Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionist

Posted by Syafarah Monday, May 25, 2009

salam alaik dan selamat sejahtera

untuk KBAZ nih, ana uploadkan je ape yang dibentangkan oleh oleh Dr. Azzam Tamimi (memang bersemangat! "What's this crap with comedies and stuffs on t.v? We should alert about the Zionist!" lebey kuang camtu la dialognye), Dr. Muhsen Soleh dan Dr. Roslan (tak ingat name penuh)..

Sume ade kat bawahhhhh sekali. Tapi, Dr. Roslan nye tak sempat nak rakam, assif minna-sama!
Yang berjaya dirakam pon ade yang terlepas beberapa minit, ade yang full alhamdulillah.
Tapi, seyez bermanfaat! Really opening our minds..


Speaker yang mantop masyaAllah with pengerusi majlis

Anak naqibah ana, Aisyah. Kicik-kicik lagi dah duk dalam sistem ni, subhanallah..
tengok kusi-kusi belakang tuh, ni tak start lagi. bile dah start, melimpah! ramai!

RM10 = dewan bes PWTC + speakers mantop from Palestine + lunch yang sedap gini + beg + booklets presentation speakers + ILMU YANG SUKAR DIKUTIP KAT MEMANA
What more could you ask for?
cakap ape? ALHAMDULILLAH..

Begnye.. banyak kompartment.. memang berbaloi-baloi (ehee, penggune celcom le katekan)

singgah The Mall lepas KBAZ.. lapooooooooo..
makan mende ni kat kedai arab.
Nama dalam ic: Baba Ghanoush RM8 (yang belah kiri tu je. rotinye asing)

ni la bliau Baba Ghanoush up close.
Die diperbuat dari terung. SEDAPPPP~!
kenape pilih ni?
Mamat arab tuh kate yang ni paling sedap.. terime je la..
"the most popular dish at north of iran!" ye ke?? wahwahh

Baba kapel dengan ..... yogurt. ahaaah, tak pelek pon namenye..
yang pelek adalah rasanya.. mula-mula rasa cam masam, bende basi..
Tapi, bila makan ngan Baba, sodap!
'Bagai Baba Ghonoush dengan yogurt'

ni la kedainye. dan tu mamat arabnye.
mamat arab: ooh, you have a blog?!
ana: yea. do you?
mamat arab: yea! what's your blog? wait wait, what language is it?
ana: hahaa, malay of kos.. yours?
mamat arab: persian..
so, both cant understand both blogs, so no use to ask the url. hoho..


All in all, gambaq-gambaq ni penambah perisa ja, pengisian KBAZ dari pagi sampai ke petang tu yang penting. Sesi AnQ digunakan sepenuhnya, bukan rakyat 'Satu Malaysia' je yang tanya, ade dari Algeria, Arab-arab lain yang tanya.

Ada yang hotnye pasal isu imam mahdi. Donlod la kat bawah ye. maaf kalau kualiti kurang. Kalao ada CD dikuarkan, dapatkannya dengan segera! (komisen please, dah promote nih.. hehee, xde.. lawok je na)

Kat iluvislam ade orang masukkan pointnye..:

"Salam...

Syukur alhamdulillah, dapat juga aku tulis posting nih walau pun masa sgt2 menekan.... so, posting nih lebih kepada

pengalaman dan input yang aku peroleh ketika di konvensyen berakhirnya agenda zionis yang berlansung di PWTC pada 9

MAY 2009.

so, aku tulis dalam bentuk point form je lah supaya senang dibace....

1. Ketiga-tiga penceramah secara jelas melarang kita membenci yahudi kerana mereka itu ahlki kiotab, tetapi kebencian perlu ditunujukkan kepada kaum2 zionis, tak kire zionis itu yahudi, kristian atau islam.

2. Zionis itu bermula dari kalangan orang Kristian bermazhab Protestan, bukan Yahudi. Sejak kurun ke 18-19, org Yahudi sering menjadi mangsa anti-sementic(anti yahudi) orang-orang eropah namun mereka hidup aman di bawah khilafah Islam. Theodel Harzel(betul ke ejaan nih..hehehe) penulis buku 'Negara yahudi' tidak pernah mengesyorkan Palestin sebagai tempat didirikan negara yahudi, tapi memilih negara2 seperti Argentina, Afrika dan Libya sebagai tempat pilihannya.... malah, dalam kertas kerja yang dibentangakan juga menyatakan "sekiranye Theodel Harzel bangkit dari kubur sekarang, tentu die menangis kerana melihat negara Yahudi yg berada sekarang berlainan dengan apa yang diharapkaanya".

3. pemilihan Palestin sebagai negara Yahudi dicadangkan oleh zionis kristian dari England dalam perjanjian Balfour yang mengisytiharkan Palestin sebagai negara Yahudi. Namun, orang2 yahudi ketika itu tidak ingin berpindah ke Palestin kerana tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk berpindah ke sana. Namun, takdir menentukan kan berlaku peristiwa 'holocoust' yang dilakukan oleh rejim Nazi.... maka, org2 Yahudi yang ketika itu enggan berpindah ke Palestin terpaksa juga berpindah... ( sedikit tambahan, aku ade tgk dalam dokumentari wake up project pasal penglibatan pemodal zionis dalam membaiayai rejim Nazi...mungkin perancangan zionis ni jugak)

4. Dr. Azzam dengan tegas menyatakan orang Palestin bukan mahukan sebuah negara Palestin, tetapi mahukan tanah2 mereka yang dirampas oleh rejim zionis....perlu diingat, sebelum ini, Palestin tidak pernah diperintah oleh orang2 Palestin... sentiasa ada kuasa besar menaunginya.... kuasa ROM, Parsi dan Islam.... oleh itu, org2 Palestin tidak pernah mengharapkan adanya sebuah negara Palestin yang merdeka.... beliau juga menceritakan sejarah penubuhan PLO, FATAH dan HAMAS... dan sokongan kepada HAMAS bukan kerana HAMAS itu HAMAS, tetapi menyokong idea yang didokong HAMAS iaitu mengembalikan tanah Palestin kepada penduduk asal Palestin.

5. Haa, sedikit kekeliruan berkenaan hadis mengenai kedatangan imam mahdi dan nabi Isa.... Dr. Azzam menegaskan bahawa mentaliti ummat Islam yang mengharapkan kedatangan imam Mahdilah yang menyebabkan Islam ditindas. Beliau menegaskan, sepatutnyer, kite semua perlu menjadi Mahdi, bangkit membawa perubahan kepada umat Islam... Beliau juga menyatakan hadis berkenaan imah mahdi itu hadis sahih, tapi melarang kita mengaitkan hadis tersebut dengan situasi sekarang. Kata2 nabi adalah benar belaka, tapi biarlah hadis itu terbukti sendiri... x perlu kite mengaitkan situasi sekrang dengan hadis trersebut.... buat masa sekarang, berusahalah menjadi Mahdi!!!!!

6. Jadi, Dr Azzam dan Dr Hossain secara tegas menyeru semua umat Islam memboikot produk2 yahudi... tetapi, pemboikotan ini perlu berlaku secara sistematik dan istiqamah... mustahil untuk memboikot semua barang2 yahudi,namun yang boleh diboikot perlulah diboikot... contoh : Starbuck, McDonald, Nestle, Colgate.... dan, tidak lupa jugak sentiasa berdoa ke atas pejuang2 Syahid di sana....

Itu je lar kot... kalo ade ape2 tambahan, nanti aku update lagik...

wassalam"

ana pon.. wassalam gak..

0 comments

bookmark
bookmark



ShoutMix chat widget