"Dear Aiman.. "

Posted by Syafarah Monday, April 6, 2009

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Assalamualaikum wa rahmatullah & salam sejahtera to all,

2 minggu yang lalu adalah minggu yang agak stress bagi jiwa ini. huh. Maka, dengan sukacitanya membawa diri ke pangkuan umah abang sulung ana kat Selayang atas tiket: "tolong kat kedai".

Ingat lagi tak Aiman? --> Ucu Sayang Aiman..

-------------------------------------------------

" Dear Aiman,

Kaifa haluka? Mesti Aiman seronok kan? Ye la, Aiman suci lagi, takde dose pom lagi..

Ucu pegi umah Aiman 2 minggu lepas. Mase Aiman pergi 5 Mac yang lepas, Ucu tak sempat nak tengok Aiman wat kali terlast. Tiket dah abis, tiket kol 10pm je ade, Aiman lak depa simpan (kuarga ana tak panggil 'tanam'. kuarga ana panggil 'simpan') 6.30pm. Ucu tak sempat.. Esoknye, opah, tuk wan, ummi and abi Aiman ziarah Aiman kat kubo. Ucu tak leh nak ikut sebab ade keuzuran.. Ucu tak sempat tengok 'umah baru' Aiman.....

Masa 2 minggu lepas, alhamdulillah, Allah bagi keizinan untuk Ucu ziarah Aiman. Masa tuh kul 6pm, awan komulunimbus kekelabuan datang skali time tuh. Alhamdulillah, dari awal bace Yaasin, sampai abis, sampai masuk keta, ujan setitik pom tak sentuh bumi. Allah bagi kemudahan untuk ziarah Aiman..

Ummi Aiman sedeh lagi.... Abi Aiman sedeh lagi.... Opah, Tuk Wan, Wan Aiman pun sedeh.... Tapi, Allah dah plan awai-awai lagi. 2 minggu sebelum Aiman pegi, opah and tuk wan Aiman sempat jage Aiman seminggu kan? Subhanallah, plan Allah maha hebat....

K la Aiman. Ucu pi dulu na. Kami doakan kesejahteraan Aiman walaupun Aiman suci sangat takde dosa~ Muaahhhhhxxxx.. Maassalaamah..

p.s- Cayang Aiman.."


----------------------------------------------

Masa sambut besday ke-4, besday terbes bagi Aiman (Umminye yang habaq)

Besday kek SuperAiman~

Umah baru Aiman....

0 comments

bookmark
bookmark

ShoutMix chat widget