangkuk hayun…"


Nice..

Bawah lak komen kat thread tu yang amat terkesan di ati.. ska2!

Komennya:

الداعي دعاء ولا قضاة
"Seorg pendakwah itu kerjanya hanya mengajak bukan menghukum dgn kesilapan org"

- Kata2 hikmah buat mereka yg bercita2 ingin menjadi penda'ie2 pd jalan Allah..hafalkan ia dan jdkan ia moto dalam dakwahmu kelak pasti akan ada yg mengikut kpd apa yg engkau seru..

- Sesungguhnya tdk ada manusia yg suka apabila kita katakan pd mereka kau ni perompak walaupun dia mmg seorg perompak.. kau ni kaki botol, celaka engkau walaupun dia minum arak.. kau ni tak solat,nak masuk neraka ke???bayangkan kata2 itu dilemparkan pd kita..apa yg kita rasa itulah yg org lain rasakan..

- Sesungguhnya cara dakwah yg terbaik adalah cara junjungan SAW..
bagaimana Rasulullah SAW memberi makan kpd si buta yahudi yg selalu mencaci Rasulullah.. berpesan baginda kpd Abu Bakar r.a supaya menggantikan tempatnya utk memberi makan kpd si buta itu setelah baginda wafat.. maka pergilah Abu Bakar r.a kpd si buta yahudi itu slps kewafatan Rasulillah SAW utk memberi makan seperti wasiat baginda..
maka kata si buta itu "kau bukanlah org yg selau menyuap makan kpd aku sebelum ini kerana suapan org sebelum ini lebih lembut dan halus drpd engkau..ke manakah dia??
maka jawab Abu Bakar r.a " Dialah Rasulullah yg selalu engkau caci dan maki sesungguhnya dia telah wafat " maka terkejutlah si buta itu dan menangis sambil mengikrarkan syahadatain "assyhadu alla ilaha illallah wa ashadu anna muhammadarrasulullah"
Secebis kesimpulan yg dpt ana nukilkan : bagaimana seorg yahudi dilayan sebegitu rupa oleh Rasulullah SAW dan bagaimana pula agaknya layanan dan dakwah Rasulullah SAW kpd ummatnya yg Muslim?? adakah kasar??menghukum??keras??memaksa??
jawabnya tentula lebih baik dr itu..
Inilah akhlak yg diajar oleh Rasulullah dalam berdakwah.. dengan akhlak yg mulia telah melunakkan hati si buta yahudi yg selalu mencela baginda...
Bagaimana pula dgn kita yg bercita2 ingin menjadi penda'ie?? apakah akhlak kita sudah mencontohi akhlak Rasulullah?? apakah kita hanya tahu berkata2 tp kita sendiri belum tentu mampu utk mempraktikkanya?? tepuk dada tanya iman..

- Sesungguhnya dakwah itu bermula pada diri kamu.. dirikan dalam diri kamu pasti cahayanya akan bersinar keluar..

Syukran.."


So, renung-renungkan.. JANGAN JADI MUFTI, TAPI TGGJAWAB KITA ADALAH MENGAJAK..

WALLAHUALAM..

p.s- nak comments dari korang pulak..

read more “JANGAN BERLAGAK JADI MUFTI”

Iklan Sikit..

Posted by Syafarah Saturday, December 20, 2008 Posted under -

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Ade tambahan sikit je..

Ana ada jual gelang kristal (Swarovski dan kristal biasa). Hand-made (mak ana buat).
Boleh la singgah web kat bawah untuk tengok gelang-gelang beserta harganya sekali.

http://www.giezmo-ent.com/sarah/index.htm

Ada banyak lagi di Sarah's Collection


Giezmo Enterprise adalah company abang ana. Specialise in designing + hosting websites. Boleh la singgah jugak web die kalau ade yang berminat.

http://www.giezmo-ent.com

Syukran.. \(^_^)/

read more “Iklan Sikit..”

Anti-ISLAM or anti-Muslims?

Posted by Syafarah Posted under - ,

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

Minta maaf banyak-banyak sebab dah seminggu lebih tak update blog.

Ada banyak sangat nak tulis, tapi kita tumpu dulu kat satu perkara HOT bagi ana. Ana surf iluvislam then terjumpa thread yang membincangkan perihal 2 blog anti-MUSLIM. Aik, awat anti-muslim? Bukan ke kite selalu dengar anti-ISLAM??

Anti-ISLAM or anti-Muslims?

Bagi pendapat ana yang jahil ni, tak ade sesiapa kat dunie ni yang berfikiran anti-ISLAM. Sebab? Sebab Islam tu syumul, indah, sejahtera dan suci. Mereka yang membuat blog-blog yang mengutuk Islam tu sebenarnya mengutuk MUSLIM tu sendiri, bukan ISLAM.

Daripada yang ana observe (Ramai kawan-kawan keluarga ana non-muslim), mereka bukan tak suka Islam, tetapi tak sukakan umat Islam tu sendiri. Perangai kite yang caca marba, tak tepati masa, bertangguh, cakap tak serupa bikin, wat kerja lembab, tak bersungguh-sungguh wat kerja, dengki sesama sendiri, IKUT/BERBANGGA DENGAN BUDAYA BARAT, EXTREME dalam menegakkan kepercayaan, PEMARAH, ikut kepala sendiri dan banyakkkk lagi nak tulis. Sebab tu la mereka bengang dengan kita.

So, nak buat camna?

Tepuk dada, tanya iman. Al-Quran dan Sunnah tak diturunkan dan diwurudkan (dikuarkan) dengan sia-sia atau dengan erti kata lain: suka-suka.
Hayatilah 10 muwasofat tarbiyyah (sifat yang essential bagi mu'min la lebeh kurang):

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sehat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Praktikal:
Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· 'Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4)
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Hasan Al-Banna dalam kewajipan muslim iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah(boleh dipercayai).
· Pesan Imam Al-Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Praktikal:
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam pekerjaan.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan agama lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan yang berlebihan apatah lagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Praktikal:
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan ibadah sunat dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Muslim yang sejati mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· Masa ibarat pedang, kalau kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu.
.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga secara tersusun untuk manfaat Islam.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Muslim sejati umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Muslim sejati adalah penggerak kesinambungan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada mereka.
· Praktikal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Muslim sejati merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Wallahu al Musta’an.

(dipaste daripada $ay pOoL.. syukran)




Blog-blog yang ana maksudkan:

Satu je yang ana tak close window lagi.. Lagi 1 dah tutup.. hehee.. soriiii..

http://pedestrianinfidel.blogspot.com/

Sebab ape ana tak tutup window ni lagi? Sebab die best! Eh, tak, sebab blog ni paling pedas..
JANGAN CEPAT MELATAH BILA BACA. Baca dengan iman, bukan dengan otak semate-mate, k.

Ape yang ana komen kat blog tu?


"Peace be upon you guys,

Good site as we (muslims) can know what anti-MUSLIMS (not anti-ISLAM) think of us. Your blog reminds muslims on how we should act; act what the Quran and Muhammad (peace be upon him) asked us to.


As response to your post (infact, to all your posts here), what the negative values you see is the muslim's act themselves. the negative things didn't reflect the teachings in Quran.

So, I thank you very much because of your critism, eventhough they're kinda spicy to read :)

(maybe i should start an english blog.. mm..)"

Saya sudah, anda, bagaimana?

Hehe, macam ayat dalam iklan lak. Suka hati antum (korang) nak komen apa dan pendapat masing-masing. Bak tema blog ana: "Bangun dari tidur yang panjang.. Melihat sambil berfikir".

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~"
(macam pernah dengar je ayat ni)

Wallahualam..

read more “Anti-ISLAM or anti-Muslims?”

"Buang aje. Tak berguna pun"

Posted by Syafarah Tuesday, December 9, 2008 Posted under -


Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Tersebutlah kisah..

Aisya baru pulang dari kedai runcit di seberang jalan. Kelihatan dalam genggamannya 6 batang pen di dalam beg plastik biodegradable berwarna merah jambu (wah, kedai runcit pun pakai beg plastik biodegradable!). Girang hatinya tidak terkata. Masakan tidak, sudah beberapa hari dia asyik meminjam pen Masyitah, rakan sekelas merangkap seusrah dengannya.

"Assalamualaikum, maaf terlambat. Ramai pulak orang kat kedai Mak Jea tadi," Aisya menyapa Masyitah yang kelihatan membaca 'Tariqud Da'wah' ('Jalan-jalan Da'wah) tulisan Mustafa Masyur. "Waalaikumsalam, eh, takpe. Seronok nampak. Ape tu?" Masyitah menyoal sambil matanya ligat memandang beg plastik Aisya. "Haa, syukran kathira ('terima kasih banyak') kat anti sebab bagi pinjam pen. Jeng jeng, dah ade pen baru!" Aisya kegirangan sambil mengosongkan beg plastik tersebut ke atas meja.

Cuba try test..

"MasyaAllah, banyaknya! Dah la pen-pen ni mahal.. Eh, dah cube ke belum kat kedai tadi?" Masyitah menyoal Aisya. Senyuman Aisya beransur menghilang "Haah la.. Belum lagi! Ramai sangat kat kedai tadi.. Jom cuba." Mereka berdua pun ligat mengambil setiap pen dan menconteng arang ke muka.. eh, silap.. menconteng pen ke atas flyers
telefon bimbit paling terkini. "Ala, ade 2 batang takde dakwat,"Aisya mengeluh. "Kita buang je la. Tak berguna pun."

Analogy time!

Masyitah tersenyum lalu merangkul bahu saudaranya yang baru aje berkenalan dengan kepentingan tarbiyyah itu.

"Aisya, pen ini kita analogikan sebagai manusia.
Tugas/tanggungjawab pen ialah membantu kita menulis. Tugas/tanggungjawab manusia pula untuk beribadat kepada Allah atas muka bumi ini.
Pen-pen yang tak dapat menjalankan tanggungjawabnya, kita buang macam tu je. Sia-sia aje la 'kehidupan' pen itu. Kite suke ke kat pen-pen yang tak menjalankan amanahnya dengan baik? Bile-bile mase je kite boleh buang pen tu dan akhirnya tempatnya adalah tong sampah.

Kite boleh analogikan buang sebagai maut, tong sampah adalah keadaan paling teruk iaitu berada dalam kemurkaan Allah.
Manusia yang tak menjalankan amanahnya adalah sia-sia kehidupannya. Orang-orang yang tidak berusaha untuk menjadi hambaNya, membuat kerosakan di muka bumi, maksiat, munafik, murtad, syirik, membunuh diri dan sebagainya adalah orang-orang yang gagal dalam menjalankan amanahnya. Di manakah tempat orang-orang seperti ini? Kemurkaan dari the King of all kings, Allah taala. Kalau Allah murka + laknat, aman ke hidup? Tak jadi masalah bagi Allah untuk mencampakkan manusia-manusia ini ke dalam api neraka. Nauzubillah.

Tapi, syurga, neraka, dosa, pahala adalah ketentuan Allah. Kita berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam menjalankan amanah. Berdoa banyak-banyak supaya ditingkatkan keimanan dan menjadi hamba yang bertaqwa. Bila kita dah sedar kite dah buat salah, lekas-lekaslah bertaubat. Sebab, bila-bila masa saja Allah boleh mencabut nyawa kita. Nak ke kite bertemu Allah dengan bekalan yang ntah hapa-hapa??"

Aisya terdiam, menghadam apa yang patut dicerna dan diproses. Alhamdulillah, dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Masyitah!

Kesimpulannya,

Tujuan diciptakan manusia:
Untuk beribadat kepada Allah
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"
Az-zariyat:56

-THE END-

Wallahua'alam

p.s - Ana mintak maaf banyak-banyak sebab tak pandai buat ayat-ayat bunga. Engineer kan straight to the point :P .

read more “"Buang aje. Tak berguna pun"”

Salam Aidiladha~!

Posted by Syafarah Monday, December 8, 2008 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Alaikum..

Mintak maaf banyak-banyak sebab dh 1 hari tak update. Baru balik dari Selangor semalam dan esoknya pula buat persiapan untuk Aidiladha pulak..

Tanah Runtuh + Banjir

Seluruh rakyat Malaysia sudah maklum mengenai kejadian bencana alam tanah runtuh di Selangor dan banjir di pantai timur semenanjung.

Kepada pihak yang terlibat:
Kami turut merasai apa yg kalian rasa. Rumah ana pun pernah banjir. Tapi, la tahzan (jangan bersedih)! Setiap keburukan yang berlaku, iringilah dengan kesabaran dan anggaplah ia sebagai pemantap keimanan. Allah tak akan timpakan ujian yang tak mampu dipikul oleh hambaNya. Ana teringat sepotong hadith (lebih kurang begini maksudnye dan tak ingat pulak sanadnye): Ada 2 ciri orang Mu'min iaitu apabila ditimpa kebaikan, ia akan bersyukur dan menganggap itu adalah kebaikan dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar dan menganggap itu adalah juga kebaikan. Jom kita cuba jadi macam ni, insyaAllah..

Banyak lagi nak kongsi. tapi dah malam.. Isi-isi penting blog ni tak tercapai lagi sebenarnya. insyaAllah saya akan pos lepas sambut Aidiladha di Perlis (rumah besan parents ana).

Akhir Kalam,

~Selamat menyambut Aidiladha~

read more “Salam Aidiladha~!”

Every great step starts from a small single step..

Posted by Syafarah Thursday, December 4, 2008 Posted under -

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera pembuka bicara,

Nama diberi Nor Syafarah Zakariya, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Biotek) UMP. Apakah kaitannya dengan blog ni?? Sebagai satu platform bagi 'Bangun dari tidur yang panjang.. Melihat sambil berfikir..'.

Bangun dari tidur yang panjang.. Melihat sambil berfikir..

Iman kite ade naek turunnye. Ade sebahagian daripada kite yang imannye asal dari tahap paling rendah, namun hidayah Allah merobah segalanya tatkala imannye pada tahap paling bes. Ade pulak yang iman cambes, tp turun SKET (jangan sampai zero sudaa, nauzubillah..). Maka, ana sebahagian daripada orang-orang yang sentiasa turun naik imannya. Manyadari hakikat itu, maka iza bizznillah, inilah salah satu wasilah (method) utk kite-kite sume.

Dan ana mengakui, walaupun dah 'berkenalan semula' dengan Ilah kite, Allah Azza wa jalla dah dekat 4 tahun, tapi baru sahaja betul-betul celik mata bangun dari tidur yang tak lena. (sebelum 4 tahun yang lalu: tido lena, 4 tahun yang lalu: bangun, tapi mamai.. huhu). Maka, atas dasar ini lah terdetik untuk amar ma'ruf & nahi munkar walaopun diri ini amatlahhhhhh tak perfect.. Sapalah ana ni kalau nak dibandingkan dengan akhwat-akhwat sume..

"Mas'ul? Mad'u? Wadah? Wasilah? Toriq? Qadhiah? Apekah??"

Takpe2.. Bagi sahabat-sahabat yang masih baru dalam 'smart group', usrah, halaqah etc, ana akan kurang menggunakan perkataan-perkataan bombastik (memang bombastik kalau kite baru lagi). Ana paham.. pernah blur bila dengar akhwat-akhwat 'senior' sembang. Tak faham, kite tanye, kn.. Malu, sesat kang. Tapi kalau ana ade gune, ana akan translatekan, insyaAllah setakat mane ana mampu, ilmu memang cetek lagi ni..

Maka.....

Ana cube membuat kite berkenalan semula setiap hari dengan islam.. Islam itu indah. Walaupun kite dah rasa dah kuat islamnye, dah hafiz/ah, amat terer hadith etc, tapi percayalah, tazkirah (peringatan) amat sama pentingnya dengan ilmu-ilmu baru. Ana akan banyak menggunakan pendekatan 'Melihat sambil berfikir': pelbagai analogi-analogi di hadapan mata digunakan sepenuhnya untuk membasahkan semula ruh kita.. insyaAllah..

(mainly untuk akhwat-akhwat/h, sahabat-sahabat yang baru nak starting 'berkenalan semula' dengan Allah taala. senang sebenarnya kita menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada kita sehari-hari sebagai analogi untuk mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wa taala)

p(^_^)q

Kambatte-neh! Kita sama-sama saling ingat mengingati (Surah Al-Asr).

Segala komen dan cadangan amat dialu-alukan. Kalau marah pun, jangan takut, ana tak makan orang. Chicken chop lagi sedap~

Wallahua'lam..

read more “Every great step starts from a small single step..”
bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget